Thursday, October 29, 2009

Perjuangan Rasulullah SAW dan Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Sahabat2 ku sekalian...

SATU daripada peperangan besar yang berlaku di zaman Nabi s.a.w. ialah Perang Khandak. Oleh kerana dalam sejarah perang bangsa Arab inilah untuk pertama kali tentera muslimin menggali parit-parit besar (Khandak) di sekeliling kota Madinah, untuk menjadi kubu dan juga untuk tujuan pertahanan dan keselamatan penduduk Madinah.Maka sempena peristiwa tersebut lalu peperangan itu disebut sebagai "Perang Khandak."

Fakta sejarah juga mencatatkan bahawa peperangan sebelum itu belum pernah terjadi pelbagai puak kaum musyrikin bergabung dalam satu pakatan dengan puak Yahudi membentuk barisan (Al-Ahzab), untuk memerangi Nabi s.a.w. dan kaum muslimin. Sebab itulah peperangan Khandak juga dikenali sebagai "Perang Al-Ahzab."

Para ulama sejarah terdiri dari Ibnu Ishaq, Urwah bin Zubir, Qatadah, Al-Baihaqi dan majoriti ulama sirah menyatakan bahawa Peperangan al-Ahzab itu berlaku dalam bulan Syawal tahun kelima hijrah. Bagaimanapun ada juga pandangan ulama yang mengatakan Perang Al-Ahzab itu berlaku pada tahun keempat hijrah. Tetapi hanya seorang sahaja yang berpendapat begitu iaitu Musa bin Uqbah."Al-Ahzab" menjadi sangat masyhur kerana, ia satu perkataan yang dituntut oleh agama supaya mengumandangkannya dengan berulang kali setiap datangnya hari raya Aidilfitri dan juga Aidiladha.

"Al-Ahzab sentiasa bergema dalam takbir hari raya: "Lailaha IllaLlahu Wahdah, Sodaqo wa'dah, wa Nasoro `abdah, wa a-`Azzajundahu wa Hazamal Ahzaba Wahdah." Yang bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janji-Nya, dan telah menolong hamba-Nya, dan yang telah memuliakan tentera-Nya, yang berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab (Barisan bersatu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaan-Nya."Al-Ahzab yang sentiasa bergema disegenap penjuru alam setiap hari raya, ia membawa maksud supaya umat Islam menjadikan setiap hari raya sebagai saat yang paling bermakna untuk mengenang kembali peristiwa tentera Islam pimpinan Nabi yang telah diberi kejayaan oleh Allah SWT menumpaskan tentera al-Ahzab pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.

Punca mulanya peperangan Khandak ialah bahawa sebahagian tokoh-tokoh Yahudi dari perkampungan Bani Nadir telah keluar dari Madinah menuju ke Makkah. Mereka bekerja keras menemui pemimpin musyrikin Quraisy, mempengaruhinya supaya diadakan kerjasama untuk memerangi Nabi Muhammad dan kaum muslimin Madinah. Yahudi Madinah memang terkenal sebagai ahli kitab. Orang-orang Arab turut menghormati ulama-ulama Yahudi sebagai pengikut Nabi Musa yang mempunyai kitab berasaskan wahyu Allah.Sedangkan di kalangan masyarakat Arab tidak ada ahli ilmu berasaskan kitab Allah, jika ada tok lebai pun hanyalah dari kalangan mereka yang belajar dengan ulama Yahudi. Oleh kerana Yahudi yang berada di sekitar Madinah melihat perkembangan Islam itu terlalu pesat, maka timbullah rasa bimbang di hati mereka. Rasa dengki menguasai diri mereka apabila melihat perkembangan Islam yang semakin meluas pengaruhnya.

Justeru itu mereka sentiasa berfikir bagaimana hendak mencantas pengaruh Nabi Muhammad yang semakin merebak dari sehari ke sehari. Dalam pertemuan dengan pemimpin musyrikin Quraisy Makkah, tokoh-tokoh Yahudi menyatakan bahawa mereka sedia bekerjasama dengan Quraisy Makkah untuk mencabut akar umbi pengaruh Muhammad dan agamanya. Untuk mendapatkan kerjasama itu, tokoh-tokoh Yahudi itu sanggup mengampu puak musyrikin Quraisy dengan mengatakan bahawa agama dan kepercayaan kaum Quraisy lebih baik dari agama yang dibawa oleh Muhammad. Tidak pelik apabila tokoh-tokoh ulama Yahudi sebagai ahli kitab, sanggup mengatakan bahawa Quraisy yang menyembah berhala itu lebih baik dari agama tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Semua itu dilakukan kerana hendak memuaskan nafsu dan demi sikap perkauman Yahudi yang begitu tebal. Dendam terhadap Muhammad yang dipilih oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman, sedangkan mereka yang begitu lama menanti kemunculan Nabi akhir zaman, menyangka bahawa Nabi akhir zaman itu pasti dari kalangan Yahudi.

Mereka sanggup mengatakan agama menyembah berhala yang menjadi keyakinan musyrikin Quraisy itu, jauh lebih dari agama Muhammad, kerana Nabi yang mereka tunggu itu tidak datang dari bangsa Yahudi, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W. dari bangsa Arab. Allah SWT yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk Yahudi itu, lalu menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w., bagi menjelaskan sikap puak Yahudi yang keji itu. Firman Allah yang bermaksud: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang diberikan bahagian dari al-Kitab?Mereka percaya kepada yang disembah selain Allah dan taghut dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrikin Makkah), bahawa mereka (yang menyembah berhala) itu lebih benar jalannya dari orang-orang beriman." "Mereka itulah orang yang dilaknat Allah. Barang siapa dilaknat oleh Allah, nescaya kamu tidak akan mendapati penolong bagi mereka." (Surah An-Nisa ayat 51-52). Dengan segala helah dan muslihat licik, akhir tokoh-tokoh Yahudi itu berjaya mempengaruhi puak musyrikin Quraisy, untuk melaksanakan cita-cita jahat mereka mengadakan pakatan seterusnya memeterai perjanjian untuk tujuan keji bagi memerangi Nabi S.A.W.

