Wednesday, January 20, 2010

If you want to fly wiht the eagles, you cannot be joining the turkeys

Sahabat2 ku sekalian...

Dah lama jugak tak menulis. Rasa2 nya dah nak hampir sebulan kot. Pepatah orang putih yang aku pilih sebagai tajuk tu aku perolehi dari satu penulisan oleh salah seorang orang2 kaya di Malaysia. Kalau disebutkan namanya, majoriti orang akan kenal terutamanya sesiapa sahaja yang menceburi bidang keusahawan internet. Pepatah tersebut digunakan untuk mengupas satu isu yang agak menarik yang mungkin kita boleh kongsikan bersama. Ingatkan nak upload je penulisan tapi tak berani. Takut2 orang saman pulak sebab silap2 orang akan kata kita buat cetak rompak. Aku rasa, ok lah kot kalau setakat nak memberikan pandangan dan melahirkan apa yang aku rasa setelah membaca artikel tersebut. Isu yang ingin diketengahkan ialah "Pemikiran Orang Yang Kaya Mindanya dan Pemikiran Orang Yang Miskin Mindanya..."

Apa kaitannya dengan burung helang dan ayam turki. Mungkin kita boleh katakan, kalau nak terbang tinggi macam helang, kita kenalah tahu bagaimana caranya. Kalau setakat nak melata di tanah macam ayam turki, tak payah lah susah2 sebab kita pun memang dah ada kaki untuk berjalan di muka bumi ini.

Orang yang kaya mindanya akan sentiasa berfikir dan merenung atau merancang sesuatu yang boleh mencapai sesuatu kejayaan atau orang melayu kata, besar keinginannya... Manakala, orang yang miskin mindanya hanya akan berfikir untuk mencapai sesuatu dalam masa yang singkat, tanpa susah payah, setakat berangan tapi malas berusaha bak kata orang melayu, nak kaya dan senang tapi tak mau bersusah payah.

Antara lain yang dikatakan dalam artikel tersebut ialah, orang yang kaya mindanya lebih gemar bergaul dengan mereka yang sejenisnya dan begitu juga halnya dengan orang yang miskin mindanya di mana mereke juga akan lebih selesa bergaul dengan golongan sejenisnya. Betul lah kata pepatah melayu yang berbunyi, "Enggang sama enggang, Pipit sama pipit". Tetapi kita perlu melihat dari segi positif jangan lihat yang negatif. Pandangan positif jadikan rujukan dan teladan manakala pandangan negatif boleh diambilkira sebagai tauladan dan pengajaran.

Maksudnya, kita kena nilai semula diri kita sama ada tergolong dalam kalangan orang kaya minda atau orang miskin minda. Bukanlah bermaksud orang yang kaya minda tak leh bercampur gaul dengan orang yang miskin minda. Apa yang nak diperkatakan ialah, orang yang miskin minda perlu berubah dan mengubah atau mempertingkatkan daya serta kreativiti minda mereka untuk menjadi seperti orang yang kaya mindanya. Barulah kehidupan ada peningkatan dan maju kehadapan.

Bukanlah pulak bermakna, orang yang miskin minda tidak kaya dan tidak maju. Cumanya mungkin, tidak semaju atau sehebat orang yang kaya mindanya. Bukanlah juga bermaksud bahawa, orang yang kaya minda itu orang kaya dan orang yang miskin minda itu orang miskin tetapi, itu lah hakikat yang ada dan boleh kita ambil ikhtibar bahawa, orang yang kaya minda adalah lebih kaya, bahagia,senang dan mudah hidupnya. Manakala orang yang miskin mindanya mungkin kaya tapi tak bahagia, mungkin senang tapi tak mudah hidupnya.

Apa yang boleh dikupaskan juga ialah orang yang kaya mindanya akan sentiasa berfikir positif, merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi senang, bahagia, mudah dan kaya raya dalam suatu masa. Tetapi, orang yang miskin mindanya hanya akan berfikir untuk senang tapi belum tentu bahagia, berusaha untuk kaya raya tapi belum tentu mudah kehidupannya.

Oleh itu, kalau kita nak terbang sama tinggi seperti helang, kita kena berusaha, berfikir dan tahu macam mana nak terbang setinggi itu. Jika setakat nak berjalan dan melata sahaja di muka bumi ini seperti ayam turki, tak perlulah susah2 untuk berfikir dan berusaha sungguh kerana kita sendiri pun dah memang dianugerahkan kelebihan untuk berpijak selesa di bumi. Apa yang pasti, Allah SWT telah menganugerahkan jugak setiap insan ini otak untuk digunakan bagi mencari kesenangan, kebahagian, kekayaan, dan kesempurnaan hidup...

Wassalam...