Thursday, November 26, 2009

Tak Tau Pasai Apa...

Sahabat2 ke sekalian...

Dekat nak hujung tahun ni banyak pulak benda nak kena buat. Nampak gayanya, tertangguh jugak beberapa plan atau projek yang aku dah rancang untuk "membaiki" apa yang patut di pejabat ni. Bukanlah nak buat sesuatu yang hebat tetapi sekadar nak buat apa yang perlu dibuat sekadar mampu yang boleh. Cuba nak perbaiki apa yang perlu diperbaik pulih pun sekadar mampu yang boleh. Aku bukannya pandai sangat atau pakar tetapi tidak salah kalau aku mencuba dan dengan secubit pengalaman serta pengetahuan yang ada, aku ingin mencuba melakukan sesuatu demi kepentingan atau kebaikan bersama. Tak salah kan...

Tapi, hari ni terasa macam sama seperti beberapa ketika yang lepas. Rasa agak malas dan lebih banyak termenung dan merenung. Tapi... ntah lah. Kadang2 rasa kurang pasti dan yakin apa yang sebenarnya sedang berlegar dalam fikiran aku hari ini. Fikiran sedikit merewang dan boleh dikatakan hari ini merupakan hari yang agak gagal atau mengecewakan jika diukur dari segi prestasi kerja. Andai kata ikut KPI, dah gagal lah untuk capai KPI hari ini. Pasai apa hahhh...

Mungkin hari ni baru dapat semula gaji setelah lama menunggu sebab gaji bulan November dapat awal sangat. Mungkin terlalu memikirkan plan bajet 2010 atau perancangan yang masih belum selesai. Atau... terlalu memikirkan tentang sistem persekolahan yang terpaksa dihadapi oleh anak2. Mungkin jugak terlalu memikirkan kenapa Peru ni jauh sangat dari Malaysia. Ntah lah... pasai apa hahhh...

Aku dah baca blog milik sahabat karib aku: Tuan Haji Asri dan Wan Sudirman. Kot2 aku boleh jawapan mengapa hari ni perasaan aku berkecamuk. Tetapi masih gagal mendapat jawapannya. Aku cukup pantang kalau ada tugasan menunggu atau melonggok atas meja. Kalau boleh siap serta-merta aku akan buat. Tapi... hari secara peribadinya aku gagal sebab ada kerja atau tugasan yang biasanya aku boleh siapkan serta-merta tidak dibuat. Bahkan, ada kerja yang setakat hanya nak 'reply' balik pun aku tak leh nak buat. Gagal lah... orang putih kata 'Fail!!!' Ntah lah... pasai apa hahhh...

Baiklah... sebelum lupa. Ada eloknya aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, sanak saudara di seluruh dunia terutamanya yang ada di Malaysia. Kepada sesiapa yang berkemampuan buat ibadah korban tu alhamdulillah... rezeki Allah SWT. Kepada sesiapa yang belum ada rezeki macam aku ni, Insyaallah... niat untuk tahun depan. Terasa rindu yang amat sangat lebih2 lagi dah lebih 5 tahun tak merayakan Raya Haji di Malaysia. Raya Puasa pulak dalam tempoh lebih 5 tahun ni alhamdulillah... sempat 3 tiga beraya di Malaysia walaupun pada kali ketiga baru2 ini setakat 2 hari je. Apa nak buat demi tugas.

Wassalam...

Tuesday, November 17, 2009

Apa2 lah

Sahabat2 ku sekalian...

Dah lama jugak aku tak menulis. 2 minggu yang lepas memang sibuk jugak. Aku memang berhajat nak habiskan buat fail. Bukan apa, bila ada fail memang senang nak rujuk atau follow up kata orang puteh. Orang yang dulu mungkin terlalu sibuk. Sebab tu lah tak sempat nak update fail. Memandangkan kat Lima tak sesibuk Yangon, aku sibuk2 kan lah diri untuk upgrade apa yang patut. Perkara pertama ialah fail. Bila dah habis filing ni, rasa lega betulll... Lepas ni nak buat daftar borang/dokumen kawalan, senarai aset pejabat, update maklumat dan hal2 seumpamanya. banyak jugak. Aku target at least 3-6 bulan. mungkin terlalu lama tapi aku rasa boleh capai target less than 6 month. Bukan lah nak jadi mr. perfect tetapi nak memudahkan diri sendiri jugak. Kalau aku balik nanti, sekurang-kurangnya orang baru akan senang dan mudah kalau nak refer apa2. Tak lah susah macam aku bila mula2 sampai dulu.

Takde apa nak disampaikan cuma nak cerita sikit mengenai mesyuarat yang dihadiri pada Jumaat, 13 November 2009 yang lalu. Aku tak mau lah cerita pasai intipati mesyuarat. Apa yang nak cakap ialah mengenai kebanggaan, ketaatan, rasa sayang dan kemegahan bangsa dan bahasanya.