Setelah puak Yahudi selesai mengadakan perjanjian dengan kafir Quraisy Makkah, lalu mereka beredar dan meneruskan misinya menuju ke Ghatfan bagi menemui penduduk Arab Ghatfan. Mereka menjalankan kempen sebagaimana mereka berkempen kepada Quraisy Makkah. Peringkat pertama sememangnya Arab Ghatfan tidak setuju untuk memerangi Nabi Muhammad. Tetapi dengan putar belit puak-puak Yahudi itu, akhirnya mereka berjaya menarik perhatian penduduk Ghatfan untuk turut serta dalam pakatan tersebut. Selepas itu tokoh-tokoh Yahudi itu pergi menemui puak Arab Bani Fazarah dan bani Murrah. Sempurnalah usaha puak Yahudi itu untuk mengadakan pakatan bersama beberapa puak Arab musyrikin untuk memerangi Nabi S.A.W.

Mereka telah memutuskan masa dan tempat peperangan itu dilaksanakan. Medan perang yang mereka tentukan ialah Madinah, sesuai dengan tujuan mereka untuk menyerang Nabi dan kaum muslimin. Masa yang mereka tetapkan ialah pada bulan Syawal.

Wassalam...

Menderma dan bersedekah, apa keberkatannya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sahabat2 ku sekalian...

Satu artikel dari Mstar.KALAU anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda. Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.

Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.”
Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?
Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau “ada lebih” baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.

Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, IKHLAS. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

Wassalam...

Tuesday, October 27, 2009

Harapan Orang Tua

Sahabat2 ku sekalia...

Aku nak cerita mengenai harapan orang tua terhadap anak2 mereka. Mana ada dalam dunia ni kita lihat orang tua yang tidak sayangkan anak. Walau jahat macam mana sekali pun, anak tetap anak sekali pun anak tu anak luar nikah. Betapa... kasih sayang ibu bapa pada anak tiada batasannya. Lain lah kalau ada orang tua yang memang tak peduli & kasihkan anak, tu lain cerita (yang tu mungkin orang yang tak betul...)

Tengah aku kemaskan laci sebentar tadi, tiba2 terjumpa cebisan kertas yang ada cerita mengenai kasih sayang dan harapan orang tua. Cerita mungkin sekadar lawak jenaka atau sekadar sandiwara. Mesti ada hikmah atau pengajaran disebaliknya walaupun sekadar cerita main2. Ceritanya begini...

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak gadis yang cantik jelita dan manis serta amat disayangi bernama Siti, Seri, Murni dan Suri. Bila dah sampai masa dan jodohnya, maka dikahwinkanlah keempat-empat anak gadis itu serentak. Selepas majlis kahwin berlangsung dengan gemilang, cemerlang dan terbilang, maka keempat-empat mereka pun nak pergi honeymoon.

Siti pergi ke Pulau Langkawi, Seri (Pulau Tioman), Murni (Pulau Kapas) dan Suri akan memadu kasih di Pulau Pangkor. Sebelum melepas anak2 mereka pergi, Pak Mat dan Mak Minah berpesan: "Nanti jangan lupa hantar kabar berita. Tak yah tulis panjang2 cukup pakai kod iklan je. Ringkas, padat dan cepat. Mak dan Ayah nak tau jugak cerita bulan madu korang semua." Lepas tu, panjang lebar lah Mak Minah memberikan tips2 terbaik kepada anak2nya demi kebahagian dan kesejahteraan hidup berumah tangga lebih2 lagi mereka tu baru saja berkahwin. Macam2 lah pertua yang Mak Minah bagi dari hujung rambut sampai lah hujung kaki.

Seminggu lepas tu, Mak Minah dan Pak Mat pun menerima surat daripada Siti yang bertulis "Standard Charted". Kelam kabut jugak dia orang berdua ni mencari iklan tu dan bila terjumpa... bukan main senyum lagi apabila membaca iklan yang berbunyi: "Besar, teguh dan kukuh..." Gembira sungguh hati kedua--dua orang tersebut mengenangkan kebahagian anak nya itu.

Esoknya terima pulak surat daripada Seri yang bertulis "Nescafe". Cari punya carik jumpa, jumpa jugak iklah tu yang berbunyi: "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir..." Makin gembiralah hati Pak Mat dan Mak Minah apabila mengetahui yang Seri jugak bahagia.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pulak surat dari Murni yang bertulis "KFC". Bukan main lebar lagi senyum Pak Mat dan Mak Minah apabila membaca iklan yang berbunyi: "Lazat, hingga menjilat jari..." Makin cerialah mereka apabila tau yang Seri pun bahagia macam anak2 nya yang lain.

Tetapi, Pak Mat dan Mak Minah tiba2 gusar dan risau. Keceriaan di wajah mereka sedikit kelam kerana belum lagi menerima surat daripada Suri. Dah seminggu berlalu tapi surat tak kunjung tiba. Rasa gusar sudah mula bermain di hati mereka. Masuk minggu kedua, pun masih tak sampai jugak. Orang tua mana yang tak risau. Tiba2 masuk je minggu ketiga, surat dari Suri pun sampai yang berbunyi "Air Asia". Kelam kabut lah mereka mencari iklan tersebut sebab nak tau sangat pasal apa yang telah terjadi pada anak mereka tu. Dah lah anak bongsu. Surat dari dia pulak yang paling lambat. Lepas jumpa dan iklan tu, Pak Mat dan Mak Minah terkulat-kulat sampaikan tak tau sama ada nak senyum, gembira atau menangis atau menjerit!!! motto iklan tu berbunyi: "7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI... NON-STOP!!!..."

