Sunday, December 27, 2009

Lembut, Berbudi Bahasa Tetapi... KEJAM!!!

Sahabat2 ku sekalian...

Aku pernah menghadiri mesyuarat penting yang turut dihadiri hampir kesemua pegawai kedutaan asing di Peru. Tempat duduk aku hanya berselang seorang (kedutaan Poland) sahaja dengan pegawai dari kedutaan Israel. Pegawai berkenaan amat lemah lembut serta penuh sopan sifatnya. Pegawai tersebut juga cukup menghormati semua orang termasuklah aku. Masa bertegur sapa dengan sebagaimana dengan pegawai dari kedutaan yang lain, tiada langsung rasa berlainan walaupun dia berbangsa Israel. Sama sahaja seperti orang dari bangsa-bangsa lain. Walau bagaimanapun, wajahnya ada sedikit berubah dan menunjukkan rasa kurang selesa apabila aku menyataka... "Hola, I'm from Malaysia..."

Mungkin dia sebagai seorang diplomat, cukup mengerti dan mengetahui bagaimana hubungan serta pendirian kita terhadap mereka. Sudah pasti, dia juga memahami betapa kita cukup menentang kekejaman dan apa jua tindakan mereka terhadap dunia Islam terutamanya kekejaman serta kebiadapan mereka ke atas rakyat Palestin. Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, memang aku membenci kekejaman, kebongkakan, kebiadapan dan sifat kurang ajar bangsa Israel/Yahudi lebih2 lagi membaca cerita terbaru tentang apa yang mereka sering lakukan kepada saudara Islam kita di Palestin;

NABLUS: Tentera Israel menembak mati enam warga Palestin dalam dua kejadian berasingan di sini dan Semenanjung Gaza semalam. Ia kekejaman paling buruk dilakukan rejim Zionis sejak beberapa bulan lalu.


Seorang jurucakap tentera rejim berkenaan berkata, askarnya menembak mati tiga lelaki Palestin yang didakwa cuba memasuki wilayah Israel dari Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas. Sementara itu, pegawai perubatan dan keselamatan Palestin berkata, tiga lagi warga Palestin ditembak mati dalam serangan di Nablus, Tebing Barat.





Keganasan itu berlaku sehari sebelum ulang tahun Perang Gaza yang dilancarkan rejim berkenaan dan menyebabkan 1,400 penduduk Palestin terbunuh. Kejadian semalam sekali gus meningkatkan ketegangan ketika rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat terus buntu. Di Nablus, sumber perubatan dan saksi berkata, tentera Israel mengepung kediaman tiga pejuang Briged Syuhada al-Aqsa, kumpulan militan dari pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas sebelum membunuh mereka



Tentera Israel tidak mengulas mengenai kejadian itu yang berlaku dua hari selepas kumpulan terbabit dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan seorang penceroboh Israel di jalan raya di Tebing Barat. Sumber Fatah mengesahkan, tiga-tiga lelaki itu adalah anggotanya. Bagaimanapun, senjata mereka sudah dilucutkan sebelum ini menerusi langkah keselamatan yang diambil oleh polis Palestin. Mereka, Hassan Abu Sheikh, 39, dan Rayed Zorhi yang tidak diketahui usianya tidak termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki oleh tentera Israel.


“Mereka hanya aktivis kumpulan Fatah,” kata seorang jurucakap.





Seorang wanita turut cedera dalam kejadian itu. Nablus menjadi kubu kuat gerakan militan Palestin pada intifada 2000 tetapi semakin sepi sejak dua tahun lalu apabila pasukan keselamatan Palestin ditempatkan di daerah berkenaan. Mahmoud menuntut pembinaan penempatan Yahudi dihentikan sebelum bersetuju menyambung semula rundingan damai. Beliau juga menolak langkah rejim Zionis menghentikan buat sementara pembinaan penempatan itu yang diumumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bulan lalu.


Kira Lega Jugak lah...









Sahabat2 ku sekalian...

Disebabkan terlalu sibuk dan banyak perkara2 tak terduga serta kejutan berlaku, kiranya dah lama tak menulis ni. Aku pun tak apa benda nak ditulis kali ini. Apa yang melegakan, kira lega lah sebab dah boleh main golf balik. Masa ni lah baru teringat betapa 'best' duduk kat Myanmar sebab pantang ada cuti je, mesti pegi main golf. Karang ni dok tunggu boss ajak lah. Kalau boss tak ajak, termenunglah kat rumah. Kalau boss ajak pun, nak kena ambik kira jugak bajet bulanan.

Tetapi... apa yang lebih penting ialah aku lebih banyak masa bersama-sama isteri dan anak2 berbanding di Myanmar dulu. Banyak masa terluang. Mungkin sudah sampai masanya... segala kenangan indah, pahit dan manis sepanjang berkhidmat di Myanmar perlu disimpan rapi dalam ingatan serta memori hidup. Memang sukar apatah lagi aku duduk di Yangon lebih 5 tahun. Tetapi... bak kata orang, yang lepas biarlah berlalu. Apa yang nak kita hadapi atau bakal harungi ini lebih penting untuk difikirkan. Sekarang, aku kena fikir dan rancang apa yang akan dilakukan untuk tempoh 3-5 tahun di Lima, Peru. Untuk tempoh 17 - 21 tahun akan datang, apa yang perlu aku sediakan. Mulai saat ini, tak boleh lah nak berlengah lagi. Masa depan diri, anak2 dan keluarga perlu dirancang dengan teliti dan sebaik mungkin. Masa depan anak lebih penting bagi aku. Untuk aku, mungkin sudah berlalu dan kini aku sekadar ingin mendapatkan apa yang tidak berpeluang aku lakukan sebelum ini. Sekadar ingin menunaikan hajat kata orang. Sekarang, aku kena lebih penting anak-anak daripada kepetingan diri. Biar pun masih jauh untuk mereka menjadi dewasa, aku mesti menyediakan segala-galanya supaya ketiga-tiga mereka menjadi dewasa yang sempurna.





Masa depan ketiga-tiga mereka ini perlu aku rancang ukirannya seindah mungkin. Sekarang... mereka berusia 5, 3 dan 1 tahun lebih. Lagi 17-21 tahun akan datang, mereka akan berusia lebih kurang 21-22 tahun. Semua ibu bapa mengimpikan sesuatu yang baik dan sempurna untuk anak2 mereka. Begitu juga aku. Disebabkan itu, adakalanya aku terlalu tegas dan agresif dalam mengasuh mereka. Mungkin, itu lah cara terbaik bagi aku dan setiap orang ada cara tersendiri. Aku telah melalui kesukara dan kepayahan sebelum mencapai kejayaan. Kejayaan yang aku capai mungkin tidak sehebat rakan2 yang lain tetapi aku tetap bersyukur kerana kau mampu mengecapi nikmat hidup juga seperti orang lain.

Kerana itu, aku guna cara tersendiri untuk membentuk dan mendidik anak2. Insyaallah... jika memang sudah rezeki dan sekiranya diberkati Allah SWT... semuanya akan berjalan lancar. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Wassalam,

Wednesday, December 9, 2009

Lega...

Sahabat2 ku sekalian...

Lama jugak tak menulis. Sibuk jugak bila tiba hujung tahun ni. Tambahan pulak bila timbul isu bajet kurang, kena belanja lebih berhemat, potong bajet sana 'cut' bajet sini dan macam lah. Memang kelam kabut sebab bila berlaku masalah macam ni, mula lah semua pihak menggelabah. Macam2 lah yang diminta dan ditanya. Bak kata boss aku;

"bila duit kurang mula lah dia orang ni kelam kabut tanya itu ini. Nak macam2 sampai tak masuk akal. kalau duit cukup & lebih2 takde pulak kecoh2 macam ni. Malah, belanja yang bukan2 pulak..."

Pendapat yang aku amat setuju sebagai orang yang terlibat dalam hal ehwal duit2 ni. Tahun depan sudah pasti peruntukan yang bakal diterima memang sedikit. Segala-galanya akan menjadi susah dan payah, rumit dan perit. Silap sikit, orang atasan akan menjerit.

Nak buat macam mana. Tunggu dan lihat lah apa yang akan berlaku "next year". Sebagai orang yang dah biasa dengan keadaan ini, aku tetap tenang walaupun dalam hati ada kegusaran. Ini lah, hikmah dan pengalaman bila berkhidmat sebagai "diplomat". Lebih2 lagi bila duduk kat luar negeri. Kesabaran dan ketenangan serta kecerdikan mengendalikan suasana memang amat diperlukan. Lebih2 lagi bila melibatkan karenah manusia yang adakalanya lebih teruk daripada "binatang" (maaf... terlepas pulak). Sesiapa yang tidak pernah terlibat atau melibatkan diri dalam dunia diplomat ini tidak akan tahu dan faham dengan kerjaya ini. Sukar untuk diterjemahkan dan ditafsirkan kepada sesiapa yang berada di luar dunia ini.

Jika aku bekerja di kementerian atau jabatan kerajaan yang lain, sudah pasti aku tidak akan merasai pengalaman dan tidak akan memiliki pengetahuan yang pelbagai ini. Jadi pegawai pendaftar lah, akauntan lah, pentadbir lah, hal ehwal rakyat lah dan sebagainya. Susah lah nak dikatakan. Namun aku suka kerjaya ini yang tidak pernah termimpi pun bahawa aku akan bekerja seperti ini.

Lega jugak... setelah beberapa kerja penting selesai dan selamat dihantar terutamanya bajet 2010. Yang lain2 tu atas bantuan dan kerjasama Kak Mizah (PA Ambassador), pun telah selesai serta selamat dihantar. Tapi masih jugak ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan tapi takpe lah sebab kerja tu aku sendiri yang carik dan cuba nak buat.

Walau apa pun, bekerja lah untuk agama, keluarga, bangsa dan negara.

Wassalam,

Thursday, November 26, 2009

Tak Tau Pasai Apa...

Sahabat2 ke sekalian...

Dekat nak hujung tahun ni banyak pulak benda nak kena buat. Nampak gayanya, tertangguh jugak beberapa plan atau projek yang aku dah rancang untuk "membaiki" apa yang patut di pejabat ni. Bukanlah nak buat sesuatu yang hebat tetapi sekadar nak buat apa yang perlu dibuat sekadar mampu yang boleh. Cuba nak perbaiki apa yang perlu diperbaik pulih pun sekadar mampu yang boleh. Aku bukannya pandai sangat atau pakar tetapi tidak salah kalau aku mencuba dan dengan secubit pengalaman serta pengetahuan yang ada, aku ingin mencuba melakukan sesuatu demi kepentingan atau kebaikan bersama. Tak salah kan...

Tapi, hari ni terasa macam sama seperti beberapa ketika yang lepas. Rasa agak malas dan lebih banyak termenung dan merenung. Tapi... ntah lah. Kadang2 rasa kurang pasti dan yakin apa yang sebenarnya sedang berlegar dalam fikiran aku hari ini. Fikiran sedikit merewang dan boleh dikatakan hari ini merupakan hari yang agak gagal atau mengecewakan jika diukur dari segi prestasi kerja. Andai kata ikut KPI, dah gagal lah untuk capai KPI hari ini. Pasai apa hahhh...

Mungkin hari ni baru dapat semula gaji setelah lama menunggu sebab gaji bulan November dapat awal sangat. Mungkin terlalu memikirkan plan bajet 2010 atau perancangan yang masih belum selesai. Atau... terlalu memikirkan tentang sistem persekolahan yang terpaksa dihadapi oleh anak2. Mungkin jugak terlalu memikirkan kenapa Peru ni jauh sangat dari Malaysia. Ntah lah... pasai apa hahhh...

Aku dah baca blog milik sahabat karib aku: Tuan Haji Asri dan Wan Sudirman. Kot2 aku boleh jawapan mengapa hari ni perasaan aku berkecamuk. Tetapi masih gagal mendapat jawapannya. Aku cukup pantang kalau ada tugasan menunggu atau melonggok atas meja. Kalau boleh siap serta-merta aku akan buat. Tapi... hari secara peribadinya aku gagal sebab ada kerja atau tugasan yang biasanya aku boleh siapkan serta-merta tidak dibuat. Bahkan, ada kerja yang setakat hanya nak 'reply' balik pun aku tak leh nak buat. Gagal lah... orang putih kata 'Fail!!!' Ntah lah... pasai apa hahhh...

Baiklah... sebelum lupa. Ada eloknya aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, sanak saudara di seluruh dunia terutamanya yang ada di Malaysia. Kepada sesiapa yang berkemampuan buat ibadah korban tu alhamdulillah... rezeki Allah SWT. Kepada sesiapa yang belum ada rezeki macam aku ni, Insyaallah... niat untuk tahun depan. Terasa rindu yang amat sangat lebih2 lagi dah lebih 5 tahun tak merayakan Raya Haji di Malaysia. Raya Puasa pulak dalam tempoh lebih 5 tahun ni alhamdulillah... sempat 3 tiga beraya di Malaysia walaupun pada kali ketiga baru2 ini setakat 2 hari je. Apa nak buat demi tugas.

