Monday, March 30, 2009

Anger Management

"Anger Management" atau dalam bahasa melayu Myanmar nye "Menguruskan Kemarahan" amat perlu untuk membolehkan kita menjadi golfer yang bagus. Tetapi bagi pihak lawan, mana2 golfer yang tidak menghadiri kursus "Anger Management" adalah baik kerana peluang untuk mendapatkan hasil kutipan yang baik adalah cerah. Bahaya nya kemarahan ini ialah golfer tak berupaya untuk mengawal permainan lebih2 lagi kalau poket yang tebal dah mula menipis. Tetapi yang bagusnya ialah, pihak lawan akan terus bergembira kerana poket yang kosong akan berisi.

Apabila kita marah, apa2 pun boleh terjadi. Contohnya, driver atau iron atau putter boleh terbang ke mana- mana dan adakalanya terbang lebih jauh dari bola yang dipukul. Tambahan pula kalau hari semakin panas maka, hati pun makin mengganas. Elok2 boleh nyanyi lagu bujang lapok, tapi bila marah Caddy pulak yang kena hempukk!!! Lebih2 lagi bila poket dah mula menipis. Walau macam mana sekali pun, orang2 yang suka marah ni disukai dan disayangi oleh lawan dan kawan. kerana apa??? Kerana orang2 yang marah adalah sumber rezeki... Sebabnya, kalau terror macam tiger wood pun kalau kita marah, game akan hancur berteraburrr.... Kalau dah tak boleh nak control lagi, maki je lah caddy2 tu semua sampai mampus walau pun yang sebenarnya kita sendiri yang tak bagus. Macam yang aku buat selalu tu lah... hehehehe

Oleh itu, Jangan lah marah. Seboleh- bolehnya, banyak bertenang. Poket kosong pun kena senyum walaupun senyum tak ikhlas. Buatlah gelak2 walaupun dalam hati menangis. Yang paling penting, bila dah habis game, buat senyap2 masa makan dan minum serta buat tak tau je dan biarlah kawan2 yang dapat duit banyak tu yang bayar. Kalau kawan @ lawan tu tumpang kita masa pergi main, time balik tu suruh lah dia naik teksi je...

Jumpa lagi!!!!!!!!

Friday, March 27, 2009

Bagaimana nak jadi Golfer yang cemerlang

Sahabat2 ku Tuan Haji2 semua,

Aku dah mula nak mengarut balik. Aku masih ingat masa mula2 nak start main golf. Banyak lah Pro2 masa tu yang bagi tips bagaimana nak improve cepat dan menjadi kaya bila kita main golf. Tapi aku nak cerita sikit je sebab kalau banyak2 susah pulak nak carik makan.

Antaranya;

1. Kena beli set golf dulu lah. kalau tak cukup duit, beli lah yang second hand punya. Aku pun ada iron set (Nike Ignate) kalau nak beli sila lah. Jual murah lah...

2. Pergi lah practise. kalau nak cepat pandai, carik lah Pro & kalau nak pandai sikit tak payah lah. pegi lah driving range pukul bola 100 biji lepas balik tidur.

3. Agak2 dah boleh pukul sikit tu, boleh lah pegi main kat golf course mana2. Jangan lupa bawak bola banyak2. Kalau sayang duit, beli lah bola telur penyu...

4. Bila dah merasa bagaimana syok nya main golf, haaaaa kena lah pergi practise lagi sampai kita tahu berapa distance bagi setiap iron, wood dan bagaimana nak buat one putt. Pada masa tu, kalau rasa2 nak lebih seronok, bermula lah dengan beating kecil- kecilan. Kalau kat Myanmar, Kyat500.00 pun ok buat permulaan pelaburan. Walaupun kita rasa dah pandai, jangan sekali- kali lupa mintak stroke. For sure, kawan2 yang baik akan bagi punyeee

5. Bila dah boleh bermain & dalam masa yang sama dah makan duit sikit2, boleh mulakan pelaburan yang lebih besar. Jangan takut sebab dah memang adat. Ada masanya kita ambik duit dan ada masanya kita kena bagi duit kat orang. Ada masanya dapat banyak & ada masanya dapat sikit & kadang2 tak dapat langsung (terutamanya pada org bagi stroke kat org lain, kesian...).

6. Apa yang paling penting main golf ni, sehari sebelum pergi main dah kena buat check list takut tertinggal apa2 terutamanya duit yang nak digunakan untuk bayar kat orang tu.

7. Akhir sekali, kalau nak mintak stroke tu berpada- pada lah. Kalau tak mintak lagi bagus. Buaya pun nak hidup jugak!!!!!


Itu lah antara tips2 yang boleh dijadikan panduan untuk kawan2 semua. Aku hanya boleh bagi tips2 yang penting je. Yang lain2 tu kena lah simpan. Mana boleh bagi semua. Pandai2 lah nak hidup.

Kena ingat betul2, Buaya Pun Nak hidup Jugak!!!

Thursday, March 26, 2009

Cerita Kawan2 Lagi

Kalau kerja kat Myanmar & tak main golf memang rugi. nak main golf, main lah kat sini. murah punyeee... sebab itu lah, ramai kawan2 start golf kat sini & jadi buaya pun kat sini. Banyak jugak lah duit habis nak bayar kat depa semua.