Semua orang tahu, latin america ni termasuklah Peru memang cakap spanish. Memang ada perbezaan loghat di beberapa bahagian macam kat negara kita juga seperti di Sarawak, Kelantan, Utara dan Sabah. Itu perkara biasa. Apa yang tak biasa bagi aku ialah betapa orang2 negara latin ni begitu sayang, taat, bangga dan megah dengan bahasanya. Masa mesyuarat tu, semua orang cakap spanish dan yang lebih memeritkan ialah briefing atau presentation 100% spanish. Walhal, pegawai yang memberikan penerangan tu bukan sebarang orang sebab kalau kat Malaysia dah macam level Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Timbalan KSU atau KSU dan silap2 boleh dikatakan bertaraf menteri. Dalam ramai2 yang hadir (hampir semua Embassy) aku sorang je yang pakai alat terjemah yang sangkut kat telinga tu. Nasib baik, sekurang- kurangnya boleh jugak aku faham sebab alat tu automatik translate dari spanish ke english. alahhh... macam yang selalu kita tengok orang mesyuarat kat PBB tu.

Apa yang telah aku belajar dari sesi mesyuarat tersebut ialah ketepatan masa dan persediaan rapi. Semuanya lengkap dan tak kelam kabut langsung. Apa yang menyedihkan ialah, bila aku terkenang orang2 kita yang dok bangga sangat dengan bahasa orang puteh. Bukan lah kata tak penting tetapi sepatutnya kita lebih utamakan bahasa Melayu kita dan martabatkan bahasa rasmi kita hingga ke peringkat dunia. Apa yang berlaku sekarang, orang2 kita kalau tak cakap orang puteh orang tu akan jadi second class. Kalau bahasa orang puteh tak bagus, tak boleh diambil kira sebagai pegawai kerajaan yang bagus. Bahasa Melayu dan tulisan jawi bukan sahaja dah jadi bahasa kedua atau pilihan tetapi bangsa kita sendiri sanggup menghina bahasa dan tulisan kita hinggakan orang lain tidak menghormati kita. Sebab tu lah, bila jumpa orang puteh atau bangsa asing kat Malaysia, kita sedaya upaya dan bangga serta bongkaknya cakap english. Konon2nya nak jadi standard dan style. Macam2 lagilah dan tak perlu nak dihuraikan panjang2 sebab semua orang tahu pasal hal tu semua. Ingin ditegaskan sekali lagi, bukanlah bererti english tu tak penting atau tak perlu dipelajari tetapi tak salah rasanya kalau bahasa Melayu di perkasakan. Yang kurang wajar ialah, bahasa bangsa lain yang diagungkan tetapi bahasa serta tulisan kita sendiri disisihkan.

Bukan apa,Peru ni masih jauh ketinggalan kalau nak compare ngan Malaysia dari segi kemajuan atau kecanggihan fizikal. Kalau nak compare ngan London, Paris, Geneva, Rome atau Buenos Aires sekali pun lagilah jauh ketinggalan. Sebab tu lah Peru ni bukan tempat pilihan atau negara posting yang glamour. Tetapi, tak ramai yang tahu bahawa Peru lebih maju dan sistematik dari segi perbankkan, ketinggian budaya dan bangsa serta kebanggaan bahasa. Semua urusan rasmi menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu spanish walaupun ramai bangsa asing di sini tetapi itu lah Peru. Mereka amat bangga dan mengagungkan bahasa rasmi mereka. Tak macam kita.

Urusan bank menggunakan spanish tetapi sistem bank mereka cukup canggih kalau nak compare bank kita seperti Maybank, RHB, CIMB dan Bank Islam. Aku akan cerita lebih mendalam lain kali. Apa yang mengejutkan aku ialah, semasa meeting tu semua orang cakap spanish sama ada dari Poland, Japan, Germany, France, Italy dan kalau negara latin tu dah tentu lah. Tetapi yang paling aku teruja ialah pegawai dari Embassy Amerika Syarikat dan British pun cakap spanish. Jadi... kalau bangsa amerika dan british boleh sama2 cakap spanish kenapa mereka ni takleh cakap Melayu. Kenapa mesyuarat atau perbincangan di Malaysia tak guna bahasa Melayu atau tulisan Jawi. Kenapa hampir 90% urusan di Malaysia gunabahasa english. Kenapa??? Betapa majunya bangsa amerika dan british yang telah merdeka dan menjajah bangsa lain beratus tahun lamanya... tetapi tetap tunduk dengan Peru. Mereka sanggup cakap spanish tanpa dipaksa kerana itu lah budaya disini. Maknanya... kalau bangsa kita sayang dan agungkan bahasa kita, aku rasa dah lama mat saleh ni semua cakap melayu dan silap2 kat UN atau PBB orang pakai bahasa Melayu dan tulisan Jawi untuk mesyuarat. Walaupun Peru hanya cakap spanish tetapi sistem harian mereka boleh dikatakan lebih canggih dan maju dari kita.

Aku pun memang selalu campur2 bahasa melayu dan english bila bercakap atau menulis sebab... aku membesar dengan sistem itu...

Ayuh orang Melayu... banggalah dengan agama Islam kita, bahasa Melayu kita, tulisan Jawi kita dan bangsa Melayu kita. Kalau Peru (kurang maju dibanding Malaysia) boleh tundukkan semua negara kuasa besar dengan bahasa ibundanya, kenapa tidak Malaysia. Kalau kita benar2 dan bersungguh-sungguh, Insyaallah... suatu hari nanti di mesyuarat UN atau PBB, semua orang akan cakap bahasa Melayu dan guna tulisan Jawi.

Wassalam...