Wassalam...

Tuesday, November 17, 2009

Apa2 lah

Sahabat2 ku sekalian...

Dah lama jugak aku tak menulis. 2 minggu yang lepas memang sibuk jugak. Aku memang berhajat nak habiskan buat fail. Bukan apa, bila ada fail memang senang nak rujuk atau follow up kata orang puteh. Orang yang dulu mungkin terlalu sibuk. Sebab tu lah tak sempat nak update fail. Memandangkan kat Lima tak sesibuk Yangon, aku sibuk2 kan lah diri untuk upgrade apa yang patut. Perkara pertama ialah fail. Bila dah habis filing ni, rasa lega betulll... Lepas ni nak buat daftar borang/dokumen kawalan, senarai aset pejabat, update maklumat dan hal2 seumpamanya. banyak jugak. Aku target at least 3-6 bulan. mungkin terlalu lama tapi aku rasa boleh capai target less than 6 month. Bukan lah nak jadi mr. perfect tetapi nak memudahkan diri sendiri jugak. Kalau aku balik nanti, sekurang-kurangnya orang baru akan senang dan mudah kalau nak refer apa2. Tak lah susah macam aku bila mula2 sampai dulu.

Takde apa nak disampaikan cuma nak cerita sikit mengenai mesyuarat yang dihadiri pada Jumaat, 13 November 2009 yang lalu. Aku tak mau lah cerita pasai intipati mesyuarat. Apa yang nak cakap ialah mengenai kebanggaan, ketaatan, rasa sayang dan kemegahan bangsa dan bahasanya.

Semua orang tahu, latin america ni termasuklah Peru memang cakap spanish. Memang ada perbezaan loghat di beberapa bahagian macam kat negara kita juga seperti di Sarawak, Kelantan, Utara dan Sabah. Itu perkara biasa. Apa yang tak biasa bagi aku ialah betapa orang2 negara latin ni begitu sayang, taat, bangga dan megah dengan bahasanya. Masa mesyuarat tu, semua orang cakap spanish dan yang lebih memeritkan ialah briefing atau presentation 100% spanish. Walhal, pegawai yang memberikan penerangan tu bukan sebarang orang sebab kalau kat Malaysia dah macam level Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Timbalan KSU atau KSU dan silap2 boleh dikatakan bertaraf menteri. Dalam ramai2 yang hadir (hampir semua Embassy) aku sorang je yang pakai alat terjemah yang sangkut kat telinga tu. Nasib baik, sekurang- kurangnya boleh jugak aku faham sebab alat tu automatik translate dari spanish ke english. alahhh... macam yang selalu kita tengok orang mesyuarat kat PBB tu.

Apa yang telah aku belajar dari sesi mesyuarat tersebut ialah ketepatan masa dan persediaan rapi. Semuanya lengkap dan tak kelam kabut langsung. Apa yang menyedihkan ialah, bila aku terkenang orang2 kita yang dok bangga sangat dengan bahasa orang puteh. Bukan lah kata tak penting tetapi sepatutnya kita lebih utamakan bahasa Melayu kita dan martabatkan bahasa rasmi kita hingga ke peringkat dunia. Apa yang berlaku sekarang, orang2 kita kalau tak cakap orang puteh orang tu akan jadi second class. Kalau bahasa orang puteh tak bagus, tak boleh diambil kira sebagai pegawai kerajaan yang bagus. Bahasa Melayu dan tulisan jawi bukan sahaja dah jadi bahasa kedua atau pilihan tetapi bangsa kita sendiri sanggup menghina bahasa dan tulisan kita hinggakan orang lain tidak menghormati kita. Sebab tu lah, bila jumpa orang puteh atau bangsa asing kat Malaysia, kita sedaya upaya dan bangga serta bongkaknya cakap english. Konon2nya nak jadi standard dan style. Macam2 lagilah dan tak perlu nak dihuraikan panjang2 sebab semua orang tahu pasal hal tu semua. Ingin ditegaskan sekali lagi, bukanlah bererti english tu tak penting atau tak perlu dipelajari tetapi tak salah rasanya kalau bahasa Melayu di perkasakan. Yang kurang wajar ialah, bahasa bangsa lain yang diagungkan tetapi bahasa serta tulisan kita sendiri disisihkan.

Bukan apa,Peru ni masih jauh ketinggalan kalau nak compare ngan Malaysia dari segi kemajuan atau kecanggihan fizikal. Kalau nak compare ngan London, Paris, Geneva, Rome atau Buenos Aires sekali pun lagilah jauh ketinggalan. Sebab tu lah Peru ni bukan tempat pilihan atau negara posting yang glamour. Tetapi, tak ramai yang tahu bahawa Peru lebih maju dan sistematik dari segi perbankkan, ketinggian budaya dan bangsa serta kebanggaan bahasa. Semua urusan rasmi menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu spanish walaupun ramai bangsa asing di sini tetapi itu lah Peru. Mereka amat bangga dan mengagungkan bahasa rasmi mereka. Tak macam kita.

Urusan bank menggunakan spanish tetapi sistem bank mereka cukup canggih kalau nak compare bank kita seperti Maybank, RHB, CIMB dan Bank Islam. Aku akan cerita lebih mendalam lain kali. Apa yang mengejutkan aku ialah, semasa meeting tu semua orang cakap spanish sama ada dari Poland, Japan, Germany, France, Italy dan kalau negara latin tu dah tentu lah. Tetapi yang paling aku teruja ialah pegawai dari Embassy Amerika Syarikat dan British pun cakap spanish. Jadi... kalau bangsa amerika dan british boleh sama2 cakap spanish kenapa mereka ni takleh cakap Melayu. Kenapa mesyuarat atau perbincangan di Malaysia tak guna bahasa Melayu atau tulisan Jawi. Kenapa hampir 90% urusan di Malaysia gunabahasa english. Kenapa??? Betapa majunya bangsa amerika dan british yang telah merdeka dan menjajah bangsa lain beratus tahun lamanya... tetapi tetap tunduk dengan Peru. Mereka sanggup cakap spanish tanpa dipaksa kerana itu lah budaya disini. Maknanya... kalau bangsa kita sayang dan agungkan bahasa kita, aku rasa dah lama mat saleh ni semua cakap melayu dan silap2 kat UN atau PBB orang pakai bahasa Melayu dan tulisan Jawi untuk mesyuarat. Walaupun Peru hanya cakap spanish tetapi sistem harian mereka boleh dikatakan lebih canggih dan maju dari kita.

Aku pun memang selalu campur2 bahasa melayu dan english bila bercakap atau menulis sebab... aku membesar dengan sistem itu...

Ayuh orang Melayu... banggalah dengan agama Islam kita, bahasa Melayu kita, tulisan Jawi kita dan bangsa Melayu kita. Kalau Peru (kurang maju dibanding Malaysia) boleh tundukkan semua negara kuasa besar dengan bahasa ibundanya, kenapa tidak Malaysia. Kalau kita benar2 dan bersungguh-sungguh, Insyaallah... suatu hari nanti di mesyuarat UN atau PBB, semua orang akan cakap bahasa Melayu dan guna tulisan Jawi.

Wassalam...

Thursday, October 29, 2009

Perjuangan Rasulullah SAW dan Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Sahabat2 ku sekalian...

SATU daripada peperangan besar yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. ialah Perang Khandak. Oleh kerana dalam sejarah perang bangsa Arab inilah untuk pertama kali tentera muslimin menggali parit-parit besar (Khandak) di sekeliling kota Madinah, untuk menjadi kubu dan juga untuk tujuan pertahanan dan keselamatan penduduk Madinah.Maka sempena peristiwa tersebut lalu peperangan itu disebut sebagai "Perang Khandak."

Fakta sejarah juga mencatatkan bahawa peperangan sebelum itu belum pernah terjadi pelbagai puak kaum musyrikin bergabung dalam satu pakatan dengan puak Yahudi membentuk barisan (Al-Ahzab), untuk memerangi Nabi s.a.w. dan kaum muslimin. Sebab itulah peperangan Khandak juga dikenali sebagai "Perang Al-Ahzab."

Para ulama sejarah terdiri dari Ibnu Ishaq, Urwah bin Zubir, Qatadah, Al-Baihaqi dan majoriti ulama sirah menyatakan bahawa Peperangan al-Ahzab itu berlaku dalam bulan Syawal tahun kelima hijrah. Bagaimanapun ada juga pandangan ulama yang mengatakan Perang Al-Ahzab itu berlaku pada tahun keempat hijrah. Tetapi hanya seorang sahaja yang berpendapat begitu iaitu Musa bin Uqbah."Al-Ahzab" menjadi sangat masyhur kerana, ia satu perkataan yang dituntut oleh agama supaya mengumandangkannya dengan berulang kali setiap datangnya hari raya Aidilfitri dan juga Aidiladha.

"Al-Ahzab sentiasa bergema dalam takbir hari raya: "Lailaha IllaLlahu Wahdah, Sodaqo wa'dah, wa Nasoro `abdah, wa a-`Azzajundahu wa Hazamal Ahzaba Wahdah." Yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janji-Nya, dan telah menolong hamba-Nya, dan yang telah memuliakan tentera-Nya, yang berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab (Barisan bersatu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaan-Nya."Al-Ahzab yang sentiasa bergema disegenap penjuru alam setiap hari raya, ia membawa maksud supaya umat Islam menjadikan setiap hari raya sebagai saat yang paling bermakna untuk mengenang kembali peristiwa tentera Islam pimpinan Nabi yang telah diberi kejayaan oleh Allah SWT menumpaskan tentera al-Ahzab pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.

Punca mulanya peperangan Khandak ialah bahawa sebahagian tokoh-tokoh Yahudi dari perkampungan Bani Nadir telah keluar dari Madinah menuju ke Makkah. Mereka bekerja keras menemui pemimpin musyrikin Quraisy, mempengaruhinya supaya diadakan kerjasama untuk memerangi Nabi Muhammad dan kaum muslimin Madinah. Yahudi Madinah memang terkenal sebagai ahli kitab. Orang-orang Arab turut menghormati ulama-ulama Yahudi sebagai pengikut Nabi Musa yang mempunyai kitab berasaskan wahyu Allah.Sedangkan di kalangan masyarakat Arab tidak ada ahli ilmu berasaskan kitab Allah, jika ada tok lebai pun hanyalah dari kalangan mereka yang belajar dengan ulama Yahudi. Oleh kerana Yahudi yang berada di sekitar Madinah melihat perkembangan Islam itu terlalu pesat, maka timbullah rasa bimbang di hati mereka. Rasa dengki menguasai diri mereka apabila melihat perkembangan Islam yang semakin meluas pengaruhnya.

Justeru itu mereka sentiasa berfikir bagaimana hendak mencantas pengaruh Nabi Muhammad yang semakin merebak dari sehari ke sehari. Dalam pertemuan dengan pemimpin musyrikin Quraisy Makkah, tokoh-tokoh Yahudi menyatakan bahawa mereka sedia bekerjasama dengan Quraisy Makkah untuk mencabut akar umbi pengaruh Muhammad dan agamanya. Untuk mendapatkan kerjasama itu, tokoh-tokoh Yahudi itu sanggup mengampu puak musyrikin Quraisy dengan mengatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy lebih baik dari agama yang dibawa oleh Muhammad. Tidak pelik apabila tokoh-tokoh ulama Yahudi sebagai ahli kitab, sanggup mengatakan bahawa Quraisy yang menyembah berhala itu lebih baik dari agama tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Semua itu dilakukan kerana hendak memuaskan nafsu dan demi sikap perkauman Yahudi yang begitu tebal. Dendam terhadap Muhammad yang dipilih oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman, sedangkan mereka yang begitu lama menanti kemunculan Nabi akhir zaman, menyangka bahawa Nabi akhir zaman itu pasti dari kalangan Yahudi.

Mereka sanggup mengatakan agama menyembah berhala yang menjadi keyakinan musyrikin Quraisy itu, jauh lebih dari agama Muhammad, kerana Nabi yang mereka tunggu itu tidak datang dari bangsa Yahudi, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W. dari bangsa Arab. Allah SWT yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk Yahudi itu, lalu menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w., bagi menjelaskan sikap puak Yahudi yang keji itu. Firman Allah yang bermaksud: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang diberikan bahagian dari al-Kitab?Mereka percaya kepada yang disembah selain Allah dan taghut dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrikin Makkah), bahawa mereka (yang menyembah berhala) itu lebih benar jalannya dari orang-orang beriman." "Mereka itulah orang yang dilaknat Allah. Barang siapa dilaknat oleh Allah, nescaya kamu tidak akan mendapati penolong bagi mereka." (Surah An-Nisa ayat 51-52). Dengan segala helah dan muslihat licik, akhir tokoh-tokoh Yahudi itu berjaya mempengaruhi puak musyrikin Quraisy, untuk melaksanakan cita-cita jahat mereka mengadakan pakatan seterusnya memeterai perjanjian untuk tujuan keji bagi memerangi Nabi S.A.W.