Hehehe... Fikir2kan lah....

Wassalam,

Friday, October 23, 2009

Lapang Sedikit

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat, 23 Oktober 2009 dan jam kat Peru dah pukul 9.45 pagi. Kalau kat Malaysia lebih kurang pukul 10.50 malam (Jumaat malam Sabtu). Hari ni genap sebulan aku sekeluarga tinggal di San Isidro, Lima Peru. Hari jugak genap 5 hari (seminggu) anak sulung aku pergi ke Americano School of Miraflores, Lima Peru yang boleh dikatakan dekat dengan apartment aku. Lebih kurang 10 minit sampai dah kat sekolah (dengan kereta). Kalau tak banyak kereta perjalanan akan lebih cepat. Berbanding di Myanmar dulu, sekarang ni dia lebih gembira & ceria apabila hendak pergi dan balik dari sekolah. Baru 5 hari, sekurang-kurang dah boleh cakap hola (hai), gracias (terima kasih), amigo (kawan), adios (pergi dulu/jumpa lagi) lebih kurang begitu lah. aku pun baru sebulan & masih blurrrr ngan Spanish dia orang ni.

Hari ni Jumaat, aku suruh operator call sekolah & bagi tau yang aku nak ambik dia awal sikit sebelum 1.30 pm sebab nak bawak pergi sembahyang Jumaat. Saja nak bagi dia pengalaman & biar tahu tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Mana yang wajib tetap wajib, hukum tetap hukum dan ajaran Islam mesti lah jagi keutamaan walau di mana kita berada. Insyaallah... semuanya akan selamat.

Esok Sabtu, plan tu nak pergi ke pusat bandar Lima. Nak pergi central market dan paling penting china town. Nak beli cili kering pedas dan keperluan lain. Ini lah kehidupan terbaru aku sekeluarga di negara yang amat berbeza sekali budaya, makanan, cara hidup dan sebagainya. Nasib baik kos hidup lebih kurang macam kat Malaysia je dan dapat elaun lebih sikit. So, boleh lah senyum dan hidup dengan tenang. Setakat ni lah...

Semalam cuaca redup je dan sejuk. Hari pulak memang terasa sangat sejuk. Sepatutnya dah masuk musim spring & mesti lah panas sikit tapi pelik betul. Sejuk bukan main. Bila difikirkan sedalam dalamnya... ini kuasa Allah SWT yang tidak akan terjangkau oleh kita. Mana kita sangka boleh ada keadaan macam ni dan bermacam-macam keadaan cuaca, suasana, gelagat manusia, karenah manusia, bentuk muka bumi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza di setiap tempat dan kawasan. Susah nak diceritakan dan dijelaskan takut orang tak faham. Tapi semua orang memang tahu dan lebih tahu dari aku bahawa, Allah SWT itu Maha Pencipta, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Oleh itu, semua ini atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Kalau kita sendiri dapat lihat dan merasai perbezaan dan keindahan itu, baru lah kita akan paham dengan sendirinya. Oleh itu, tak yah lah aku nak jelaskan panjang2. Fikirkan lah...

Hari ni jugak aku rasa amat lapang dan tenang serta sedikit malas. Mungkin dah banyak kerja yang dah selesai dan akan selesai. Aku ingat, nak pergi bank lah (Banco de credito del Peru) nak settle kan personal account yang tertangguh sikit hari tu. Nak pakai kereta nak kena bayar parking. Walhal bukannya jauh setakat jalan kaki lebih kurang 5 minit je. Tapi nak jalan kaki, sejuk pulak. Selagi lagi... ini lah kekuasaan Allah SWT...

Wassalam,

Monday, October 19, 2009

Nak cerita je

Sahabat2 ku sekalian...

Kali ni cerita nya lain sikit. Asyik serius je, tak best jugak. Tapi cerita ni bukan lah lawak. Setakat nak kongsi cerita yang aku dari internet. Ntah... aku tekan2 je mana2 webpage yang aku suka tiba2 terkeluar pulak cerita ni. bacalah kalau nak tau... ceritanya begini;


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya;

Kanda Suparjo tersayang,Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman,

kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,

dari Dinda Suti Nirwingsih....

gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!


tu je lah cerita nya. So, buat sahabat2 ku sekalian. Bersama-sama lah kita menjadi suami yang terbaik, lebih bertanggungjawab, lebih penyayang, lebih beriman dan bertawaduk serta menjaga keluarga dengan baik dan sempurna. Tiada kaitan langsung dengan cerita tu. Yang tu setakat nak hiburkan hati je. hehee...

Wassalam,

Saturday, October 17, 2009

Makan Malam Yang Enak

Sahabat2 ku sekalian...

Hari Jumaat, 16 Oktober 2009 jam 11.58 malam di San Isidro, Lima Peru. Aku baru sahaja balik dari makan malam di sebuah restoran yang agak ternama di sini. Makan malam yang dihoskan oleh bos aku (TYT Duta Besar) serta isteri untuk tetamu dari Malaysia yang kalau aku sebutkan nama mesti semua orang kenal. Berpangkat besar lah tapi yang pasti bukan orang politik. Pegawai kerajaan jugak tapi tak yah lah aku nak sebuat nama dia orang ni mesti semua orang tau. Apa yang membanggakan aku ialah salah seorang daripada delegasi itu ialah anak jati Sarawak dari Sarikie. Masih boleh cakap Sarawak pekat dan tulen cumanya dah jarang2 balik Sarawak sebab mungkin semua keluarganya ada di semenanjung agaknya. Dia pun dah berumur. Berkemungkinan orang tua pun dah takde. Sebab tu kot dah tak selalu balik Sarawak. Tapi bukan yang tu aku nak cerita. Ada cerita lain yang aku fikirkan ada eloknya jugak kita fikirkan bersama.