Nama2 seperti Tuan Haji Nasar, Tuan Haji Shah, Tuan Haji Wan Jasmin dan Tuan Haji Syahmi memang digeruni kawan dan lawan. Sebut je nama dia orang, semua orang takut sebab sayang nak hilang duit. Tapi... kadang2 aku ada jugak lah merasa duit dia orang tu. Kadang2... Aku rindu sangat kat dia orang ni semua. Dulu meriah tapi karang ni sunyi... SGD tu pun tak tau lah apa cerita sebab dah lama sangat tak pegi. Nak pegi macam mana... kawan2 semua dah takde. Harap2 dia orang diarahkan bekerja balik kat sini untuk membantu mempertingkat ekonomi orang2 kat Myanmar ni...

Karang ni ada pulak nama2 baru yang bakal mencabar dan memang sukar dicabar seperti Tuan Haji Samsul dan Tuan Haji Charlie (C70). Dua orang ni memang selalu makan duit aku... dah hampir 3 bulan lebih aku tak merasa duit golf. Sebab itu lah aku tak tukar lagi driver atau iron set. Sedih jugak bila tengok driver R9 tak orang nak beli. Tapi... nak buat macam mana aku selalu je rugi. Kalau aku masih untung macam dulu2 memang dah beli lahhhhh.....

Aku menulis ni bukan sebab apa. Kerana, rindukan kawan2. mereka datang lambat dari aku tapi depa yang balik dulu. bila lah pulak masa untuk ikut kawan2 aku semua tu. Sabor je lah..... Kalau lama lagi kat sini, penuh lah ruang dalam Blogger ni dengan tulisan2 yang mengarut ni......

Jangan Marah Yeee!!!

Wednesday, March 25, 2009

Sahabat Sejati

Selama berkhidmat di sini (Yangon, Myanmar) sejak 2004, pelbagai cerita kisah suka dan duka yang ada. kawan silih berganti. Cerita kawan2 yang ada seperti ini:

Tuan Haji Wan Jasmin, tenis memang terror & golf semakin terror. pendek kata, apa2 pun terror. nasib baik tak jadi terrorist. Tapi... dah lama jugak tak main tenis ni. raket pun dah berhabuk. Bila lah agaknya...

Tuan Haji Nik, pun terror jugak tapi tak leh bagi tau apa yang terror tu. RAHSIA. hanya dia je yang tau. yang pasti dia suka modified kereta dia. hampir tiap2 minggu lah modified kereta. kesian... tapi aku tak leh nak buat apa sebab itu hobi dia...

Tuan Haji Azmi, memang tak yah dinafikan ke terror ran dia dalam pelbagai hal. aku respect betul ngan dia. tak payah cerita lah sebab memang dia terror gileee...

Tuan Haji Samsul, baru nak mula jadi terror especially dalam Golf. karang ni, dah boleh beating tak de stroke. anak didik Han lah katakan. apa nak kata. semua orang puji dia sebab dia memang terror...

Tuan Haji Ko Than Htay, memang tak yah nak diceritakan lagi. kalau takde dia, sapa lagi nak diharapkan. cakaplah apa je... semua boleh. apa yang tak boleh akan jadi boleh. itu lah hebatnya... Ko Than Htay!!! batu rubi pun boleh jadi batu Jade...

Kawan lama aku... Tuan Haji Sami, Tuan Haji Nasar, Tuan Haji Shah yang sama2 berjuang menaikkan nama SGD sehingga terkenal. tanpa mereka semua, SGD tak kan terkenal sampai sekarang. pasal golf, semua nya boleh dilabel sebagai buaya besar. susah betulllll nak makan duit dia orang ni semua. Tapi... sejak mereka ni semua dah takde kat sini, SGD makin sunyi. aku pun dah tak semangat nak memajukan SGD sebab takde partner yang betul2 terror yang boleh membantu. kalau lah mereka semua ada.... wauuuuoooo bahagia selalu...

Jangan marah ye.....

Haji Ko Than Htay, AP LA and JJ

itu kawan2 se beya Chor wan (cucu kacang) + Chai Yiiin (air tebu). tengahari & hari2 semua kawan2 makan free. kadang2 tempat yang mahal macam restoran Lucky. Black Canyon, Million Coin dan Coffee Circle dah tak pegi lagi. sapa yang nak pegi kecuali haji AP.

Haji memang Happy dan AP selalu. hari2 mau pegi AP. kawan2 pun pun habis money kena bayar hari2 especially haji Ko Than Htay yang pening hari2.

itu lah cerita AP, LA and JJ.... Jumpa lagi!!!!!!!!!!!!!

DIPLOMAT

Menjadi Diplomat merupakan satu mimpi bagi diri saya. Diplomat tiada langsung tercatit dalam diari hidup saya sebelum ini. Tetapi kini, sejak berkhidmat di Kementerian Luar Negeri saya mendapat peluang menjadi seorang Diplomat.

Terlalu banyak cabaran, dugaan, halangan dan rintangan yang perlu dihadapi, diredahi dan diharungi dalam membawa 'title' diplomat ini. Walaupun baru bermula setahun jagung, saya telah dapat merasai bagaimana menjadi seorang Diplomat. Perlukan kesabaran, ketenangan, ketabahan, kejujuran, percaya diri sendiri dan perlu ada sifat menghormati serta memahami orang lain.

kadang- kadang terfikir di minda, apakah saya mampu untuk mengharungi semua ini memandangkan untuk mencecah umur pencen, saya perlu menghabiskan selama 29 tahun lagi. satu jangkamasa yang terlalu lama bagi saya. Pernah juga terfikir, mungkin inilah kali pertama dan terakhir untuk saya berkhidmat sebagai Diplomat.

Tetapi, hidup mesti diteruskan. Perjuangan perlu dihidupkan demi agama, bangsa dan negara. kalau bukan kita, siapa lagi.

Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Insyallah...........