Setelah puak Yahudi selesai mengadakan perjanjian dengan kafir Quraisy Makkah, lalu mereka beredar dan meneruskan misinya menuju ke Ghatfan bagi menemui penduduk Arab Ghatfan. Mereka menjalankan kempen sebagaimana mereka berkempen kepada Quraisy Makkah. Peringkat pertama sememangnya Arab Ghatfan tidak setuju untuk memerangi Nabi Muhammad. Tetapi dengan putar belit puak-puak Yahudi itu, akhirnya mereka berjaya menarik perhatian penduduk Ghatfan untuk turut serta dalam pakatan tersebut. Selepas itu tokoh-tokoh Yahudi itu pergi menemui puak Arab Bani Fazarah dan bani Murrah. Sempurnalah usaha puak Yahudi itu untuk mengadakan pakatan bersama beberapa puak Arab musyrikin untuk memerangi Nabi S.A.W.

Mereka telah memutuskan masa dan tempat peperangan itu dilaksanakan. Medan perang yang mereka tentukan ialah Madinah, sesuai dengan tujuan mereka untuk menyerang Nabi dan kaum muslimin. Masa yang mereka tetapkan ialah pada bulan Syawal.

Wassalam...

Menderma dan bersedekah, apa keberkatannya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sahabat2 ku sekalian...

Satu artikel dari Mstar.KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda. Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?
Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, IKHLAS. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Wassalam...

Tuesday, October 27, 2009

Harapan Orang Tua

Sahabat2 ku sekalia...

Aku nak cerita mengenai harapan orang tua terhadap anak2 mereka. Mana ada dalam dunia ni kita lihat orang tua yang tidak sayangkan anak. Walau jahat macam mana sekali pun, anak tetap anak sekali pun anak tu anak luar nikah. Betapa... kasih sayang ibu bapa pada anak tiada batasannya. Lain lah kalau ada orang tua yang memang tak peduli & kasihkan anak, tu lain cerita (yang tu mungkin orang yang tak betul...)

Tengah aku kemaskan laci sebentar tadi, tiba2 terjumpa cebisan kertas yang ada cerita mengenai kasih sayang dan harapan orang tua. Cerita mungkin sekadar lawak jenaka atau sekadar sandiwara. Mesti ada hikmah atau pengajaran disebaliknya walaupun sekadar cerita main2. Ceritanya begini...

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak gadis yang cantik jelita dan manis serta amat disayangi bernama Siti, Seri, Murni dan Suri. Bila dah sampai masa dan jodohnya, maka dikahwinkanlah keempat-empat anak gadis itu serentak. Selepas majlis kahwin berlangsung dengan gemilang, cemerlang dan terbilang, maka keempat-empat mereka pun nak pergi honeymoon.

Siti pergi ke Pulau Langkawi, Seri (Pulau Tioman), Murni (Pulau Kapas) dan Suri akan memadu kasih di Pulau Pangkor. Sebelum melepas anak2 mereka pergi, Pak Mat dan Mak Minah berpesan: "Nanti jangan lupa hantar kabar berita. Tak yah tulis panjang2 cukup pakai kod iklan je. Ringkas, padat dan cepat. Mak dan Ayah nak tau jugak cerita bulan madu korang semua." Lepas tu, panjang lebar lah Mak Minah memberikan tips2 terbaik kepada anak2nya demi kebahagian dan kesejahteraan hidup berumah tangga lebih2 lagi mereka tu baru saja berkahwin. Macam2 lah pertua yang Mak Minah bagi dari hujung rambut sampai lah hujung kaki.

Seminggu lepas tu, Mak Minah dan Pak Mat pun menerima surat daripada Siti yang bertulis "Standard Charted". Kelam kabut jugak dia orang berdua ni mencari iklan tu dan bila terjumpa... bukan main senyum lagi apabila membaca iklan yang berbunyi: "Besar, teguh dan kukuh..." Gembira sungguh hati kedua--dua orang tersebut mengenangkan kebahagian anak nya itu.

Esoknya terima pulak surat daripada Seri yang bertulis "Nescafe". Cari punya carik jumpa, jumpa jugak iklah tu yang berbunyi: "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir..." Makin gembiralah hati Pak Mat dan Mak Minah apabila mengetahui yang Seri jugak bahagia.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pulak surat dari Murni yang bertulis "KFC". Bukan main lebar lagi senyum Pak Mat dan Mak Minah apabila membaca iklan yang berbunyi: "Lazat, hingga menjilat jari..." Makin cerialah mereka apabila tau yang Seri pun bahagia macam anak2 nya yang lain.

Tetapi, Pak Mat dan Mak Minah tiba2 gusar dan risau. Keceriaan di wajah mereka sedikit kelam kerana belum lagi menerima surat daripada Suri. Dah seminggu berlalu tapi surat tak kunjung tiba. Rasa gusar sudah mula bermain di hati mereka. Masuk minggu kedua, pun masih tak sampai jugak. Orang tua mana yang tak risau. Tiba2 masuk je minggu ketiga, surat dari Suri pun sampai yang berbunyi "Air Asia". Kelam kabut lah mereka mencari iklan tersebut sebab nak tau sangat pasal apa yang telah terjadi pada anak mereka tu. Dah lah anak bongsu. Surat dari dia pulak yang paling lambat. Lepas jumpa dan iklan tu, Pak Mat dan Mak Minah terkulat-kulat sampaikan tak tau sama ada nak senyum, gembira atau menangis atau menjerit!!! motto iklan tu berbunyi: "7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI... NON-STOP!!!..."

Hehehe... Fikir2kan lah....

Wassalam,

Friday, October 23, 2009

Lapang Sedikit

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat, 23 Oktober 2009 dan jam kat Peru dah pukul 9.45 pagi. Kalau kat Malaysia lebih kurang pukul 10.50 malam (Jumaat malam Sabtu). Hari ni genap sebulan aku sekeluarga tinggal di San Isidro, Lima Peru. Hari jugak genap 5 hari (seminggu) anak sulung aku pergi ke Americano School of Miraflores, Lima Peru yang boleh dikatakan dekat dengan apartment aku. Lebih kurang 10 minit sampai dah kat sekolah (dengan kereta). Kalau tak banyak kereta perjalanan akan lebih cepat. Berbanding di Myanmar dulu, sekarang ni dia lebih gembira & ceria apabila hendak pergi dan balik dari sekolah. Baru 5 hari, sekurang-kurang dah boleh cakap hola (hai), gracias (terima kasih), amigo (kawan), adios (pergi dulu/jumpa lagi) lebih kurang begitu lah. aku pun baru sebulan & masih blurrrr ngan Spanish dia orang ni.

Hari ni Jumaat, aku suruh operator call sekolah & bagi tau yang aku nak ambik dia awal sikit sebelum 1.30 pm sebab nak bawak pergi sembahyang Jumaat. Saja nak bagi dia pengalaman & biar tahu tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Mana yang wajib tetap wajib, hukum tetap hukum dan ajaran Islam mesti lah jagi keutamaan walau di mana kita berada. Insyaallah... semuanya akan selamat.

Esok Sabtu, plan tu nak pergi ke pusat bandar Lima. Nak pergi central market dan paling penting china town. Nak beli cili kering pedas dan keperluan lain. Ini lah kehidupan terbaru aku sekeluarga di negara yang amat berbeza sekali budaya, makanan, cara hidup dan sebagainya. Nasib baik kos hidup lebih kurang macam kat Malaysia je dan dapat elaun lebih sikit. So, boleh lah senyum dan hidup dengan tenang. Setakat ni lah...

Semalam cuaca redup je dan sejuk. Hari pulak memang terasa sangat sejuk. Sepatutnya dah masuk musim spring & mesti lah panas sikit tapi pelik betul. Sejuk bukan main. Bila difikirkan sedalam dalamnya... ini kuasa Allah SWT yang tidak akan terjangkau oleh kita. Mana kita sangka boleh ada keadaan macam ni dan bermacam-macam keadaan cuaca, suasana, gelagat manusia, karenah manusia, bentuk muka bumi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza di setiap tempat dan kawasan. Susah nak diceritakan dan dijelaskan takut orang tak faham. Tapi semua orang memang tahu dan lebih tahu dari aku bahawa, Allah SWT itu Maha Pencipta, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Oleh itu, semua ini atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Kalau kita sendiri dapat lihat dan merasai perbezaan dan keindahan itu, baru lah kita akan paham dengan sendirinya. Oleh itu, tak yah lah aku nak jelaskan panjang2. Fikirkan lah...

Hari ni jugak aku rasa amat lapang dan tenang serta sedikit malas. Mungkin dah banyak kerja yang dah selesai dan akan selesai. Aku ingat, nak pergi bank lah (Banco de credito del Peru) nak settle kan personal account yang tertangguh sikit hari tu. Nak pakai kereta nak kena bayar parking. Walhal bukannya jauh setakat jalan kaki lebih kurang 5 minit je. Tapi nak jalan kaki, sejuk pulak. Selagi lagi... ini lah kekuasaan Allah SWT...

Wassalam,

Monday, October 19, 2009

Nak cerita je

Sahabat2 ku sekalian...

Kali ni cerita nya lain sikit. Asyik serius je, tak best jugak. Tapi cerita ni bukan lah lawak. Setakat nak kongsi cerita yang aku dari internet. Ntah... aku tekan2 je mana2 webpage yang aku suka tiba2 terkeluar pulak cerita ni. bacalah kalau nak tau... ceritanya begini;


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya;

Kanda Suparjo tersayang,Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman,

kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,

dari Dinda Suti Nirwingsih....

gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!


tu je lah cerita nya. So, buat sahabat2 ku sekalian. Bersama-sama lah kita menjadi suami yang terbaik, lebih bertanggungjawab, lebih penyayang, lebih beriman dan bertawaduk serta menjaga keluarga dengan baik dan sempurna. Tiada kaitan langsung dengan cerita tu. Yang tu setakat nak hiburkan hati je. hehee...

Wassalam,

Saturday, October 17, 2009

Makan Malam Yang Enak

Sahabat2 ku sekalian...

Hari Jumaat, 16 Oktober 2009 jam 11.58 malam di San Isidro, Lima Peru. Aku baru sahaja balik dari makan malam di sebuah restoran yang agak ternama di sini. Makan malam yang dihoskan oleh bos aku (TYT Duta Besar) serta isteri untuk tetamu dari Malaysia yang kalau aku sebutkan nama mesti semua orang kenal. Berpangkat besar lah tapi yang pasti bukan orang politik. Pegawai kerajaan jugak tapi tak yah lah aku nak sebuat nama dia orang ni mesti semua orang tau. Apa yang membanggakan aku ialah salah seorang daripada delegasi itu ialah anak jati Sarawak dari Sarikie. Masih boleh cakap Sarawak pekat dan tulen cumanya dah jarang2 balik Sarawak sebab mungkin semua keluarganya ada di semenanjung agaknya. Dia pun dah berumur. Berkemungkinan orang tua pun dah takde. Sebab tu kot dah tak selalu balik Sarawak. Tapi bukan yang tu aku nak cerita. Ada cerita lain yang aku fikirkan ada eloknya jugak kita fikirkan bersama.

Biasanya... bila ada jamuan macam ni aku tak akan cakap banyak sebab boss ada. Aku lebih suka mendengar dan sekadar menjawab kalau ditanya. Pelbagai cerita dan perbincangan yang berlaku di antara delegasi dengan bos aku ni. Bermula dari cerita pasal pendidikan hinggalah cakap2 pasal politik seterusnya harapan kita sebagai orang Malaysia pada masa2 akan datang. Macam2 lah cerita yang timbul. Tapi dalam banyak2 tu aku tertarik dengan pandangan dan pendapat bos aku serta delegasi berkenaan tentang isu 1 Malaysia, Islam hadhari dan sistem pendidikan serta budaya/sistem bekerja terutamanya bagi sektor awam. Bukanlah nak bercakap pasal politik atau mengkritik mana2 pihak. Tak salah rasanya kalau kita jugak boleh menyampaikan pandangan peribadi demi masa depan anak2 bangsa kita. Oleh itu, jangan salah anggap. Ini bukan isu politik atau menghentam tetapi sekadar pandangan perbadi daripada rakyat Malaysia dalam konsep 1 Malaysia yang seringkali digembar gemburkan akhir2 ini. Pelbagai komen rakyat mengenai konsep 1 Malaysia ini tapi tak payah lah kita bincang. biarlah mereka yang arif dan pakar sahaja memikirkannya. Takut2 sensitif pulak. Aku ni tak leh sangat nak layan perasaan sendiri nanti melarat-larat. Eloknya tak yah lah.

