Sunday, December 27, 2009

Lembut, Berbudi Bahasa Tetapi... KEJAM!!!

Sahabat2 ku sekalian...

Aku pernah menghadiri mesyuarat penting yang turut dihadiri hampir kesemua pegawai kedutaan asing di Peru. Tempat duduk aku hanya berselang seorang (kedutaan Poland) sahaja dengan pegawai dari kedutaan Israel. Pegawai berkenaan amat lemah lembut serta penuh sopan sifatnya. Pegawai tersebut juga cukup menghormati semua orang termasuklah aku. Masa bertegur sapa dengan sebagaimana dengan pegawai dari kedutaan yang lain, tiada langsung rasa berlainan walaupun dia berbangsa Israel. Sama sahaja seperti orang dari bangsa-bangsa lain. Walau bagaimanapun, wajahnya ada sedikit berubah dan menunjukkan rasa kurang selesa apabila aku menyataka... "Hola, I'm from Malaysia..."

Mungkin dia sebagai seorang diplomat, cukup mengerti dan mengetahui bagaimana hubungan serta pendirian kita terhadap mereka. Sudah pasti, dia juga memahami betapa kita cukup menentang kekejaman dan apa jua tindakan mereka terhadap dunia Islam terutamanya kekejaman serta kebiadapan mereka ke atas rakyat Palestin. Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, memang aku membenci kekejaman, kebongkakan, kebiadapan dan sifat kurang ajar bangsa Israel/Yahudi lebih2 lagi membaca cerita terbaru tentang apa yang mereka sering lakukan kepada saudara Islam kita di Palestin;

NABLUS: Tentera Israel menembak mati enam warga Palestin dalam dua kejadian berasingan di sini dan Semenanjung Gaza semalam. Ia kekejaman paling buruk dilakukan rejim Zionis sejak beberapa bulan lalu.


Seorang jurucakap tentera rejim berkenaan berkata, askarnya menembak mati tiga lelaki Palestin yang didakwa cuba memasuki wilayah Israel dari Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas. Sementara itu, pegawai perubatan dan keselamatan Palestin berkata, tiga lagi warga Palestin ditembak mati dalam serangan di Nablus, Tebing Barat.





Keganasan itu berlaku sehari sebelum ulang tahun Perang Gaza yang dilancarkan rejim berkenaan dan menyebabkan 1,400 penduduk Palestin terbunuh. Kejadian semalam sekali gus meningkatkan ketegangan ketika rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat terus buntu. Di Nablus, sumber perubatan dan saksi berkata, tentera Israel mengepung kediaman tiga pejuang Briged Syuhada al-Aqsa, kumpulan militan dari pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas sebelum membunuh mereka



Tentera Israel tidak mengulas mengenai kejadian itu yang berlaku dua hari selepas kumpulan terbabit dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan seorang penceroboh Israel di jalan raya di Tebing Barat. Sumber Fatah mengesahkan, tiga-tiga lelaki itu adalah anggotanya. Bagaimanapun, senjata mereka sudah dilucutkan sebelum ini menerusi langkah keselamatan yang diambil oleh polis Palestin. Mereka, Hassan Abu Sheikh, 39, dan Rayed Zorhi yang tidak diketahui usianya tidak termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki oleh tentera Israel.


“Mereka hanya aktivis kumpulan Fatah,” kata seorang jurucakap.





Seorang wanita turut cedera dalam kejadian itu. Nablus menjadi kubu kuat gerakan militan Palestin pada intifada 2000 tetapi semakin sepi sejak dua tahun lalu apabila pasukan keselamatan Palestin ditempatkan di daerah berkenaan. Mahmoud menuntut pembinaan penempatan Yahudi dihentikan sebelum bersetuju menyambung semula rundingan damai. Beliau juga menolak langkah rejim Zionis menghentikan buat sementara pembinaan penempatan itu yang diumumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bulan lalu.


Kira Lega Jugak lah...









Sahabat2 ku sekalian...

Disebabkan terlalu sibuk dan banyak perkara2 tak terduga serta kejutan berlaku, kiranya dah lama tak menulis ni. Aku pun tak apa benda nak ditulis kali ini. Apa yang melegakan, kira lega lah sebab dah boleh main golf balik. Masa ni lah baru teringat betapa 'best' duduk kat Myanmar sebab pantang ada cuti je, mesti pegi main golf. Karang ni dok tunggu boss ajak lah. Kalau boss tak ajak, termenunglah kat rumah. Kalau boss ajak pun, nak kena ambik kira jugak bajet bulanan.