Biasanya... bila ada jamuan macam ni aku tak akan cakap banyak sebab boss ada. Aku lebih suka mendengar dan sekadar menjawab kalau ditanya. Pelbagai cerita dan perbincangan yang berlaku di antara delegasi dengan bos aku ni. Bermula dari cerita pasal pendidikan hinggalah cakap2 pasal politik seterusnya harapan kita sebagai orang Malaysia pada masa2 akan datang. Macam2 lah cerita yang timbul. Tapi dalam banyak2 tu aku tertarik dengan pandangan dan pendapat bos aku serta delegasi berkenaan tentang isu 1 Malaysia, Islam hadhari dan sistem pendidikan serta budaya/sistem bekerja terutamanya bagi sektor awam. Bukanlah nak bercakap pasal politik atau mengkritik mana2 pihak. Tak salah rasanya kalau kita jugak boleh menyampaikan pandangan peribadi demi masa depan anak2 bangsa kita. Oleh itu, jangan salah anggap. Ini bukan isu politik atau menghentam tetapi sekadar pandangan perbadi daripada rakyat Malaysia dalam konsep 1 Malaysia yang seringkali digembar gemburkan akhir2 ini. Pelbagai komen rakyat mengenai konsep 1 Malaysia ini tapi tak payah lah kita bincang. biarlah mereka yang arif dan pakar sahaja memikirkannya. Takut2 sensitif pulak. Aku ni tak leh sangat nak layan perasaan sendiri nanti melarat-larat. Eloknya tak yah lah.

Pasal politik tak payah lah nak sentuh banyak sebab semua orang tahu tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Malah, lagi ramai yang lebih tahu dan pakar daripada aku. Cumanya aku nak katakan ada kebenarannya bahawa politik di Malaysia dah lari sistem sebenar. Sesiapa pun rakyat biasa di Malaysia akan setuju bahawa setiap orang dalam parti2 politik tidak kira pembangkang atau kerajaan memerintah lebih memikirkan bagaimana hendak mendapatkan sokongan kawan dan lawan daripada memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat. Masing-masing akan sentiasa cuba menjaga kawan2 dan berusaha mengambil hati atau memikat lawan. Pelbagai cara dan ragam sampaikan orang kampung pun makin muak apabila melihat semua ini. Aku yang jugak orang kampung pun berfikiran serupa kerana nasib kami adalah sama. Tak yah aku sentuh dengan mendalam sebab semua orang tahu benda ni.

Salah satu lagi isu yang dibangkitkan tadi ialah sistem pendidikan. Kejap nak guna bahasa Inggeris. Pastu tukar balik bahasa Melayu. Sampaikan ramai orang telah mempolitikkan perkara tersebut dan sering dijadikan modal politik semua orang baik orang politik itu sendiri mahu pun politik warung kopi. Orang kampung pun dah pandai bercakap pasal ni. Apatah lagi orang terpelajar macam bos aku tu dan delegasi yang cukup terkenal dengan keilmuannya itu. Disebabkan perkara ini sering dijadikan modal politik, maka isu bahasa lebih penting daripada kita memikirkan bagaimanakah untuk melahirkan anak2 Malaysia yang cemerlang yang lengkap daripada segala sudut baik pendidikan formal, ajaran agama dan pengasahan bakat untuk menjadi anak Malaysia yang akan dihormati oleh orang negara luar. Aku amat setuju bila ramai orang menyatakan bahawa Vietnam, Brasil, India mahupun Indonesia telah mula maju setapak daripada Malaysia dari pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi dan sosial. Silap2 lagi ramai negara kerdil tiba2 lebih maju daripada kita. Kita yang dok sibuk dan bangga dengan KLCC dan KL Tower dah makin ketinggalan tanpa kita sedari dek kerana kesibukan kita berbincang bagaimana cara untuk menaikan pasukan bola sepak, macam mana nak memenangi hati pelbagai kaum supaya parti kita disokong, terlalu mementing legasi sendiri, sanggup menggadai keagungan Islam serta ketuanan Melayu demi kepentingan perbadi dan sebagainya. Tanyalah sesiapa pun, pasti mereka akan setuju tentang perkara ini. Sampaikan, salah seorang delegasi tu kata, silap2 Peru pun akan lebih bertambah maju daripada Malaysia kalau kita masih leka dengan angan2 kita. Aku setuju dan bukan sahaja Peru, silap2 Myanmar pun akan tiba2 meletup kemajuannya jika betul hala tujunya selepas pilihanraya tahun depan. Mana kita tahu dan mungkin ia akan berlaku. Cukup lah dahulu kita pernah belajar tentang Myanmar (geografi). Tak mau lah jika dalam tempoh 2-3 tahun lagi kita belajar lagi subjek pasal Myanmar.