Pasal politik tak payah lah nak sentuh banyak sebab semua orang tahu tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Malah, lagi ramai yang lebih tahu dan pakar daripada aku. Cumanya aku nak katakan ada kebenarannya bahawa politik di Malaysia dah lari sistem sebenar. Sesiapa pun rakyat biasa di Malaysia akan setuju bahawa setiap orang dalam parti2 politik tidak kira pembangkang atau kerajaan memerintah lebih memikirkan bagaimana hendak mendapatkan sokongan kawan dan lawan daripada memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat. Masing-masing akan sentiasa cuba menjaga kawan2 dan berusaha mengambil hati atau memikat lawan. Pelbagai cara dan ragam sampaikan orang kampung pun makin muak apabila melihat semua ini. Aku yang jugak orang kampung pun berfikiran serupa kerana nasib kami adalah sama. Tak yah aku sentuh dengan mendalam sebab semua orang tahu benda ni.

Salah satu lagi isu yang dibangkitkan tadi ialah sistem pendidikan. Kejap nak guna bahasa Inggeris. Pastu tukar balik bahasa Melayu. Sampaikan ramai orang telah mempolitikkan perkara tersebut dan sering dijadikan modal politik semua orang baik orang politik itu sendiri mahu pun politik warung kopi. Orang kampung pun dah pandai bercakap pasal ni. Apatah lagi orang terpelajar macam bos aku tu dan delegasi yang cukup terkenal dengan keilmuannya itu. Disebabkan perkara ini sering dijadikan modal politik, maka isu bahasa lebih penting daripada kita memikirkan bagaimanakah untuk melahirkan anak2 Malaysia yang cemerlang yang lengkap daripada segala sudut baik pendidikan formal, ajaran agama dan pengasahan bakat untuk menjadi anak Malaysia yang akan dihormati oleh orang negara luar. Aku amat setuju bila ramai orang menyatakan bahawa Vietnam, Brasil, India mahupun Indonesia telah mula maju setapak daripada Malaysia dari pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi dan sosial. Silap2 lagi ramai negara kerdil tiba2 lebih maju daripada kita. Kita yang dok sibuk dan bangga dengan KLCC dan KL Tower dah makin ketinggalan tanpa kita sedari dek kerana kesibukan kita berbincang bagaimana cara untuk menaikan pasukan bola sepak, macam mana nak memenangi hati pelbagai kaum supaya parti kita disokong, terlalu mementing legasi sendiri, sanggup menggadai keagungan Islam serta ketuanan Melayu demi kepentingan perbadi dan sebagainya. Tanyalah sesiapa pun, pasti mereka akan setuju tentang perkara ini. Sampaikan, salah seorang delegasi tu kata, silap2 Peru pun akan lebih bertambah maju daripada Malaysia kalau kita masih leka dengan angan2 kita. Aku setuju dan bukan sahaja Peru, silap2 Myanmar pun akan tiba2 meletup kemajuannya jika betul hala tujunya selepas pilihanraya tahun depan. Mana kita tahu dan mungkin ia akan berlaku. Cukup lah dahulu kita pernah belajar tentang Myanmar (geografi). Tak mau lah jika dalam tempoh 2-3 tahun lagi kita belajar lagi subjek pasal Myanmar.

Satu lagi isu yang menarik jugak untuk dikongsikan ialah, bagaimana sebuah institut pendidikan terpaksa memecat atau membuang beberapa tenaga pengajarnya disebabkan oleh ilmu dan kepakaran yang mereka ada tidak mampu untuk diajar kepada anak didik sebaliknya setakat mampu untuk diamalkan oleh diri sendiri. Mereka ini lulusan luar negeri kalau silap Universiti Al-Azhar, Mesir. Semua orang tahu akan kemasyhuran universiti tersebut. Malangnya ialah lulusan berkenaan dilantik untuk mendidik anak bangsa bagi menyumbangkan ilmu dan tanggungjawab dalam mendidik anak Malaysia akan keindahan dan keagungan agam Islam tetapi gagal sama sekali. Mereka hanya pandai membaca Al-Quran tetapi tidak mampu mengajar orang lain untuk membaca Al-Quran. Paling Dashyat, mereka pun tidak tahu secara mendalam dan tidak tahu apa2 seolah-olah mereka2 ini bukan belajar dari universiti berkenaan. Ada jugak yang sekadar tahu membaca seadanya tetapi tidak tahu langsung tentang ilmu Al-Quran. Ada yang tak reti langsung. Disebabkan itu, serta-merta mereka telah dibuang kerja. Kenapa boleh jadi begini. Salah kita atau pihak Al-Azhar. Semua orang tahu mana2 pelajar yang dihantar oleh kerajaan ke sana ialah mereka yang benar2 berkelayakan. Tetapi mengapa dulu tidak timbul langsung masalah ini dan sekarang mengapa ia terjadi. Di mana silapnya. Apakah puncanya. Adakah benar bahawa pelajar2 yang dihantar ke luar negeri sudah tidak berkualiti. Jika benar itu yang terjadi bermakna, ada kesilapan dalam sistem pendidikan kita yang tidak kita sedari. Dah ada orang yang berani mempertikaikan mutu pendidikan kita. Apa dan di mana tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam soal ini. Jika tidak diperbaiki segera, maka Malaysia akan hancur dan hilang segalanya.

Tiba2 dalam diam aku terfikir dan teringat akan petikan ceramah Dato' Ustaz Ismail Kamus (kaset) yang ada menyatakan bahawa beliau cukup kecewa apabila ada pelajar kita (lulusan agama luar negara) tidak pandai bercakap bahara arab. beliau kata '...bahasa arab mereka haru biru...' '...bila ditanya pasal fikah mereka kata tak tahu sebab belajar usuludin sahaja dan bila tak tahu ilmu Al-Quran sebab hanya belajar sirah sahaja, tidak seperti dulu yang mana orang yang belajar dalam bidang agama akan tahu semua bidang & cabang pendidikan Islam, tak macam sekarang...' sekarang baru aku sedar bahawa kebenaran tentang itu telah terbukti bila ada orang lain berkata tentang benda yang sama. Siapa yang silap dan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi? Adakah berpunca daripada sistem kerajaan, dasar kerajaan, masalah politik, kepentingan peribadi atau memang silap pelajar itu semata-mata? mohon difikirkan bersama.

Banyak lagi isu yang telah disentuh tapi yang tak yah nak ceritakan semua. Banyak perkara orang lain lebih tahu daripada aku. Cuma yang terakhir... bagi aku agak merisaukan dan membimbangkan. Apabila... orang kita yang pelbagai agama dan bangsa sudah hilang jati diri, sukar untuk berubah atau buka pandangan dan corak pemikiran serta rakyat sudah hilang rasa hormat pada pemimpin itu sendiri. Sudah sampai masanya... mana2 orang politik di Malaysia yang benar2 memikirkan keagungan agama Islam dan ketuanan bangsa Melayu mesti mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan keyakinan rakyat untuk sama2 membantu demi kemakmuran bersama dan menggalakkan rakyat bersatu-padu antara satu sama lain. Jika tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini, tidak mustahil rakyat Malaysia tidak akan menghormati negaranya sendiri apatah lagi orang asing. Sampaikan pada hari ini semakin ramai rakyat berani berkata bahawa, jika bertukar kerajaan sekalipun belum tentu Malaysia akan bertambah baik dan tidak mustahil lebih teruk daripada sekarang. Bermakna, jika kerajaan serta pemimpin sedia ada yang dah berpuluh tahun memerintah dan memajukan Malaysia telah tidak diyakini apatah lagi orang lain atau kerajaan yang baru yang belum tentu kejaguhannya. Makna yang mendalam ialah... rakyat telah hilang keyakinan dan rasa hormat kepada mana2 pemimpin atau orang dalam mana2 parti politik di Malaysia. Bagi rakyat sekarang, sudah tiada lagi orang politik yang boleh dipercayai. Orang asing sedang menunggu sahaja peluang untuk melingkupkan Malaysia. Itu pun kita masih leka dan terus lena...

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keagungan Islam dan ketuanan Melayu, aku amat setuju dengan perkara2 tu semua. Semoga kita sama2 berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyampaikan pendapat kita itu agar didengar oleh pihak yang bertanggungjawab. Bunyi nya macam anjing menyalak gunung tetapi tidak mustahil orang kerdil akan dipandang tinggi dan disanjung mulia...

Wassalam,

Saturday, October 10, 2009

Cerita Peru Lagi

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat dan macam biasa lah aku pergi lah sembahyang Jumaat di masjid yang terletak lebih kurang 45 minit daripa pejabat dan rumah. Alhamdulillah... setakat ni semuanya berjalan lancar dan aku makin selesa berada di sini. Walaupun kedudukan masjid yang agak jauh tetapi aku masih diberikan oleh Allah SWT peluang serta kesempatan untuk terus beribadah kepada-Nya. Alangkah beruntung dan seronoknya kaum keluarga dan kawan2 ku di Malaysia. Nak pergi sembahyang boleh pergi di mana-mana masjid yang mereka suka. Tidak seperti aku di sini. Itu sahaja lah masjid yang terdekat dan boleh dikatakan selesa. Ingin aku ulangi sekali lagi, beruntung dan bertuah betul menjadi orang Islam yang berada di Malaysia...

Aku nak ceritakan tentang masjid ni lah. Setelah beberapa kali sembahyang (hanya berkesempatan Jumaat sahaja) setakat ini, baru hari ni aku cuba2 untuk pergi ke bahagian belakang dan meninjau keseluruhan bahagian luar masjid yang sudah dimamah usia itu. Walaupun struktur luarannya agak kelihatan usang tetapi struktur binaannya masih utuh dan kuat segagah kaum minoriti yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam di sini. Mereka hidup dalam suasana harmoni dan mungkin seperti di Malaysia, di masjid itu juga berkemungkinan ada diajar kelas bimbingan agama untuk kanak2 dan juga orang dewasa. Itu aku tak berapa pasti kerana belum pernah nampak lagi. Harapanku agak tinggi kerana jika boleh aku hendak anak2 ku belajar agama di situ sekurang-kurangnya belajar mengaji. Berdasarkan keadaan binaan dibahagian belakang masjid, aku makin yakin pembelajaran agama itu ada di sini. Mustahil lah jika tidak ada.

Apa yang teramat penting yang aku nak ceritakan ialah, betapa mereka ini begitu bangga dan menjaga dengan baik masjid berkenaan yang semakin kusam warna hijaunya. Tapi, mungkin itu lah masjid yang mereka di daerah ini dan ia perlu dipelihara serta amalan Islam perlu disuburkan di sini. Semasa mendengar bacaan khutbah yang sememang tidak aku fahami langsung, fikiran sesekali melayang mengenangkan serta memikirkan kehidupan umat Islam di sini. Ini di bandar Lima. Entah apa keadaannya di bandar2 lain. Amat tersentuh hati ini bila mengenangkan betapa beruntung orang2 Islam yang berada di Malaysia. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, segala-galanya mudah dan tersedia. Tidak seperti di sini, yang ada hanya sebuah masjid tua dan tetap kukuh serta gagah untuk digunakan oleh umat Islam di sini beribadah kepada-Nya. Tetapi... apa yang menyedihkan sedikit di hati kecil aku ialah mengapa masih ada umat Islam di Malaysia yang tidak bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniaan oleh Allah SWT kepada kita selama ini. Setiap kemudahan dan kepakaran tidak digunapakai serta ilmu tidak dituntut sepenuhnya. Masjid2 yang moden dan canggih sering kosong dan guru2 serta pakar2 agama menjadi bahan hinaan juga mainan disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza serta kepentingan perniagaan dan keuntungan diri sendiri. Bagi mereka yang lebih mementingkan kemewahan dan kekayaan duniawi, sanggup agama Islam dijadikan alat untuk kepentingan peribadi. Sepatutnya, kita umat Islam perlu bersatu untuk menjadikan agama Islam terus dihormati dan disanjung tinggi bukan sahaja oleh umat Islam malahan orang bukan Islam. Jika kita sendiri tidak menjadikan ajaran dan amalan Islam sebagai keutamaan hidup, macam mana bangsa yang menganut agama lain akan menghormati kita. Ini lah masalah yang sedang berlaku di Malaysia. Demi kerjaya dan kejayaan dalam politik, perniagaan atau seumpamanya agama Islam diperlekehkan dan cuba untuk dipermudahkan demi untuk kepentingan peribadi semata-mata. Ketepikan perselisihan politik dan sebagainya demi keagungan agama Islam yang tercinta. Tidak kira siapa sahaja. Setiap pakar2 Islam perlu dihormati dan ilmunya digali. Bagi pakar2 pelbagai bidang Islam, janganlah gadaikan kepakaran yang ada demi kesenangan hidup sendiri.

