Thursday, August 6, 2009

Berfikir, Berusaha akan ada kejayaannya

Sahabat2 ku sekalian...

Dah lama jugak aku tak mengarut. Harap2 sudi lah baca cerita mengarut yang aku tulis ni. Bukan apa... sekadar luahan hati dan untuk mengingatkan diri sendiri.

Semua orang kata, walau apa yang berlaku hidup mesti mesti diteruskan. Itu lah antara kata2 semangat yang kebanyakan orang sematkan dalam hati agar terus tabah dan kuat mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini. Bagi aku, segala apa yang telah berlaku dalam tempoh sesingkat lalu perlu aku telan dan jadikan panduan serta pengajaran. Perlu difikirkan ialah apakah hikmah dan hidayah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Hakikat yang perlu disematkan dalam jiwa juga ialah, adat dunia... orang bawahan mesti patuhi arahan dan orang atasan wajib lah menguasai orang2 yang berada di bawah agar setiap arahan dapat di dengari dan dipatuhi.

Sebagaimana manusia biasa, aku perlu akur akan aturan hidup ini. Namun... sebagai manusia biasa juga, sudah pasti akan ada rasa kecewa, marah, sedih dan terasa tercabar apabila ada pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan dan membimbing kita takut untuk bertanggungjawab di atas apa yang telah mereka lakukan. Sedangkan... aku telah cuba bertolak ansur, patuh arahan, tidak banyak kerenah dan menghormati orang lain tetapi segalanya tidak dihargai. Terasa bagaikan amat terhina maruah diri hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Kemarahan dan kekecewaan tak dapat dibendung tetapi sisa2 kesabaran masih mampu mengawal keadaan.

Aku terima kenyataan yang tersurat begini dan perlu lebih sedar bahawa tidak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan, tak semua yang dirancang akan berjalan lancar dan tak semua pengorbanan akan mendapat penghormatan serta penghargaan. Itulah hebatnya orang atasan. Tak siapa boleh melawan. Semua keinginan mereka perlu ditunaikan walaupun hati tidak mengizinkan. Tak perlu kita melawan. Diam tak bererti kalah di medan pertempuran. Kemenangan tidak semestinya perlu digembar-gemburkan. Biarlah tuhan yakni Allah SWT sahaja yang menentukan. Sebagai orang bawahan, kita hanya perlu berusaha mematuhi segala arahan dengan ikhlas dan tabah mengharungi segalanya serta berdoa disamping berserah kepada Allah SWT...

Setelah menghadapi semua dugaan ini, aku perlu lebih tenang dan matang serta terapkan lebih kesabaran. Mungkin, dugaan ini dapat memangkin kejayaan gemilang pada masa hadapan. Tak perlu salahkan sesiapa dan bising merata- rata serta kutuk- mengutuk sesama kita. Jangan biarkan kemarahan menguasai kita kerana ia merbahaya. Walaupu pahit tapi perlu ditelan. Yang pahit itu ubat segala penyakit dan manisan itu penyeri kepada pesakit. Jangan buangkan kepahitan dan jagailah kemanisan.

Jika yakin pada Allah SWT... kejayaan akan pasti kita gapai sepenuhnya...

Wassalam,