Satu lagi isu yang menarik jugak untuk dikongsikan ialah, bagaimana sebuah institut pendidikan terpaksa memecat atau membuang beberapa tenaga pengajarnya disebabkan oleh ilmu dan kepakaran yang mereka ada tidak mampu untuk diajar kepada anak didik sebaliknya setakat mampu untuk diamalkan oleh diri sendiri. Mereka ini lulusan luar negeri kalau silap Universiti Al-Azhar, Mesir. Semua orang tahu akan kemasyhuran universiti tersebut. Malangnya ialah lulusan berkenaan dilantik untuk mendidik anak bangsa bagi menyumbangkan ilmu dan tanggungjawab dalam mendidik anak Malaysia akan keindahan dan keagungan agam Islam tetapi gagal sama sekali. Mereka hanya pandai membaca Al-Quran tetapi tidak mampu mengajar orang lain untuk membaca Al-Quran. Paling Dashyat, mereka pun tidak tahu secara mendalam dan tidak tahu apa2 seolah-olah mereka2 ini bukan belajar dari universiti berkenaan. Ada jugak yang sekadar tahu membaca seadanya tetapi tidak tahu langsung tentang ilmu Al-Quran. Ada yang tak reti langsung. Disebabkan itu, serta-merta mereka telah dibuang kerja. Kenapa boleh jadi begini. Salah kita atau pihak Al-Azhar. Semua orang tahu mana2 pelajar yang dihantar oleh kerajaan ke sana ialah mereka yang benar2 berkelayakan. Tetapi mengapa dulu tidak timbul langsung masalah ini dan sekarang mengapa ia terjadi. Di mana silapnya. Apakah puncanya. Adakah benar bahawa pelajar2 yang dihantar ke luar negeri sudah tidak berkualiti. Jika benar itu yang terjadi bermakna, ada kesilapan dalam sistem pendidikan kita yang tidak kita sedari. Dah ada orang yang berani mempertikaikan mutu pendidikan kita. Apa dan di mana tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam soal ini. Jika tidak diperbaiki segera, maka Malaysia akan hancur dan hilang segalanya.

Tiba2 dalam diam aku terfikir dan teringat akan petikan ceramah Dato' Ustaz Ismail Kamus (kaset) yang ada menyatakan bahawa beliau cukup kecewa apabila ada pelajar kita (lulusan agama luar negara) tidak pandai bercakap bahara arab. beliau kata '...bahasa arab mereka haru biru...' '...bila ditanya pasal fikah mereka kata tak tahu sebab belajar usuludin sahaja dan bila tak tahu ilmu Al-Quran sebab hanya belajar sirah sahaja, tidak seperti dulu yang mana orang yang belajar dalam bidang agama akan tahu semua bidang & cabang pendidikan Islam, tak macam sekarang...' sekarang baru aku sedar bahawa kebenaran tentang itu telah terbukti bila ada orang lain berkata tentang benda yang sama. Siapa yang silap dan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi? Adakah berpunca daripada sistem kerajaan, dasar kerajaan, masalah politik, kepentingan peribadi atau memang silap pelajar itu semata-mata? mohon difikirkan bersama.

Banyak lagi isu yang telah disentuh tapi yang tak yah nak ceritakan semua. Banyak perkara orang lain lebih tahu daripada aku. Cuma yang terakhir... bagi aku agak merisaukan dan membimbangkan. Apabila... orang kita yang pelbagai agama dan bangsa sudah hilang jati diri, sukar untuk berubah atau buka pandangan dan corak pemikiran serta rakyat sudah hilang rasa hormat pada pemimpin itu sendiri. Sudah sampai masanya... mana2 orang politik di Malaysia yang benar2 memikirkan keagungan agama Islam dan ketuanan bangsa Melayu mesti mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan keyakinan rakyat untuk sama2 membantu demi kemakmuran bersama dan menggalakkan rakyat bersatu-padu antara satu sama lain. Jika tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini, tidak mustahil rakyat Malaysia tidak akan menghormati negaranya sendiri apatah lagi orang asing. Sampaikan pada hari ini semakin ramai rakyat berani berkata bahawa, jika bertukar kerajaan sekalipun belum tentu Malaysia akan bertambah baik dan tidak mustahil lebih teruk daripada sekarang. Bermakna, jika kerajaan serta pemimpin sedia ada yang dah berpuluh tahun memerintah dan memajukan Malaysia telah tidak diyakini apatah lagi orang lain atau kerajaan yang baru yang belum tentu kejaguhannya. Makna yang mendalam ialah... rakyat telah hilang keyakinan dan rasa hormat kepada mana2 pemimpin atau orang dalam mana2 parti politik di Malaysia. Bagi rakyat sekarang, sudah tiada lagi orang politik yang boleh dipercayai. Orang asing sedang menunggu sahaja peluang untuk melingkupkan Malaysia. Itu pun kita masih leka dan terus lena...

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keagungan Islam dan ketuanan Melayu, aku amat setuju dengan perkara2 tu semua. Semoga kita sama2 berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyampaikan pendapat kita itu agar didengar oleh pihak yang bertanggungjawab. Bunyi nya macam anjing menyalak gunung tetapi tidak mustahil orang kerdil akan dipandang tinggi dan disanjung mulia...

Wassalam,

Saturday, October 10, 2009

Cerita Peru Lagi

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat dan macam biasa lah aku pergi lah sembahyang Jumaat di masjid yang terletak lebih kurang 45 minit daripa pejabat dan rumah. Alhamdulillah... setakat ni semuanya berjalan lancar dan aku makin selesa berada di sini. Walaupun kedudukan masjid yang agak jauh tetapi aku masih diberikan oleh Allah SWT peluang serta kesempatan untuk terus beribadah kepada-Nya. Alangkah beruntung dan seronoknya kaum keluarga dan kawan2 ku di Malaysia. Nak pergi sembahyang boleh pergi di mana-mana masjid yang mereka suka. Tidak seperti aku di sini. Itu sahaja lah masjid yang terdekat dan boleh dikatakan selesa. Ingin aku ulangi sekali lagi, beruntung dan bertuah betul menjadi orang Islam yang berada di Malaysia...

Aku nak ceritakan tentang masjid ni lah. Setelah beberapa kali sembahyang (hanya berkesempatan Jumaat sahaja) setakat ini, baru hari ni aku cuba2 untuk pergi ke bahagian belakang dan meninjau keseluruhan bahagian luar masjid yang sudah dimamah usia itu. Walaupun struktur luarannya agak kelihatan usang tetapi struktur binaannya masih utuh dan kuat segagah kaum minoriti yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam di sini. Mereka hidup dalam suasana harmoni dan mungkin seperti di Malaysia, di masjid itu juga berkemungkinan ada diajar kelas bimbingan agama untuk kanak2 dan juga orang dewasa. Itu aku tak berapa pasti kerana belum pernah nampak lagi. Harapanku agak tinggi kerana jika boleh aku hendak anak2 ku belajar agama di situ sekurang-kurangnya belajar mengaji. Berdasarkan keadaan binaan dibahagian belakang masjid, aku makin yakin pembelajaran agama itu ada di sini. Mustahil lah jika tidak ada.

