Saturday, October 10, 2009

Cerita Peru Lagi

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat dan macam biasa lah aku pergi lah sembahyang Jumaat di masjid yang terletak lebih kurang 45 minit daripa pejabat dan rumah. Alhamdulillah... setakat ni semuanya berjalan lancar dan aku makin selesa berada di sini. Walaupun kedudukan masjid yang agak jauh tetapi aku masih diberikan oleh Allah SWT peluang serta kesempatan untuk terus beribadah kepada-Nya. Alangkah beruntung dan seronoknya kaum keluarga dan kawan2 ku di Malaysia. Nak pergi sembahyang boleh pergi di mana-mana masjid yang mereka suka. Tidak seperti aku di sini. Itu sahaja lah masjid yang terdekat dan boleh dikatakan selesa. Ingin aku ulangi sekali lagi, beruntung dan bertuah betul menjadi orang Islam yang berada di Malaysia...

Aku nak ceritakan tentang masjid ni lah. Setelah beberapa kali sembahyang (hanya berkesempatan Jumaat sahaja) setakat ini, baru hari ni aku cuba2 untuk pergi ke bahagian belakang dan meninjau keseluruhan bahagian luar masjid yang sudah dimamah usia itu. Walaupun struktur luarannya agak kelihatan usang tetapi struktur binaannya masih utuh dan kuat segagah kaum minoriti yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam di sini. Mereka hidup dalam suasana harmoni dan mungkin seperti di Malaysia, di masjid itu juga berkemungkinan ada diajar kelas bimbingan agama untuk kanak2 dan juga orang dewasa. Itu aku tak berapa pasti kerana belum pernah nampak lagi. Harapanku agak tinggi kerana jika boleh aku hendak anak2 ku belajar agama di situ sekurang-kurangnya belajar mengaji. Berdasarkan keadaan binaan dibahagian belakang masjid, aku makin yakin pembelajaran agama itu ada di sini. Mustahil lah jika tidak ada.

Apa yang teramat penting yang aku nak ceritakan ialah, betapa mereka ini begitu bangga dan menjaga dengan baik masjid berkenaan yang semakin kusam warna hijaunya. Tapi, mungkin itu lah masjid yang mereka di daerah ini dan ia perlu dipelihara serta amalan Islam perlu disuburkan di sini. Semasa mendengar bacaan khutbah yang sememang tidak aku fahami langsung, fikiran sesekali melayang mengenangkan serta memikirkan kehidupan umat Islam di sini. Ini di bandar Lima. Entah apa keadaannya di bandar2 lain. Amat tersentuh hati ini bila mengenangkan betapa beruntung orang2 Islam yang berada di Malaysia. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, segala-galanya mudah dan tersedia. Tidak seperti di sini, yang ada hanya sebuah masjid tua dan tetap kukuh serta gagah untuk digunakan oleh umat Islam di sini beribadah kepada-Nya. Tetapi... apa yang menyedihkan sedikit di hati kecil aku ialah mengapa masih ada umat Islam di Malaysia yang tidak bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniaan oleh Allah SWT kepada kita selama ini. Setiap kemudahan dan kepakaran tidak digunapakai serta ilmu tidak dituntut sepenuhnya. Masjid2 yang moden dan canggih sering kosong dan guru2 serta pakar2 agama menjadi bahan hinaan juga mainan disebabkan oleh fahaman politik yang berbeza serta kepentingan perniagaan dan keuntungan diri sendiri. Bagi mereka yang lebih mementingkan kemewahan dan kekayaan duniawi, sanggup agama Islam dijadikan alat untuk kepentingan peribadi. Sepatutnya, kita umat Islam perlu bersatu untuk menjadikan agama Islam terus dihormati dan disanjung tinggi bukan sahaja oleh umat Islam malahan orang bukan Islam. Jika kita sendiri tidak menjadikan ajaran dan amalan Islam sebagai keutamaan hidup, macam mana bangsa yang menganut agama lain akan menghormati kita. Ini lah masalah yang sedang berlaku di Malaysia. Demi kerjaya dan kejayaan dalam politik, perniagaan atau seumpamanya agama Islam diperlekehkan dan cuba untuk dipermudahkan demi untuk kepentingan peribadi semata-mata. Ketepikan perselisihan politik dan sebagainya demi keagungan agama Islam yang tercinta. Tidak kira siapa sahaja. Setiap pakar2 Islam perlu dihormati dan ilmunya digali. Bagi pakar2 pelbagai bidang Islam, janganlah gadaikan kepakaran yang ada demi kesenangan hidup sendiri.

Apa yang membuat hati sedikit terubat ialah ditunjukkan betapa gigihnya umat Islam di sini berusaha. Betapa yakinnya mereka kepada Allah SWT dan betapa tekunnya mereka mengamalkan ajaran Islam yang sedia ada. Kalau nak diikutkan, bila2 masa sahaja akidah cukup mudah terpesong kerana di sekeliling masjid dan sekitar daerah ini dihiasi oleh gereja2 besar yang sudah semestinya dijaga rapi berbanding masjid usang ini. Terasa kekaguman dan kebanggaan dalam hati kecil ini bila melihat ketabahan dan ketaatan umat Islam di sini. Sepatutnya kita di Malaysia mesti bersikap seperti orang minoriti Islam di sini. Tetapi sayang, umat Islam di Malaysia lebih penting hal2 politik, prestasi pasukan bola sepak, siapa yang boleh naik dan siapa yang turun atau sebagainya. Mereka perlu dihantar ke Peru atau di mana2 negara susah untuk melihat sendiri bagaimana agama Islam terus dipelihara walaupun dalam keadaan payah dan sukar.

Memang benarlah... agama Islam itu akan terpelihara sampai bila2.

No comments:

Post a Comment