Apa yang membuat hati sedikit terubat ialah ditunjukkan betapa gigihnya umat Islam di sini berusaha. Betapa yakinnya mereka kepada Allah SWT dan betapa tekunnya mereka mengamalkan ajaran Islam yang sedia ada. Kalau nak diikutkan, bila2 masa sahaja akidah cukup mudah terpesong kerana di sekeliling masjid dan sekitar daerah ini dihiasi oleh gereja2 besar yang sudah semestinya dijaga rapi berbanding masjid usang ini. Terasa kekaguman dan kebanggaan dalam hati kecil ini bila melihat ketabahan dan ketaatan umat Islam di sini. Sepatutnya kita di Malaysia mesti bersikap seperti orang minoriti Islam di sini. Tetapi sayang, umat Islam di Malaysia lebih penting hal2 politik, prestasi pasukan bola sepak, siapa yang boleh naik dan siapa yang turun atau sebagainya. Mereka perlu dihantar ke Peru atau di mana2 negara susah untuk melihat sendiri bagaimana agama Islam terus dipelihara walaupun dalam keadaan payah dan sukar.

Memang benarlah... agama Islam itu akan terpelihara sampai bila2.

Thursday, October 8, 2009

Agama Islam, Bangsa Melayu Perlu Maju

Sahabat2 ku...

Bila sesekali balik bercuti di Malaysia, di Sarawak khususnya amat damai rasa hati dan hidup ini kerana kemajuan negara kita serta kekuatan Islam yang semakin bercambah di mana-mana. Dalam hati kecil aku sering berkata, alangkah beruntungnya menjadi orang Malaysia. Agama dan bangsa yang amat terpelihara. Keadaan ini tidak akan dapt dikecapi di negara lain.

Apa maknanya untung ialah, di Malaysia kita boleh pergi sembahyang jemaah di mana2. Masjid dan surau ada di mana. Tiada sekatan dan larangan. Lepas sembahyang, ada zikirnya dan ada juga tazkirah atau kuliah agamanya yang boleh dijadikan amalan serta pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Anak2 dapat membesar dan membiak dalam suasana Islam dan bangsa Melayu yang aman damai serta tenteram. Boleh dikatakan semuanya lengkap baik di sekolah atau di rumah. Alangkah beruntunglah kita menjadi warganegara Malaysia. Keutuhan agama Islam akan sentiasa terpelihara dan kejatian bangsa akan terus disemai di dalam jiwa.

Bagi insan yang mementing keuntungan akhirat, ini lah keuntungan yang dicari-cari. Berbeza dengan manusia yang hanya mementing masa depan dunia, maka apa yang dicari hanya lah wang dan kemodenan hidup semata-mata. Maka, amat rugi lah jika anak2 kita dan diri kita tidak berada dan menjalani kehidupan di Malaysia.

Sebagai contoh, selama 5 tahun lebih bekerja di Myanmar elaun di luar negara memang mewah. Tanyalah semua orang yang bekerj dengan Kementerian Luar Negeri, semuanya akan setuju dengan aku. Dah lah elaun banyak, gaji kat Malaysia tak kacau pulak tu. Kalau orang jenis kedekut & memang betul2 berjimat boleh jadi jutawan. Tapi bagi aku itu tak penting. Bukanlah bermaksud duit tu tak penting. Tapi, secara peribadi apalah gunanya duit banyak tapi pengisian jiwa kosong. Apalah ertinya jika anak2 kita ketinggalan jauh dari soal agama lebih2 lagi belajar Al-Quran dan hadis. Takde faedahnya. Di sana, mana ada orang bagi ceramah kat masjid atau tazkirah lepas Maghrib atau subuh, mana ada. Sembahyang terawih pun takde selawat. Bukanlah bermakna selawat tu wajib tetapi itulah yang aku nak kata hebatnya orang Malaysia ialah amalan kita tu serba lengkap baik yang wajib mahupun sunat.

Apatah lagi di Peru ni. Masjid yang paling dekat pun 45 minit berkereta dari rumah atau pejabat. Dah lah baca khutbah dalam bahasa arab yang diterjemah dalam dalam bahasa Sepanyol (dua katib). Macam mana nak Faham. Itu lah yang aku katakan betapa beruntungnya menjadi orang Malaysia. Di Malaysia, makanan halal cukup mudah baik di pasar basah atau supermarket. Di Myanmar, pun mudah tapi kena pergi pasar basah yang kotornya susah nak digambarkan. Dah lah daging binatang tu (babi) boleh jual dekat2. Kat Malaysia mana ada macam tu. Yang halal di tempat yang halal dan yang haram dah ada tempat disediakan & tersorok. Tak untung ke tu.

Kat Peru lagi haru biru. Ada KFC, Mc Donald, Starbuck dan macam2 tapi tak halal. Pun tak leh makan jugak. Kat pasar takde jual ayam halal. Nak yang halal kena order. sekali order kena banyak2. tak ke susah tu. Daging pulak jarang2 ada. Kalau ada baru orang yang jual tu call. Yang ada kambing je tapi kena order seekor. Gileeee ke. Macam mana aku nak makan kambing seekor sorang2. Walaupun murah setakat RM80.00 - 120.00 je seekor, tak kan aku nak order seekor tu. Yang sure senang nak order ialah ayam dan ikan boleh carik kat pasar atau supermarket. Itu pun ikan tak semua ada. Kan ke susah tu. Still Malaysia jugak senang dan mudah. Semuanya mudah dan aku nak ulang lagi... beruntung lah jadi orang Malaysia. Sebab tu orang luar cemburu tengok Malaysia dan fifnah macam pasal Malaysia.

Apa yang aku nak kata ialah... kita patut bersyukur menjadi warganegara Malaysia dan mudah untuk mengamalkan Islam dan belajar tentang Islam.

Wassalam...

Wednesday, October 7, 2009

Lima, Peru

Sahabat2 ku sekalian...

Mohon maaf di hari lebaran. Belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri yang mulia. Mohon maaf juga kerana tak sempat nak berkunjung di rumah sesiapa pun kerana kekangan masa dan pelbagai perkara yang perlu disegerakan. Insyaallah... ada rezeki kita akan bersua lagi.

Setelah lebih kurang 2 minggu berada di Lima, Peru baru hari ni rasanya ada sedikit kelapangan. Selama lebih kurang 2 minggu ini juga, aku dan keluarga boleh dikatakan seronok tinggal di San Isidro, Lima Peru salah satu daerah yang lebih dikenali sebagai Administrative & Diplomatic Corp Area (Kawasan Diplomatik) macam Putrajaya kita lah. San Isidro ni merupakan salah satu antara kawasan yang maju, moden & tercanggih di Peru. Banyak banglo- banglo antik & moden yang kecantikannya sukar untuk dinyatakan. Tetapi, aku sekeluarga lebih tertarik untuk memilih tinggal di apartment yang berhadapan dengan taman pokok zaitun (berusia lebih 500 tahun) yang terkenal dengan gelaran el olivar parque. Cuaca amat sejuk menusuk ke tulang sum-sum. Siang & malam terpaksa pakai baju berlapis & sudah semestinya stokin tak leh tinggal. Kalau tak nanti beku. Nasib baik takde snow. Kalau ada mahu beku seluruh badan. Suasana amat damai & tenteram. Tidak dinafikan, setakat ini memang seronok tinggal di sini.

Boleh dikatakan hilang sudah kepenatan yang bukan kepalang apabila berada di dalam kapal terbang lebih kurang 27 jam ditambah dengan transit dan seluruh perjalanan memakan masa lebih kurang 34 jam. Nasib baik anak2 kurang buat perangai. kalau tak... tersiksa lah batin nurani.

Nak cerita sikit lah & bukan nak memperlekehkan atau menghina orang kita lebih2 lagi bangsa kita sendiri. Aku tetap sanjung akan agama, ketuanan melayu dan kedaulatan raja serta bangsa Melayu walau di mana berada. Tiada yang lebih hebat daripada negara kita Malaysia dan bangsa kita, Melayu serta agama kita, Islam di muka bumi ini. Kita lah sahaja yang mempunyai Agama, negara dan bangsa yang paling hebat di dunia. Tetapi, setakat nak ceritakan pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara kita di mata dunia. Mungkin orang lain mengalami pengalaman dan ada cerita berbeza. Ini semata- mata pandangan peribadi aku sendiri. Kalau ada yang tak setuju apa nak buat...

Penerbangan sejauh lebih kurang 13 jam dari KLIA - Amsterdam yang memang memenatkan akhirnya sedikit terubat apabila dilayan & disapa oleh kakitangan Amsterdam Airpot termasuklah polis (kawalan keselamatan). Kemana sahaja aku bertanya akan dilayan dan dijawab dengan ramah, senyum manis & ditunjukkan arah tuju yang jelas dan mudah. Tiada sebarang keluhan atau riak wajah mengejek atau dengkel daripada mereka. Walaupun bahasa mungkin sedikit masalah (mereka kurang fasih berbahasa Inggeris) tetapi aku tetap dilayan dengan baik (terutamanya semasa menguruskan boarding pass transit ke Lima, Peru) sehingga lah aku sekeluarga berehat di business lounge. Tiada langsung rasa takut atau terancam atau kawlaan ketat. Pendek kata, selama berada di Amsterdam Airport tiada sebarang rasa terasing atau dipandang rendah oleh bangsa mat saleh yang sering dikatakan orang sebagai bongkak & angkuh. Penerbangan dari Amsterdam - Lima yang memakan masa lebih kurang 13 jam juga hilang rasa penatnya apabila dilayan dengan baik sekali. Sampaikan jemu nak menjawab pelbagai soalan & anak2 begitu seronok apabila dilayan karenah mereka. Mintak lah, tanya lah apa2 pun. Pasti akan dilayan dengan baik. Kadang2 sebelum kita mintak, dia dah tanya dulu berapa banyak botol susu nak dibuat... Mungkin orang Belanda masih ada adat & susila nya. Itu aku kurang pasti. Yang pastinya, hati kecil aku cukup sedih kerana orang kita makin sombong & bongkak berbanding bangsa asing...

Apa yang nak diceritakan ialah perbezaan antara orang kita dengan mereka. Bukan nak merendah- rendahkan atau mengutuk tetapi inilah realiti yang terpaksa kita telan. Kalau di Airport kita, masa nak check in pun dah rasa tak seronok sebab tak senyum langsung orang kita. Apatah lagi kalau kita bertanya itu ini. terus muka monyok, masam dan kita akan rasa semasa diejek atau dipandang rendah. Kalau nak jawab pun tak ikhlas kot. Masa nak scan barang pun muka polis atau security masam je. Macam lah kita ni nak seludup dadah. Kalau pakai business class mungkin ok sikit kot sebab kita bayar mahal. Layanan tu ok sedikit sebab kos yang kita bayar tu tinggi. Kalau pakai economy class, kadang2 kita nak mintak itu ini pun macam tak nak dilayan. kalau nak mintak air buat susu anak2 pun macam tak ikhlas je kita ni dilayan. MENYAMPAH... Semua orang tahu yang Malaysia sebuah negara terkenal dan maju. Tetapi apa yang menyedihkan... kemajuan tidak seiring di semua sudut. Malaysia amat maju lebih2 lagi bila wujudnya Putrajaya yang serba canggih dan moden. Tetapi sikap & perangai orang2 kita semakin luntur. Sikap lemah lembut serta ada sopan semakin kabur ditelan kemajuan. Mengapa harus begini. Sepatutnya... semakin maju negara kita maka adab sopan & budaya mulia orang kita perlu seiring dengan kemajuan itu. Supaya... orang luar makin menghormati agama, bangsa dan negara kita. Kalau adat bicara & tatasusila sudah hilang, jangan nak suruh orang luar hormat kat kita, bangsa kita sendiri pun tak kan hormat akan nilai murni yang telah dipertahankan selama ini.

Bukan nak memuji negara luar tetapi ini lah perkara yang perlu kita fikirkan bersama. kenapa mat saleh yang negaranya atau lebih mudah nak faham... airportnya 5 kali lebih besar & canggih masih bersikap baik pada semua orang. Tetapi, orang kita yang juga maju tetapi airportnya bukanlah besar sangat bukan main sombong & bongkak. Tak salah kalau melayan orang dengan baik kerana 99.9 peratus penumpang kapal terbang bukannya penyeludup dadah, wang haram atau sebagainya. kalau ada pun mungkin 0.1 peratus sahaja. Orang kita perlu ubah sikap. Tersenyum dan bercakap dengan sopan bukan bererti kita tidak tegas. Sebaliknya, jalankan tugas menjaga keamanan negara dengan penuh dedikasi dan dalam masa yang sama orang ramai akan menyanjung tinggi bangsa kita sendiri. Kalau orang kita menyanjung tinggi bangsanya sendiri, maka orang luar akan terus menghormati bangsa kita sampai bila2 pun. Kalau nak diceritakan lagi, negara Cina yang masih berkonsepkan komunis itu (airportnya lebih besar sampai 3 terminal) pun lebih tinggi budi bahasanya kalau nak dibandingkan dengan orang kita. Sampai ke hari ini berada di Peru, aku masih berasa sedih bila memikirkan budi bahasa & nilai murni bangsa kita yang semakin hilang ditelan kemajuan.