Apa yang teramat penting yang aku nak ceritakan ialah, betapa mereka ini begitu bangga dan menjaga dengan baik masjid berkenaan yang semakin kusam warna hijaunya. Tapi, mungkin itu lah masjid yang mereka di daerah ini dan ia perlu dipelihara serta amalan Islam perlu disuburkan di sini. Semasa mendengar bacaan khutbah yang sememang tidak aku fahami langsung, fikiran sesekali melayang mengenangkan serta memikirkan kehidupan umat Islam di sini. Ini di bandar Lima. Entah apa keadaannya di bandar2 lain. Amat tersentuh hati ini bila mengenangkan betapa beruntung orang2 Islam yang berada di Malaysia. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, segala-galanya mudah dan tersedia. Tidak seperti di sini, yang ada hanya sebuah masjid tua dan tetap kukuh serta gagah untuk digunakan oleh umat Islam di sini beribadah kepada-Nya. Tetapi... apa yang menyedihkan sedikit di hati kecil aku ialah mengapa masih ada umat Islam di Malaysia yang tidak bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniaan oleh Allah SWT kepada kita selama ini. Setiap kemudahan dan kepakaran tidak digunapakai serta ilmu tidak dituntut sepenuhnya. Masjid2 yang moden dan canggih sering kosong dan guru2 serta pakar2 agama menjadi bahan hinaan juga mainan disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza serta kepentingan perniagaan dan keuntungan diri sendiri. Bagi mereka yang lebih mementingkan kemewahan dan kekayaan duniawi, sanggup agama Islam dijadikan alat untuk kepentingan peribadi. Sepatutnya, kita umat Islam perlu bersatu untuk menjadikan agama Islam terus dihormati dan disanjung tinggi bukan sahaja oleh umat Islam malahan orang bukan Islam. Jika kita sendiri tidak menjadikan ajaran dan amalan Islam sebagai keutamaan hidup, macam mana bangsa yang menganut agama lain akan menghormati kita. Ini lah masalah yang sedang berlaku di Malaysia. Demi kerjaya dan kejayaan dalam politik, perniagaan atau seumpamanya agama Islam diperlekehkan dan cuba untuk dipermudahkan demi untuk kepentingan peribadi semata-mata. Ketepikan perselisihan politik dan sebagainya demi keagungan agama Islam yang tercinta. Tidak kira siapa sahaja. Setiap pakar2 Islam perlu dihormati dan ilmunya digali. Bagi pakar2 pelbagai bidang Islam, janganlah gadaikan kepakaran yang ada demi kesenangan hidup sendiri.

Apa yang membuat hati sedikit terubat ialah ditunjukkan betapa gigihnya umat Islam di sini berusaha. Betapa yakinnya mereka kepada Allah SWT dan betapa tekunnya mereka mengamalkan ajaran Islam yang sedia ada. Kalau nak diikutkan, bila2 masa sahaja akidah cukup mudah terpesong kerana di sekeliling masjid dan sekitar daerah ini dihiasi oleh gereja2 besar yang sudah semestinya dijaga rapi berbanding masjid usang ini. Terasa kekaguman dan kebanggaan dalam hati kecil ini bila melihat ketabahan dan ketaatan umat Islam di sini. Sepatutnya kita di Malaysia mesti bersikap seperti orang minoriti Islam di sini. Tetapi sayang, umat Islam di Malaysia lebih penting hal2 politik, prestasi pasukan bola sepak, siapa yang boleh naik dan siapa yang turun atau sebagainya. Mereka perlu dihantar ke Peru atau di mana2 negara susah untuk melihat sendiri bagaimana agama Islam terus dipelihara walaupun dalam keadaan payah dan sukar.

Memang benarlah... agama Islam itu akan terpelihara sampai bila2.

Thursday, October 8, 2009

Agama Islam, Bangsa Melayu Perlu Maju

Sahabat2 ku...

Bila sesekali balik bercuti di Malaysia, di Sarawak khususnya amat damai rasa hati dan hidup ini kerana kemajuan negara kita serta kekuatan Islam yang semakin bercambah di mana-mana. Dalam hati kecil aku sering berkata, alangkah beruntungnya menjadi orang Malaysia. Agama dan bangsa yang amat terpelihara. Keadaan ini tidak akan dapt dikecapi di negara lain.

Apa maknanya untung ialah, di Malaysia kita boleh pergi sembahyang jemaah di mana2. Masjid dan surau ada di mana. Tiada sekatan dan larangan. Lepas sembahyang, ada zikirnya dan ada juga tazkirah atau kuliah agamanya yang boleh dijadikan amalan serta pengajaran dalam kehidupan kita seharian. Anak2 dapat membesar dan membiak dalam suasana Islam dan bangsa Melayu yang aman damai serta tenteram. Boleh dikatakan semuanya lengkap baik di sekolah atau di rumah. Alangkah beruntunglah kita menjadi warganegara Malaysia. Keutuhan agama Islam akan sentiasa terpelihara dan kejatian bangsa akan terus disemai di dalam jiwa.

Bagi insan yang mementing keuntungan akhirat, ini lah keuntungan yang dicari-cari. Berbeza dengan manusia yang hanya mementing masa depan dunia, maka apa yang dicari hanya lah wang dan kemodenan hidup semata-mata. Maka, amat rugi lah jika anak2 kita dan diri kita tidak berada dan menjalani kehidupan di Malaysia.

