Friday, October 23, 2009

Lapang Sedikit

Sahabat2 ku sekalian...

Hari ni Jumaat, 23 Oktober 2009 dan jam kat Peru dah pukul 9.45 pagi. Kalau kat Malaysia lebih kurang pukul 10.50 malam (Jumaat malam Sabtu). Hari ni genap sebulan aku sekeluarga tinggal di San Isidro, Lima Peru. Hari jugak genap 5 hari (seminggu) anak sulung aku pergi ke Americano School of Miraflores, Lima Peru yang boleh dikatakan dekat dengan apartment aku. Lebih kurang 10 minit sampai dah kat sekolah (dengan kereta). Kalau tak banyak kereta perjalanan akan lebih cepat. Berbanding di Myanmar dulu, sekarang ni dia lebih gembira & ceria apabila hendak pergi dan balik dari sekolah. Baru 5 hari, sekurang-kurang dah boleh cakap hola (hai), gracias (terima kasih), amigo (kawan), adios (pergi dulu/jumpa lagi) lebih kurang begitu lah. aku pun baru sebulan & masih blurrrr ngan Spanish dia orang ni.

Hari ni Jumaat, aku suruh operator call sekolah & bagi tau yang aku nak ambik dia awal sikit sebelum 1.30 pm sebab nak bawak pergi sembahyang Jumaat. Saja nak bagi dia pengalaman & biar tahu tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Mana yang wajib tetap wajib, hukum tetap hukum dan ajaran Islam mesti lah jagi keutamaan walau di mana kita berada. Insyaallah... semuanya akan selamat.

Esok Sabtu, plan tu nak pergi ke pusat bandar Lima. Nak pergi central market dan paling penting china town. Nak beli cili kering pedas dan keperluan lain. Ini lah kehidupan terbaru aku sekeluarga di negara yang amat berbeza sekali budaya, makanan, cara hidup dan sebagainya. Nasib baik kos hidup lebih kurang macam kat Malaysia je dan dapat elaun lebih sikit. So, boleh lah senyum dan hidup dengan tenang. Setakat ni lah...

Semalam cuaca redup je dan sejuk. Hari pulak memang terasa sangat sejuk. Sepatutnya dah masuk musim spring & mesti lah panas sikit tapi pelik betul. Sejuk bukan main. Bila difikirkan sedalam dalamnya... ini kuasa Allah SWT yang tidak akan terjangkau oleh kita. Mana kita sangka boleh ada keadaan macam ni dan bermacam-macam keadaan cuaca, suasana, gelagat manusia, karenah manusia, bentuk muka bumi yang sentiasa berubah dan berbeza-beza di setiap tempat dan kawasan. Susah nak diceritakan dan dijelaskan takut orang tak faham. Tapi semua orang memang tahu dan lebih tahu dari aku bahawa, Allah SWT itu Maha Pencipta, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Oleh itu, semua ini atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Kalau kita sendiri dapat lihat dan merasai perbezaan dan keindahan itu, baru lah kita akan paham dengan sendirinya. Oleh itu, tak yah lah aku nak jelaskan panjang2. Fikirkan lah...

Hari ni jugak aku rasa amat lapang dan tenang serta sedikit malas. Mungkin dah banyak kerja yang dah selesai dan akan selesai. Aku ingat, nak pergi bank lah (Banco de credito del Peru) nak settle kan personal account yang tertangguh sikit hari tu. Nak pakai kereta nak kena bayar parking. Walhal bukannya jauh setakat jalan kaki lebih kurang 5 minit je. Tapi nak jalan kaki, sejuk pulak. Selagi lagi... ini lah kekuasaan Allah SWT...

Wassalam,

No comments:

Post a Comment