Banyak lagi lah kelemahan orang kita kalau nak dicerita tak kan habis. Bagi sesiapa yang selalu naik kapal terbang & keluar masuk airport mesti ada pengalaman yang sama. Benarlah kata bekas Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri kita... Orang Melayu Mudah Lupa...

Disebabkan itu lah perjalanan selama lebih kurang 34 jam dari Kuching - KLIA - Amsterdam - Lima terasa kurang penatnya disebabkan layanan isimewa yang tidak terduga. Benar kata orang... jauh berjalan luas pandangan & bertambah pendalaman. Orang kita perlu berubah dan bangkit semula. Setiap kejayaan dan kemajuan perlu dibina seiring dengan ketinggian budi bahasa dan kemurnian agama kita. Biarlah Malaysia lebih dikenali sebagai negara maju dan juga maju dari kemuliaan agama, ketinggian bangsa dan kemurnian budi bahasa. Semoga cerita ini dapat dijadikan panduan untuk kita sama- sama memajukan Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta...

Wassalam...

Thursday, August 6, 2009

Berfikir, Berusaha akan ada kejayaannya

Sahabat2 ku sekalian...

Dah lama jugak aku tak mengarut. Harap2 sudi lah baca cerita mengarut yang aku tulis ni. Bukan apa... sekadar luahan hati dan untuk mengingatkan diri sendiri.

Semua orang kata, walau apa yang berlaku hidup mesti mesti diteruskan. Itu lah antara kata2 semangat yang kebanyakan orang sematkan dalam hati agar terus tabah dan kuat mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Bagi aku, segala apa yang telah berlaku dalam tempoh sesingkat lalu perlu aku telan dan jadikan panduan serta pengajaran. Perlu difikirkan ialah apakah hikmah dan hidayah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Hakikat yang perlu disematkan dalam jiwa juga ialah, adat dunia... orang bawahan mesti patuhi arahan dan orang atasan wajib lah menguasai orang2 yang berada di bawah agar setiap arahan dapat di dengari dan dipatuhi.

Sebagaimana manusia biasa, aku perlu akur akan aturan hidup ini. Namun... sebagai manusia biasa juga, sudah pasti akan ada rasa kecewa, marah, sedih dan terasa tercabar apabila ada pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan dan membimbing kita takut untuk bertanggungjawab di atas apa yang telah mereka lakukan. Sedangkan... aku telah cuba bertolak ansur, patuh arahan, tidak banyak kerenah dan menghormati orang lain tetapi segalanya tidak dihargai. Terasa bagaikan amat terhina maruah diri hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kemarahan dan kekecewaan tak dapat dibendung tetapi sisa2 kesabaran masih mampu mengawal keadaan.

Aku terima kenyataan yang tersurat begini dan perlu lebih sedar bahawa tidak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan, tak semua yang dirancang akan berjalan lancar dan tak semua pengorbanan akan mendapat penghormatan serta penghargaan. Itulah hebatnya orang atasan. Tak siapa boleh melawan. Semua keinginan mereka perlu ditunaikan walaupun hati tidak mengizinkan. Tak perlu kita melawan. Diam tak bererti kalah di medan pertempuran. Kemenangan tidak semestinya perlu digembar-gemburkan. Biarlah tuhan yakni Allah SWT sahaja yang menentukan. Sebagai orang bawahan, kita hanya perlu berusaha mematuhi segala arahan dengan ikhlas dan tabah mengharungi segalanya serta berdoa disamping berserah kepada Allah SWT...

Setelah menghadapi semua dugaan ini, aku perlu lebih tenang dan matang serta terapkan lebih kesabaran. Mungkin, dugaan ini dapat memangkin kejayaan gemilang pada masa hadapan. Tak perlu salahkan sesiapa dan bising merata- rata serta kutuk- mengutuk sesama kita. Jangan biarkan kemarahan menguasai kita kerana ia merbahaya. Walaupu pahit tapi perlu ditelan. Yang pahit itu ubat segala penyakit dan manisan itu penyeri kepada pesakit. Jangan buangkan kepahitan dan jagailah kemanisan.

Jika yakin pada Allah SWT... kejayaan akan pasti kita gapai sepenuhnya...

Wassalam,

Thursday, July 9, 2009

Sukan Tikam Lembing

Antara acara sukan yang boleh dikatakan unik ialah merejam lembing tapi saja je aku tukar jadi tikam lembing. Masa sekolah dulu pernah aku ambik acara pelik ni tapi memang dah tentu tak menang.

Apa yang aku cakap ni bukanlah cerita rejam lembing tu. Cara nak merejam apa2 pun sama lah jugak kita tafsirkan sebagai tikam belakang. Sebabnya, kita ambik lembing tu dan tikam kat belakang orang. Berbeza kalau bertikam lidah kerana hanya boleh ditafsirkan sebagai bertekak atau berbalah pendapat. Kerana kita tak boleh ambik atau cabut lidah tu untuk tikam belakang orang lain. Kononya lah... ntah betul atau tidak aku pun tak tahu. Sekadar pendapat aku je lah.

Kalau kita tengok dunia hari ini, susah betul nak dapat kawan yang betul2 nak berkawan susah sama susah, lapar sama lapar, kenyang sama kenyang tetapi memang takde lah kita tengok kawan sanggup mati sama mati. Mungkin ada tapi jarang2 kita dengar.

Kebanyakan kita nampak, kawan kita akan menjadi sahabat yang terbaik apabila dia susah & perlukan orang lain untuk kongsi kesusahan yang ada. Apabila susah, orang lebih rapat atau suka berkawan dengan orang senasibnya kerana mudah untuk memahami antara satu sama lain. Tak yah lah nak cerita panjang2 benda sebab semua orang pun tahun malahan lebih tahu daripada aku.

Tetapi, dalam dunia yang serba moden & canggih, lebih banyak pulak kawan kita yang dulunya rapat dengan kita kerana susah akan cepat lupa diri & lupakan sahabat apabila dia senang atau hidup selesa. Kawan yang sudi bersusah payah bersamanya dulu akan dilupakan malah akan dihamburkan dengan kata- kata yang boleh menyentuh hati dan perasaan. Umpama, dia tak pernah susah sebelum ini dan disebabkan kesenangan dan keselesaan yang ada dia akan lupa diri serta lupa akan kesusahan lampau. Malahan, ada yang sanggup tikam belakang kawan kerana ingin mendapatkan kesenangan dan keselesaan yang lebih daripada apa yang telah dimiliki. Walaupun tikam belakang tidak menggunakan lembing tetapi luka dan kepedihan serta keperitan tikaman itu lebih parah dan lebih menyakitkan serta boleh membunuh orang lain dalam senyap. Begitu lah betapa bahayanya tikam belakang ini kerana tikaman itu boleh memusnahkan apa saja tanpa disedari.

Sebab itu, secara peribadi aku katakan terlalu payah nak carik kawan yang betul2 sanggup berkawan atas dasar ikhlas. Banyak orang terpaksa berkawan sebab takut takde kawan. ramai jugak orang nak berkawan sebab takut digelar kera sumbang. Tapi nak dapat kawan yang benar2 ikhlas nak berkawan.

Oleh itu, berhati- hati lah bila berkawan.

Tuesday, June 30, 2009

Manusia dan KuasaNya

Kawan2 & sahabat2 sekalian, aku nak mengarut lagi niii...

Dah lama tak mengarut. Kali ni nak cakap pasal manusia dan kuasaNya.

Semua orang tau. Orang bodoh dan pekak badak pun tau pasal ni. bak kata pujangga... Dah jadi resam manusia dunia. Manusia yang ada kuasa atau diberikan kuasa atau berjaya mendapat kuasa akan menguasai manusia yang lain. Manusia yang takde kuasa atau kurang berkuasa atau gagal mendapat kuasa akan menjadi hamba kepada manusia yang berkuasa.

Kerna itu lah, orang yang memegang kuasa akan cuba menguasai segala- galanya atau suka mengakui dirinya hebat belaka. Manusia seperti ini sememangnya layak digelar Gila Kuasa. Manusia sebegini akan cepat gusar, gelisah, gelabah, tak tentu arah & sanggup bunuh diri jika secara tiba- tiba hilang kuasa. Bagi golongan ini, jika takde kuasa tidak bermakna hidup mereka & kebanyakannya jadi gila. Tetapi... jika manusia seperti ini ada kuasa atau diberikan sedikit kuasa untuk berkuasa, mereka akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memerintah sesuka hati, mengarah ikut kepala hotak, dia sahaja yang betul & orang lain semuanya salah. Malah... mereka anggap diri mereka sahaja lah yang paling betul dalam dunia ini & kadang2 mereka rasa lebih pandai daripada tuhan. Manusia binatang seperti juga akan melakukan apa saja yang dirasakan betul tanpa berbincang & bertanya atau mendapatkan nasihat orang lain. Tetapi, apabila berlaku masalah orang lain pulak disalahkan atau dalam bahasa kasarnya... kalau madu manis uhhhhhh dia punya tapi!!! kalau bab2 taik busuk orang lain punya. Walhal, semua masalah tu orang seperti ini lah yang menjadi penyebabnya. Orang lain pulak yang terpaksa menanggung atau mencuci taik2 yang ada.

Orang yang takde kuasa atau mengharap kuasa orang lain akan sentiasa menjadi mangsa. Bukan takut atau kecut tetapi biasanya orang seperti ini lebih berfikiran positif. Tak perlu banyak bicara tetapi otak berputar geliga. Dalam senyap, golongan ini bisa menggegarkan dunia. Dalam diam, manusia seperti ini mampu menggoncangkan suasana yang tenang. Dalam ketenangan, mereka2 ini boleh mengucar- kacirkan semua orang. Tetapi... ini lah adat dunia yang tak mampu kita nafikan. Manusia yang takde kuasa akan sentiasa menjadi mangsa manusia2 dajal yang ada sedikit kuasa tetapi bongkaknya tidak terhingga.

Kalau difikirkan... apa lah kuasa yang ada pada manusia. Kuasa manusia tak kan ke mana2. Takde siapa yang akan dapat melawan kuasa Allah SWT Yang Maha Esa.

Oleh itu, janganlah kita lupa. Kuasa yang dibekalkan kepada kita adalah amanah yang patut digunakan dengan sebaik- baiknya. Jangan sekali- kali menggunakan kuasa yang ada untuk menyakitkan hati orang lain. Gunakanlah kuasa yang ada walau sedikit untuk menggembirakan manusia2 yang ada di muka bumi ini.

Wassalam,

Thursday, June 11, 2009

Latino

Aku masih ingat lagi cerita 'lausur padora' (ntah betul ke tak ejaan) yang cukup popular suatu ketika dulu. Kalau tak silap maksudnya 'Penyamaran'... Cerita mengenai pasangan kembar yang cantik dan menawan. Seorang baik dan seorang lagi jahat. Walaupun tak faham apa yang pelakon tu cakap, tapi drama tu cukup diminati kerana kisah konflik dan jalan cerita yang menarik ditambah pula hero dan heroin yang cukup menggoda. Drama tu dah berlalu hampir 10 tahun...

Cerita yang nak aku cakap ni drama baru dan terkini. Kalau dulu aku tengok dalam TV je. Tapi, tak lama lagi aku kan tengok dengan mata aku sendiri. Walaupun negaranya lain tetapi bangsanya hampir sama. Selepas ini, aku akan merasai bagaimana hidup dalam suasana yang ditonjolkan dalam drama tersebut. Tak tau lagi sama ada seronok atau tidak.

Sebab itu lah, bila aku menerima surat arahan untuk pergi ke sana aku terima dengan senyuman dan hati yang terbuka. Walaupun ada sedikit keraguan dan keresahan apabila mengenangkan tempoh perjalanan yang bakal dilalui... lebih kurang 31 jam. Tetapi... bila fikir2 balik, mungkin ada hikmahnya sebab tak semua orang boleh sampai ke tempat tu kalau setakat nak pergi sendiri. Aku sendiri pun tak nak kalau setakat nak melancong ke sana. Dah lah jauh gileeee tambang pulak mahal nak mampus... lebih kurang USD3,500.00 seorang. 'Lausur Padora' .....