Sebagai contoh, selama 5 tahun lebih bekerja di Myanmar elaun di luar negara memang mewah. Tanyalah semua orang yang bekerj dengan Kementerian Luar Negeri, semuanya akan setuju dengan aku. Dah lah elaun banyak, gaji kat Malaysia tak kacau pulak tu. Kalau orang jenis kedekut & memang betul2 berjimat boleh jadi jutawan. Tapi bagi aku itu tak penting. Bukanlah bermaksud duit tu tak penting. Tapi, secara peribadi apalah gunanya duit banyak tapi pengisian jiwa kosong. Apalah ertinya jika anak2 kita ketinggalan jauh dari soal agama lebih2 lagi belajar Al-Quran dan hadis. Takde faedahnya. Di sana, mana ada orang bagi ceramah kat masjid atau tazkirah lepas Maghrib atau subuh, mana ada. Sembahyang terawih pun takde selawat. Bukanlah bermakna selawat tu wajib tetapi itulah yang aku nak kata hebatnya orang Malaysia ialah amalan kita tu serba lengkap baik yang wajib mahupun sunat.

Apatah lagi di Peru ni. Masjid yang paling dekat pun 45 minit berkereta dari rumah atau pejabat. Dah lah baca khutbah dalam bahasa arab yang diterjemah dalam dalam bahasa Sepanyol (dua katib). Macam mana nak Faham. Itu lah yang aku katakan betapa beruntungnya menjadi orang Malaysia. Di Malaysia, makanan halal cukup mudah baik di pasar basah atau supermarket. Di Myanmar, pun mudah tapi kena pergi pasar basah yang kotornya susah nak digambarkan. Dah lah daging binatang tu (babi) boleh jual dekat2. Kat Malaysia mana ada macam tu. Yang halal di tempat yang halal dan yang haram dah ada tempat disediakan & tersorok. Tak untung ke tu.

Kat Peru lagi haru biru. Ada KFC, Mc Donald, Starbuck dan macam2 tapi tak halal. Pun tak leh makan jugak. Kat pasar takde jual ayam halal. Nak yang halal kena order. sekali order kena banyak2. tak ke susah tu. Daging pulak jarang2 ada. Kalau ada baru orang yang jual tu call. Yang ada kambing je tapi kena order seekor. Gileeee ke. Macam mana aku nak makan kambing seekor sorang2. Walaupun murah setakat RM80.00 - 120.00 je seekor, tak kan aku nak order seekor tu. Yang sure senang nak order ialah ayam dan ikan boleh carik kat pasar atau supermarket. Itu pun ikan tak semua ada. Kan ke susah tu. Still Malaysia jugak senang dan mudah. Semuanya mudah dan aku nak ulang lagi... beruntung lah jadi orang Malaysia. Sebab tu orang luar cemburu tengok Malaysia dan fifnah macam pasal Malaysia.

Apa yang aku nak kata ialah... kita patut bersyukur menjadi warganegara Malaysia dan mudah untuk mengamalkan Islam dan belajar tentang Islam.

Wassalam...

Wednesday, October 7, 2009

Lima, Peru

Sahabat2 ku sekalian...

Mohon maaf di hari lebaran. Belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri yang mulia. Mohon maaf juga kerana tak sempat nak berkunjung di rumah sesiapa pun kerana kekangan masa dan pelbagai perkara yang perlu disegerakan. Insyaallah... ada rezeki kita akan bersua lagi.

Setelah lebih kurang 2 minggu berada di Lima, Peru baru hari ni rasanya ada sedikit kelapangan. Selama lebih kurang 2 minggu ini juga, aku dan keluarga boleh dikatakan seronok tinggal di San Isidro, Lima Peru salah satu daerah yang lebih dikenali sebagai Administrative & Diplomatic Corp Area (Kawasan Diplomatik) macam Putrajaya kita lah. San Isidro ni merupakan salah satu antara kawasan yang maju, moden & tercanggih di Peru. Banyak banglo- banglo antik & moden yang kecantikannya sukar untuk dinyatakan. Tetapi, aku sekeluarga lebih tertarik untuk memilih tinggal di apartment yang berhadapan dengan taman pokok zaitun (berusia lebih 500 tahun) yang terkenal dengan gelaran el olivar parque. Cuaca amat sejuk menusuk ke tulang sum-sum. Siang & malam terpaksa pakai baju berlapis & sudah semestinya stokin tak leh tinggal. Kalau tak nanti beku. Nasib baik takde snow. Kalau ada mahu beku seluruh badan. Suasana amat damai & tenteram. Tidak dinafikan, setakat ini memang seronok tinggal di sini.

Boleh dikatakan hilang sudah kepenatan yang bukan kepalang apabila berada di dalam kapal terbang lebih kurang 27 jam ditambah dengan transit dan seluruh perjalanan memakan masa lebih kurang 34 jam. Nasib baik anak2 kurang buat perangai. kalau tak... tersiksa lah batin nurani.

Nak cerita sikit lah & bukan nak memperlekehkan atau menghina orang kita lebih2 lagi bangsa kita sendiri. Aku tetap sanjung akan agama, ketuanan melayu dan kedaulatan raja serta bangsa Melayu walau di mana berada. Tiada yang lebih hebat daripada negara kita Malaysia dan bangsa kita, Melayu serta agama kita, Islam di muka bumi ini. Kita lah sahaja yang mempunyai Agama, negara dan bangsa yang paling hebat di dunia. Tetapi, setakat nak ceritakan pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara kita di mata dunia. Mungkin orang lain mengalami pengalaman dan ada cerita berbeza. Ini semata- mata pandangan peribadi aku sendiri. Kalau ada yang tak setuju apa nak buat...