Tetapi... apa yang lebih penting ialah aku lebih banyak masa bersama-sama isteri dan anak2 berbanding di Myanmar dulu. Banyak masa terluang. Mungkin sudah sampai masanya... segala kenangan indah, pahit dan manis sepanjang berkhidmat di Myanmar perlu disimpan rapi dalam ingatan serta memori hidup. Memang sukar apatah lagi aku duduk di Yangon lebih 5 tahun. Tetapi... bak kata orang, yang lepas biarlah berlalu. Apa yang nak kita hadapi atau bakal harungi ini lebih penting untuk difikirkan. Sekarang, aku kena fikir dan rancang apa yang akan dilakukan untuk tempoh 3-5 tahun di Lima, Peru. Untuk tempoh 17 - 21 tahun akan datang, apa yang perlu aku sediakan. Mulai saat ini, tak boleh lah nak berlengah lagi. Masa depan diri, anak2 dan keluarga perlu dirancang dengan teliti dan sebaik mungkin. Masa depan anak lebih penting bagi aku. Untuk aku, mungkin sudah berlalu dan kini aku sekadar ingin mendapatkan apa yang tidak berpeluang aku lakukan sebelum ini. Sekadar ingin menunaikan hajat kata orang. Sekarang, aku kena lebih penting anak-anak daripada kepetingan diri. Biar pun masih jauh untuk mereka menjadi dewasa, aku mesti menyediakan segala-galanya supaya ketiga-tiga mereka menjadi dewasa yang sempurna.





Masa depan ketiga-tiga mereka ini perlu aku rancang ukirannya seindah mungkin. Sekarang... mereka berusia 5, 3 dan 1 tahun lebih. Lagi 17-21 tahun akan datang, mereka akan berusia lebih kurang 21-22 tahun. Semua ibu bapa mengimpikan sesuatu yang baik dan sempurna untuk anak2 mereka. Begitu juga aku. Disebabkan itu, adakalanya aku terlalu tegas dan agresif dalam mengasuh mereka. Mungkin, itu lah cara terbaik bagi aku dan setiap orang ada cara tersendiri. Aku telah melalui kesukara dan kepayahan sebelum mencapai kejayaan. Kejayaan yang aku capai mungkin tidak sehebat rakan2 yang lain tetapi aku tetap bersyukur kerana kau mampu mengecapi nikmat hidup juga seperti orang lain.

Kerana itu, aku guna cara tersendiri untuk membentuk dan mendidik anak2. Insyaallah... jika memang sudah rezeki dan sekiranya diberkati Allah SWT... semuanya akan berjalan lancar. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Wassalam,

Wednesday, December 9, 2009

Lega...

Sahabat2 ku sekalian...

Lama jugak tak menulis. Sibuk jugak bila tiba hujung tahun ni. Tambahan pulak bila timbul isu bajet kurang, kena belanja lebih berhemat, potong bajet sana 'cut' bajet sini dan macam lah. Memang kelam kabut sebab bila berlaku masalah macam ni, mula lah semua pihak menggelabah. Macam2 lah yang diminta dan ditanya. Bak kata boss aku;

"bila duit kurang mula lah dia orang ni kelam kabut tanya itu ini. Nak macam2 sampai tak masuk akal. kalau duit cukup & lebih2 takde pulak kecoh2 macam ni. Malah, belanja yang bukan2 pulak..."

Pendapat yang aku amat setuju sebagai orang yang terlibat dalam hal ehwal duit2 ni. Tahun depan sudah pasti peruntukan yang bakal diterima memang sedikit. Segala-galanya akan menjadi susah dan payah, rumit dan perit. Silap sikit, orang atasan akan menjerit.

Nak buat macam mana. Tunggu dan lihat lah apa yang akan berlaku "next year". Sebagai orang yang dah biasa dengan keadaan ini, aku tetap tenang walaupun dalam hati ada kegusaran. Ini lah, hikmah dan pengalaman bila berkhidmat sebagai "diplomat". Lebih2 lagi bila duduk kat luar negeri. Kesabaran dan ketenangan serta kecerdikan mengendalikan suasana memang amat diperlukan. Lebih2 lagi bila melibatkan karenah manusia yang adakalanya lebih teruk daripada "binatang" (maaf... terlepas pulak). Sesiapa yang tidak pernah terlibat atau melibatkan diri dalam dunia diplomat ini tidak akan tahu dan faham dengan kerjaya ini. Sukar untuk diterjemahkan dan ditafsirkan kepada sesiapa yang berada di luar dunia ini.

Jika aku bekerja di kementerian atau jabatan kerajaan yang lain, sudah pasti aku tidak akan merasai pengalaman dan tidak akan memiliki pengetahuan yang pelbagai ini. Jadi pegawai pendaftar lah, akauntan lah, pentadbir lah, hal ehwal rakyat lah dan sebagainya. Susah lah nak dikatakan. Namun aku suka kerjaya ini yang tidak pernah termimpi pun bahawa aku akan bekerja seperti ini.

Lega jugak... setelah beberapa kerja penting selesai dan selamat dihantar terutamanya bajet 2010. Yang lain2 tu atas bantuan dan kerjasama Kak Mizah (PA Ambassador), pun telah selesai serta selamat dihantar. Tapi masih jugak ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan tapi takpe lah sebab kerja tu aku sendiri yang carik dan cuba nak buat.

Walau apa pun, bekerja lah untuk agama, keluarga, bangsa dan negara.

Wassalam,