Surat arahan aku terima dengan rela hati kerana ini lah kerja aku. Kadang- kadang kena pergi jauh. Ada masanya kena tempat yang dekat. Ada kalanya kena tempat 'hardship'. Ada ketikanya kena tempat yang best gileeee. Bagi aku kerja tetap kerja. Tak kira lah dekat mana sekali pun. Yang penting, apabila sampai masa perlu balik kena lah balik. Apabila sampai masanya untuk pergi, kena lah pergi. Tempat cantik belum tentu seronok. Tempat buruk tak semestinya teruk. Kalau setakat nak melancong atau akan angin, memanglah kena cari tempat yang betul2 cantik dan menarik. Tapi... kalau dah kerja aku macam ni, mana2 pun sama je. Apa yang penting, kita masih boleh bekerja dan carik rezeki untuk keluarga dah cukup bagus lah tu. Setiap tempat mesti ada pro dan kontra. Terima lah apa saja seadanya...

Kalau dulu aku asyik tengok je kawan2 pergi seorang demi seorang. Dulu bukan main meriah lagi tetapi karang ni senyap je macam langit takde bintang dan bulan. Sekarang ni, dah tiba pulak masanya aku pergi. Ingatkan kena kat mana, rupa- rupanya nun jauh di sana. 'Lausur Padora'... Nak buat macam mana... dah kerja kita...

Bulan September 2009, aku akan berlepas ke Lima, Peru. Ramai orang tak berapa kenal tempat tu. Macam Yangon jugaklah dulu. Takde orang nak duduk kat Yangon kalau tak tau. Hanya mereka2 yang pernah hidup kat Yangon ni saja yang tahu apa yang orang lain tak tau. Macam tu lah kot tempat yang bernama Lima, Peru. Kalau tengok dalam internet, nampak macam best je tempat tu. Member2 yang kat sana tak nak balik pulak kalau boleh. Dia orang suka betul tempat tu. Aku fikir2 macam ada sesuatu sebab bila tengok gambar memang syoklah tempat tu... tapi yang realitinya aku tak tau. Tengok lah macam mana. Apa yang lebih penting, rezeki tu ada kat mana2...

Wassalam,

Monday, June 8, 2009

Kerja Makan Gaji

Macam aku kata selalu, ini lah lumrah kerja makan gaji. Segala arahan mesti dipatuhi dan telah menjadi janji setiap orang yang kerja makan gaji.

Ini masanya untuk aku pulak yang pergi untuk meninggalkan Yangon yang penuh keunikan ini. Aku mula terasa bahangnya dalam tempoh 2 bulan ini sebelum berlepas pergi. Mungkin ini lah perasaan kawan2 aku sebelum ini. Baru aku dapat merasai betapa sukarnya untuk meninggalkan Yangon. Terlalu banyak cerita dan pengalaman selama 5 tahun mengembara di Myanmar. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka, sedih dan gembira yang tidak akan dilupai sampai bila2 pun. Amat sukar untuk dijelaskan dan hanya orang2 yang pernah hidup di sini sahaja yang mengetahui.

Wassalam,

Tuesday, June 2, 2009

Komunis Alaf Baru

Sejak 2 -3 minggu ni semua orang sibuk dan bising cakap pasal komunis. Semua surat khabar atau TV serta radio pun cakap pasal komunis. Komunis! Komunis! Komunis!

Sejarah telah membuktikan betapa kejamnya komunis. Jika kita baca balik sejarah, sukar untuk digambarkan betapa kejam dan ganasnya komunis pada masa itu. Apa yang menarik perhatian ialah, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan telah menceritakan bagaimana ayah dan ahli keluarganya serta orang kampungnya yang telah dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kepala di penggal, perut terburai, badan dipotong dan dicincang serta bermacam- macam lagi cara penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis. Bila orang sudah mula bercakap mengenai komunis, pensyarah berkenaan amat sedih, geram, timbul rasa dendam dan sebagainya apabila mengimbau kembali sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Oleh itu, pensyarah tersebut menentang sekeras- kerasnya terhadap pihak yang cuba menghidupkan kembali komunis dan membenci mana- mana pihak yang cuba untuk membawa balik Chin Peng, Ketua Komunis ke Malaysia.

Di dalam akhbar juga telah dipaparkan beberapa bekas askar yang layak digelar pejuang bangsa dan tanah air yang kebanyakan hilang anggota badan serta rakan seperjuangan dan saudara semasa menentang komunis. Sudah tentu, naluri dan jiwa mereka cepat tersentuh serta tersinggung apabila mendengar ada pihak yang masih menyatakan sokongan terhadap komunis. Hanya mereka ini saja yang tahu betapa seksa dan beratnya beban yang ditanggung semasa menentang komunis. Mereka sanggup kehilangan segala- galanya demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Banyak lagi kisah perjuangan orang terdahulu yang tak mampu diceritakan di sini.

Tetapi... mengapa masih ada pihak yang cuba untuk mengagung- agungkan komunis. Apakah jasa komunis sehingga pihak- pihak berkenaan masih menyanggung Chin Peng yang kejam itu. Lupakah mereka dengan apa yang telah berlaku dan segala yang tersurat dalam lipatan sejarah negara. Aku malas hendak mengulas lebih mendalam tentang perkara ini kerana sudah pasti akan menyentuh sensitiviti kaum- kaum yang ada di Malaysia ini. Apa yang lebih menyedihkan, orang melayu sendiri turut menyokong komunis. Mereka- mereka ini terlupa akan jasa perjuangan orang- orang terdahulu. Mereka juga bersikap, berperangai, berkelakuan macam komunis. Golongan ini boleh diiktiraf sebagai kumpulan yang lupa diri, bongkak, sombong, tak sedar diuntung, tak kenang budi dan tidak menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama 52 tahun ini. Mengapa masih wujud golongan ini dan kenapa mereka harus wujud atau dihidupkan...

Komunis telah lama terhapus dari bumi Malaysia. Namun, ancamannya masih terasa di mana- mana. Atau pun lebih mudah kita katakan bahawa... sesiapa saja yang ada rasa kagumnya terhadap komunis layak digelar "Komunis Alaf Baru". Kerana... jenayah, kekejaman, kerakusan, keangkuhan dan kebiadapan manusia pada masa ini sama sahaja macam komunis malahan adakalanya lebih teruk daripada komunis!!! Komunis alaf baru!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam,

Wednesday, May 27, 2009

Naik Pangkat

Semua orang yang bekerja dengan orang lain ingin nak naik pangkat. Walau pun lambat mahu pun cepat, yang pastinya nak naik pangkat. Bila lambat naik pangkat mula lah orang akan rasa cepat penat, malas dan kurang bersemangat. Oleh itu, kerja ngan kerajaan lah paling selamat. Bila sampai masanya ramai yang akan merasai nikmat naik pangkat. Cumanya... ada yang lambat dan ada yang cepat. Kalau nak cepat naik pangkat... kenalah jadi orang yang hebat. Kalau asyik kena sebat... alamatnya lambat lah naik pangkat. Banyak yang boleh ditafsirkan perkataan hebat tu. Ada orang boleh menjadi hebat dalam pelbagai hal.

Ada orang tak hebat bila bekerja tetapi hebat bila berkata- kata walaupun ilmu kosong di dada. Kebiasaannya... orang macam ni lah yang akan sentiasa kelihatan hebat dan selalu selamat daripada kena sebat. Orang macam ni cepat je hidu peluang naik pangkat. Tak payah lah aku nak perdebatkan perkara ni kerana semua orang tahu dan ada yang lebih tahu daripada aku. Masing- masing tahu dan mungkin ada yang pernah melalui pengalaman ini pada masa lalu.

Ada orang yang betul- betul hebat tetapi lebih suka diam, buat je kerja dan nak bodek2 atau rapat ngan Boss memang lambat. Disebabkan itu, lambat lah naik pangkat sebab nak bukak mulut ngan Boss pun lambat. Orang macam ni kebiasaannya selalu kena sebat kerana boss akan selalu rasa orang macam tu lah yang lembab. Nak angkat kepala pun lambat sebabnya... bak ikut resmi padi, makin tunduk dan berdiam diri bila makin berisi. Biarlah orang lain yang nampak kelebihan diri daripada mempromosikan diri. Jangan lah jadi lalang, makin mendongak dan tegak lebih- lebih lagi kalau tumbuh jarang- jarang. Dalam dunia ni macam dia seorang je pahlawan terbilang. Walaupun tak disukai oleh orang.

Apa nak kata itu lah adat dunia. Orang lebih suka dengan orang yang hanya pandai berkata- kata tapi tak buat apa- apa dan nak dapatkan darjat serta nama semata- mata. Sukar orang nak puji dan menghargai orang yang benar- benar berjasa serta berbakti. Apa yang berlaku orang yang macam ni selalu je kena maki dan caci kadang- kadang macam nak hilang harga diri. Begini lah budaya masyarakat pada masa ini.

Sesiapa saja yang hanya pandai bercakap, mempromosikan diri, membanggakan diri, bijak memuji dan menyerang secara sembunyi akan cepat dihargai serta kenaikan pangkat sudah pasti digenggami. Kalau kerja hebat macam mana sekali pun tetapi lebih suka berdiam diri... pujian dan penghargaan tidak akan dikecapi serta kenaikan pangkat semakin jauh untuk dijejaki.

Fikir- fikirkan lah sendiri...

Wassalam,

Tuesday, May 26, 2009

Ini lah Dunia

Ini lah dunia... macam2 benda berlaku dalam dunia ni lebih2 lagi pada masa sekarang. Kalau difikirkan sangat, pening pulak tetapi kalau difikirkan pun tak boleh jugak. Takut2 kita pulak yang kena...

Apa yang aku nak cakap ni ialah mengenai pergaulan kita sama ada di tempat kerja, sekolah, kawasan bandar, kawasan kampung atau di mana- mana sahaja. Ramai orang mudah menjadi kawan bila kita senang dan ada wang. Tapi kebanyakan orang ingin berkawan demi untuk mengambil kesempatan. Rata- rata orang lebih suka berkawan jika seseorang itu ada pangkat dan jawatan. Jarang!!! orang nak berkawan dengan keikhlasan...

Wassalam,

Friday, May 22, 2009

Hujan oh Hujan!!!

Musim hujan dah bermula. Sejak 2 atau 3 hari ni, asyik hujan je. Itu lah kuasa Allah SWT. Syukur...

Bila hujan macam ni, nak main golf pun malas. Becak, golf club basah, bola hilang dan mula lah nak naik baran. Time macam ni, caddy kat Pun Hlaing Golf Club & Yemon Island Golf Club je boleh harap. Golf course yang lain, BERHATI- HATI!!! bola yang tak hilang pun boleh hilang especially kalau bola baru. Hilang je memanjang. Mau tak angin satu badan. Bila fikir2 kan benda tu, malas pulak rasa nak berkubang di padang golf masa hujan2 ni. Tapi, kalau dah jadi taik golf hujan atau panas hentam je. Yang penting puas!!! apa yang paling best, sekarang ni pukul 5.15 am pun dah boleh tee off. Gilo ke apo??? kalau kat Malaysia, tengah tidur mampus. Tak cukup satu selimut tambah sehelai lagi.

Ini lah lumrah hidup kat Yangon, Myanmar. Bagi sesiapa sahaja yang pernah menerokai kehidupan di sini, macam ni lah. Hanya orang- orang yang pernah hidup kat sini je tau. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Bila dah cinta, semua nya indah belaka. Bau kentut pun wangi. kalau seorang terjatuh, sama2 lah buat terjatuh. Tapi... bila dah kawin & dapat anak lagi lah... laki ke mana bini pun ntah ke mana. Bau kentut jadi hangit macam nak mampus. Kalau terjatuh pandai2 lah bangun sendiri. hehehe... tak semua orang macam tu. Siapa yang terasa minta maaf lah yeeee

Sebelum terlupa, Tuan Haji Sami dah dapat anak lagi. Kali dia terror sebab dapat baby girls setelah yang pertama dan kedua (maid & born in myanmar) baby boys. Habis lah baju gaun especially pink colour akan diborong oleh Hajah Murni. Ye lah... lama sangat menanti kalau aku pun macam tu jugak. Tahniah kepada Tuan Haji Sami. Rezeki..... berkat anak baru, Tuan Haji Sami akan naik pangkat tak lama lagi M52. Alhamdulillah... Syukur... Rezeki Allah SWT yang bagi. Cuma aku je, macam ni lah sampai pencen.

Berbalik pada golf, kat Myanmar ni memang seronok main golf. Paling dashyat, kat driving range pun ada caddy. Kat padang golf jangan kata lah. Nak dua, tiga lima ambik je lah kalau nak. Yang penting jangan lupa kasi duit tips. Kalau kat Yemon Island Golf Club, bola jatuh kolam pun front caddy akan terjum cari sampai dapat. lepas tu bagi balik kat tuan punya. Tak ke gile nama nya tu. Kat tempat lain, bola jatuh air @ OB akan jagi hak milik mandatori siapa sahaja yang jumpa. Itu lah hebatnya golf di Myanmar.

Hujan oh hujan!!! golf tetap jalan...

Wassalam,

Wednesday, May 20, 2009

Penat

Lama dah tak menulis...