Penerbangan sejauh lebih kurang 13 jam dari KLIA - Amsterdam yang memang memenatkan akhirnya sedikit terubat apabila dilayan & disapa oleh kakitangan Amsterdam Airpot termasuklah polis (kawalan keselamatan). Kemana sahaja aku bertanya akan dilayan dan dijawab dengan ramah, senyum manis & ditunjukkan arah tuju yang jelas dan mudah. Tiada sebarang keluhan atau riak wajah mengejek atau dengkel daripada mereka. Walaupun bahasa mungkin sedikit masalah (mereka kurang fasih berbahasa Inggeris) tetapi aku tetap dilayan dengan baik (terutamanya semasa menguruskan boarding pass transit ke Lima, Peru) sehingga lah aku sekeluarga berehat di business lounge. Tiada langsung rasa takut atau terancam atau kawlaan ketat. Pendek kata, selama berada di Amsterdam Airport tiada sebarang rasa terasing atau dipandang rendah oleh bangsa mat saleh yang sering dikatakan orang sebagai bongkak & angkuh. Penerbangan dari Amsterdam - Lima yang memakan masa lebih kurang 13 jam juga hilang rasa penatnya apabila dilayan dengan baik sekali. Sampaikan jemu nak menjawab pelbagai soalan & anak2 begitu seronok apabila dilayan karenah mereka. Mintak lah, tanya lah apa2 pun. Pasti akan dilayan dengan baik. Kadang2 sebelum kita mintak, dia dah tanya dulu berapa banyak botol susu nak dibuat... Mungkin orang Belanda masih ada adat & susila nya. Itu aku kurang pasti. Yang pastinya, hati kecil aku cukup sedih kerana orang kita makin sombong & bongkak berbanding bangsa asing...

Apa yang nak diceritakan ialah perbezaan antara orang kita dengan mereka. Bukan nak merendah- rendahkan atau mengutuk tetapi inilah realiti yang terpaksa kita telan. Kalau di Airport kita, masa nak check in pun dah rasa tak seronok sebab tak senyum langsung orang kita. Apatah lagi kalau kita bertanya itu ini. terus muka monyok, masam dan kita akan rasa semasa diejek atau dipandang rendah. Kalau nak jawab pun tak ikhlas kot. Masa nak scan barang pun muka polis atau security masam je. Macam lah kita ni nak seludup dadah. Kalau pakai business class mungkin ok sikit kot sebab kita bayar mahal. Layanan tu ok sedikit sebab kos yang kita bayar tu tinggi. Kalau pakai economy class, kadang2 kita nak mintak itu ini pun macam tak nak dilayan. kalau nak mintak air buat susu anak2 pun macam tak ikhlas je kita ni dilayan. MENYAMPAH... Semua orang tahu yang Malaysia sebuah negara terkenal dan maju. Tetapi apa yang menyedihkan... kemajuan tidak seiring di semua sudut. Malaysia amat maju lebih2 lagi bila wujudnya Putrajaya yang serba canggih dan moden. Tetapi sikap & perangai orang2 kita semakin luntur. Sikap lemah lembut serta ada sopan semakin kabur ditelan kemajuan. Mengapa harus begini. Sepatutnya... semakin maju negara kita maka adab sopan & budaya mulia orang kita perlu seiring dengan kemajuan itu. Supaya... orang luar makin menghormati agama, bangsa dan negara kita. Kalau adat bicara & tatasusila sudah hilang, jangan nak suruh orang luar hormat kat kita, bangsa kita sendiri pun tak kan hormat akan nilai murni yang telah dipertahankan selama ini.

Bukan nak memuji negara luar tetapi ini lah perkara yang perlu kita fikirkan bersama. kenapa mat saleh yang negaranya atau lebih mudah nak faham... airportnya 5 kali lebih besar & canggih masih bersikap baik pada semua orang. Tetapi, orang kita yang juga maju tetapi airportnya bukanlah besar sangat bukan main sombong & bongkak. Tak salah kalau melayan orang dengan baik kerana 99.9 peratus penumpang kapal terbang bukannya penyeludup dadah, wang haram atau sebagainya. kalau ada pun mungkin 0.1 peratus sahaja. Orang kita perlu ubah sikap. Tersenyum dan bercakap dengan sopan bukan bererti kita tidak tegas. Sebaliknya, jalankan tugas menjaga keamanan negara dengan penuh dedikasi dan dalam masa yang sama orang ramai akan menyanjung tinggi bangsa kita sendiri. Kalau orang kita menyanjung tinggi bangsanya sendiri, maka orang luar akan terus menghormati bangsa kita sampai bila2 pun. Kalau nak diceritakan lagi, negara Cina yang masih berkonsepkan komunis itu (airportnya lebih besar sampai 3 terminal) pun lebih tinggi budi bahasanya kalau nak dibandingkan dengan orang kita. Sampai ke hari ini berada di Peru, aku masih berasa sedih bila memikirkan budi bahasa & nilai murni bangsa kita yang semakin hilang ditelan kemajuan.

Banyak lagi lah kelemahan orang kita kalau nak dicerita tak kan habis. Bagi sesiapa yang selalu naik kapal terbang & keluar masuk airport mesti ada pengalaman yang sama. Benarlah kata bekas Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri kita... Orang Melayu Mudah Lupa...

Disebabkan itu lah perjalanan selama lebih kurang 34 jam dari Kuching - KLIA - Amsterdam - Lima terasa kurang penatnya disebabkan layanan isimewa yang tidak terduga. Benar kata orang... jauh berjalan luas pandangan & bertambah pendalaman. Orang kita perlu berubah dan bangkit semula. Setiap kejayaan dan kemajuan perlu dibina seiring dengan ketinggian budi bahasa dan kemurnian agama kita. Biarlah Malaysia lebih dikenali sebagai negara maju dan juga maju dari kemuliaan agama, ketinggian bangsa dan kemurnian budi bahasa. Semoga cerita ini dapat dijadikan panduan untuk kita sama- sama memajukan Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta...

Wassalam...