Sebabnya... penat. Terasa penat sangat sebab orang lain datang kemudian dah nak balik dulu. aku jugak yang masih terperosok kat Yangon ni. Apa lah salah aku sampai lama sangat duduk kat Yangon ni, memang aku tak faham. WHY!!!!!!!!

Terbaru, Brother Jefri pulak nak balik. Dengar2 awal bulan Julai ni. Kesudahannya, aku jugak yang masih di sini. Aku tak faham lah apa masalahnya, dimana silapnya, apa puncanya aku masih di sini. Aku ingatkan lepas 3 tahun boleh lah balik Malaysia atau pergi ke mana2 tapi... aku masih di sini. Paling menyedihkan, tak tau bila dan sampai bila aku akan tetap berada di Yangon ni. Penat!!!!!!!

Macam yang aku cerita kan dalam tulisan terdahulu, ini lah risiko bila kita kerja makan gaji. Kita tak boleh buat keputusan sendiri. Orang yang akan buat keputusan untuk kita walaupun kita ada hak bersuara. Tetapi suara kita nak sampai ke mana. Tak ada siapa nak dengar. Kita lah nak kena dengar suara orang- orang yang membayar gaji kita. Apa nak buat nak itu lah adat.

Macam yang aku cakap dulu, kalau nak bekerja sendiri risikonya pasti tinggi. Kalau untung banyak happy tetapi kalau rugi tanggunglah sendiri. Tetapi, untung atau rugi yang pastinya puas sendiri. Kalau rajin dan yakin, untung boleh dicari malahan berlebih lagi. Kalau malas, jangan nak kata untung apa2 pun tak jadi. Tapi, at least still puas hati sebab itu kita sendiri yang cari.

Kalau makan gaji macam sekarang ni, kerja kuat meninggi pun tak ada sapa nak puji. Mungkin akan dihargai atau sekadar dihargai. Kalau ada masalah, sure kena maki macam tak ada harga diri. Last2 selalu je tak puas hati & akhirnya ada yang nak kena penampar sekali.

So, fikir2 lah sendiri. Kerana, kita lah yang patut menentukan haluan dan masa depan sendiri. Bak kata kerajaan, kita perlu berusaha sendiri kalau nak berjaya dalam hidup ini. Sampai bila kita masih nak bertongkat sedangkan kita ada kaki sendiri.

Wassalam,

Monday, May 11, 2009

Kerja

Ada orang lebih suka kerja makan gaji samaada dengan kerajaan atau swasta. Ada jugak orang lebih senang kalau buat kerja sendiri samaada berniaga atau apa2 lah. Jarang- jarang kita dengar orang yang tak nak kerja langsung tapi nak duit tiap2 bulan. Tapi ada jugak berlaku macam tu. Pelik tapi tapi tak mustahil.

Dalam hal ni memang payah nak cakap. Kalau kerja sendiri memang ada risikonya. Kalau kerja makan gaji pun ada risikonya. Sama je cuma risikonya sedikit berbeza. Kalau kerja sendiri;

Kita lah boss
Kita lah yang tentukan apa saja
Kita lah yang boleh buat apa saja yang kita suka
Kita lah jugak tanggung segala- galanya
Sudah semestinya, untung dan rugi adat berniaga


Tapi, kalau kerja makan gaji;

Kita ada boss
Kita yang selalu kena marah ngan boss
kita tak leh suka hati kita sebab kita ada boss
Biasanya, kita lah yang akan kena marah walaupun boss yang buat salah
Selalunya, boss lah kena puji walaupun kita yang kerja macam nak mati
Jarang, kita yang kena puji melainkan kena maki hari- hari
Ada jugak, kerja kita dihargai walaupun tak hari- hari


So, dalam dunia ni macam ni lah kot. Kalau tak macam tu, tak meriah jugak hidup. Kalau semuanya ok, tak seronok jugak. Kalau semuanya tak ok pun tak best jugak. Itu lah ia ciptaan Allah SWT. Setiap yang dicipta mesti ada hikmahnya. Cuma... manusia je tak tau nak bersyukur dan berterima kasih di atas kemurahan nikmat - Nya.

Semoga Allah SWT melimpah kan keberkatan kepada kita semua...

Wassalam,

Tuesday, May 5, 2009

Tuan Haji Azmi

Sahabatku sekalian,

Seorang lagi sahabat kita telah balik ke kampung halaman, Tuan Haji Azmi dah pun selamat sampai ke Brunei pada 28 April yang lalu. Karang ni, dia tengah happy ngan family dia setelah sekian lama duduk sorang2 kat Yangon ni. Aku yakin dia mesti happy punya lah. ye lah dapat jumpa isteri dan anak2 yang telah lama ditinggalkan demi tugas serta berkhidmat untuk negara. Selama duduk sorang2 kat Yangon ni dulu memang sunyi sepi. Walaupun ada kawan2, tapi keceriaan, keseronokan dan rasa sayang tidak sama dengan pemberian oleh isteri dan anak2.

So, yang masih tertinggal kat sini aku lah jugak. Entah bila aku akan mengikut jejak langkah kawan2 yang lain seperti Tuan Haji Nasar, Tuan Haji Shah, Tuan Haji Sami dan akhir sekali Tuan Haji Azmi. Tuan Haji Wan pun dah tak lama lagi nak blah dari Yangon ni. Makin hari makin tertekan rasanya. Kawan2 tiada masalah cumanya, seri dan keceriaan yang pernah dinikmati dengan kawan2 terdahulu sedikit pudar. Tak sama... walaupun hampir serupa.

Wassalam,

Wednesday, April 22, 2009

Yangon - Bangkok - Beijing - Bangkok - Yangon

Assalamualaikum,

Kawan2 ku semua, mintak maaflah sebab baru balik dari bercuti. Tuan Haji Wan Jasmin kita pun sama. Tapi dia lagi best, Tokyo!!! Oiii sejuk dan gebu2...

Macam aku tempat murah je mampu. Itu pun tiket office yang bayarkan. Kalau nak harapkan duit sendiri, memang tak akan ke mana- mana lah. Duduk lah termenung di Yangon ni.

Kalau nak compare Beijing, sedap lagi Yangon dari segi attitude orangnya.
Kalau nak compare Beijing, syok lagi Yangon dari segi lepak malam2.
Kalau nak compare Beijing, baik lagi Yangon dari segi driver taxi nya.
Kalau nak compare Beijing, best lagi Yangon dari segi golf nya.
Kalau nak compare Beijing, meriah lagi Yangon dari segi komuniti Malaysia nya.
Kalau nak compare Beijing, happy lagi Yangon dari segi happy our nya.
Cuma!!! tak leh lah nak compare Yangon dengan kemajuan & kemurahan barangan di Beijing...

Beijing, tak de lah hebat sangat tapi ok lah. cuaca sejuk & sedap. Tapi macam mana sekali pun... Malaysia still the best!!! tak leh lawan punya.

Apa yang agak berbeza dari negara2 lain ialah Great Wall. Memang pelik dan tak leh nak fikir mana orang2 dulu zaman tu boleh buat Great Wall macam tu sekali. Susah nak digambarkan betapa hebatnya Great Wall tu. Tapi, Malaysia still the best!!!

Walau macam mana sekali pun, aku tetap bersyukur kerana berpeluang ke sana. Walaupun tak lah sehebat Tokyo, New York, London, Paris, Rome atau sebagainya aku tetap bersyukur. Baru aku sedar bahawa, Yangon masih ok walau pun tak maju macam Beijing sekurang- kurang orang Myanmar masih ada adat, sifat hormat menghormati, menghargai satu sama lain dan bersih. Tetapi, kalau diberikan peluang sekali lagi aku pilih balik ke Malaysia. Sebabnya, Malaysia still the best!!!

Yang bagusnya Beijing, rakyatnya akan menghargai apa yang mereka ada & apa sahaja yang kerajaan buat & bersungguh- sungguh untuk hidup walaupun bekerja hanya sebagai pencuci jamban. Orang Cina sangat menghargai kerajaan mereka & cukup bangga dengan Great Wall, Bird Nest Stadium dan apa sahaja yang dibangunkan oleh kerajaan nya. Sebab itu lah, aku kadang2 rasa sedih mengenangkan, mengapa lah orang Malaysia kurang menghargai apa yang telah kerajaan buat selama ini untuk memajukan negara dan menikmati pelbagai kemudahan serta kemajuan yang ada.

Hasil percutian ke Beijing dan beberapa tempat yang lain sebelum ini selain daripada duduk di Yangon agak lama, aku tetap bersyukur menjadi rakyat Malaysia!!! Tidak ada yang lebih baik daripada negara Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!

Wassalam,

Friday, April 10, 2009

Kawan2, Lama Dah Tak Menulis

Tuan Haji2 sekalian,

Lama dah tak menulis. Sibuk dan banyak kerja yang nak dibuat. Karang ni lega sikit sekurang- kurangnya kerja- kerja penting dah beres dan ada jugak lah kerja yang perlu dihabiskan. Tapi... takde lah sibuk macam orang lain yang masuk office awal pagi dan balik rumah lewat malam...

Sebenarnya, aku terasa terharu jugak dengan keprihatinan kawan2 yang sudi mengikuti perkembangan terkini di Yangon. Pagi ini aku dikejutkan oleh email dari Tuan Haji Nasa dan kawan2 yang lain. Sekurang- kurangnya email kawan2 ku semua dapat membolehkan aku senyum setelah kian lama tak senyummmm... Tanpa berlengah, aku terus je lah balas balik email2 tu semua.

Kalau lah kawan2 ku semua masih kat sini, mesti aku boleh senyum selalu. Email2 pagi tadi membuat aku mengenang kembali memori indah bersama- sama dengan Tuan Haji semua. So, bila teringat cerita tu semua aku pun senyum lah. Huhhhh!!! bukan main lebar senyum pagi ni sampai kan aku punya staff pun hairan gileee. Disebabkan aku boleh senyum manis pagi ni, aku punya staff pun ceria je. Kalau tak... nak lalu depan bilik aku pun dia orang takut.

Walau macam mana sekali pun, aku ni orang kecik jeeee... dalam bahasa manisnya, kuli bawahan je dan kalau dalam bahasa kasarnya, BALACI jeee!!!

Wassalam,

Thursday, April 2, 2009

ANTIQUES GALLERY

We are selling Gems, Jewel, Silver, Old Stamp, Coins, Paper, Chinese Ceramics and Arts Objects.
Please welcome to our shop when you visit Myanmar. Our address as below;

No. 382/392, Bo Sun Pat Street
(opposite of Grand Mee Ya Hta)
Pabeda Township, Yangon
Myanmar.

H/P : 095149691 / 095105879 (Mr. Bilal Khan)

Email : antiquesgallery.yangon@gmail.com
bilalbkkhan@gmail.com


We will offer good product with a good prices. WELCOME

Wednesday, April 1, 2009

Posting Order

Posting Order atau dalam bahasa melayu Myanmar PO.

Last2 aku jugak yang masih duduk kat sini. Tak lama lagi seorang lagi kawan akan pergi. Dah lah naik pangkat dalam masa yang sama pergi ke tempat yang best gila lah untuk golf, shopping & apa2 lah. Sebab tu lah sedih jugak dengar Tuan Haji Sami yang belum ada peluang merasai nikmat nya Bangkok. Kalau dia pergi Bangkok, habis lahhhhh semua aka jadi BENGKOK.

Tuan Haji Sami sedih sebab belum pernah pergi Bangkok tapi aku ni lagi sedih sebab masih jugak kat sini. Pejam celik tahun ni dah masuk tahun kelima aku kat Yangon ni. Entah apa lah dosa aku sampai lama benor orang suruh duduk kat sini. Mungkin ada kot aku buat dosa???

Dah lah kawan2 makin kurang. Happy our pun dah jarang2. Aku masih jugak tak pulang2. Bukan setakat kawan2 makin hilang, poket pun main nipis sebab duit melayang. So, driver R9 tu setakat jadi bayang2.

Oleh itu, kawan2 sejati ku semua. Doa2 lah semoga tahun ni jadi tahun yang last aku duduk kat sini. Kalau dulu happy tapi karang ni sepi. Sampai menggigil kaki & gigit jari. Anak2 daripada kecik dah pandai berlari. Tapi aku masih di sini. Silap2 hari bulan dapat seorang lagi.

Kepada Tuan Haji Shah, aku nak ucapkan tahniah atas kehadiran anak2 kesayangan yang dinanti selama ini. Syukur.......... akhir dapat tercapat jugak hajat. Insyaallah... dia akan jadi anak yang soleh dan beriman serta berbakti kepada ibu dan bapa. Insyaallah...

Kepada Tuan Haji Wan, tak lama lagi naik pangkat & menikmati ke syurgaan di Bangkok. Kalau kawan2 free nanti kita pergi jengok. Alangkah seronok...

Wassalam,