Sunday, December 27, 2009

Kira Lega Jugak lah...









Sahabat2 ku sekalian...

Disebabkan terlalu sibuk dan banyak perkara2 tak terduga serta kejutan berlaku, kiranya dah lama tak menulis ni. Aku pun tak apa benda nak ditulis kali ini. Apa yang melegakan, kira lega lah sebab dah boleh main golf balik. Masa ni lah baru teringat betapa 'best' duduk kat Myanmar sebab pantang ada cuti je, mesti pegi main golf. Karang ni dok tunggu boss ajak lah. Kalau boss tak ajak, termenunglah kat rumah. Kalau boss ajak pun, nak kena ambik kira jugak bajet bulanan.

Tetapi... apa yang lebih penting ialah aku lebih banyak masa bersama-sama isteri dan anak2 berbanding di Myanmar dulu. Banyak masa terluang. Mungkin sudah sampai masanya... segala kenangan indah, pahit dan manis sepanjang berkhidmat di Myanmar perlu disimpan rapi dalam ingatan serta memori hidup. Memang sukar apatah lagi aku duduk di Yangon lebih 5 tahun. Tetapi... bak kata orang, yang lepas biarlah berlalu. Apa yang nak kita hadapi atau bakal harungi ini lebih penting untuk difikirkan. Sekarang, aku kena fikir dan rancang apa yang akan dilakukan untuk tempoh 3-5 tahun di Lima, Peru. Untuk tempoh 17 - 21 tahun akan datang, apa yang perlu aku sediakan. Mulai saat ini, tak boleh lah nak berlengah lagi. Masa depan diri, anak2 dan keluarga perlu dirancang dengan teliti dan sebaik mungkin. Masa depan anak lebih penting bagi aku. Untuk aku, mungkin sudah berlalu dan kini aku sekadar ingin mendapatkan apa yang tidak berpeluang aku lakukan sebelum ini. Sekadar ingin menunaikan hajat kata orang. Sekarang, aku kena lebih penting anak-anak daripada kepetingan diri. Biar pun masih jauh untuk mereka menjadi dewasa, aku mesti menyediakan segala-galanya supaya ketiga-tiga mereka menjadi dewasa yang sempurna.





Masa depan ketiga-tiga mereka ini perlu aku rancang ukirannya seindah mungkin. Sekarang... mereka berusia 5, 3 dan 1 tahun lebih. Lagi 17-21 tahun akan datang, mereka akan berusia lebih kurang 21-22 tahun. Semua ibu bapa mengimpikan sesuatu yang baik dan sempurna untuk anak2 mereka. Begitu juga aku. Disebabkan itu, adakalanya aku terlalu tegas dan agresif dalam mengasuh mereka. Mungkin, itu lah cara terbaik bagi aku dan setiap orang ada cara tersendiri. Aku telah melalui kesukara dan kepayahan sebelum mencapai kejayaan. Kejayaan yang aku capai mungkin tidak sehebat rakan2 yang lain tetapi aku tetap bersyukur kerana kau mampu mengecapi nikmat hidup juga seperti orang lain.

Kerana itu, aku guna cara tersendiri untuk membentuk dan mendidik anak2. Insyaallah... jika memang sudah rezeki dan sekiranya diberkati Allah SWT... semuanya akan berjalan lancar. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan anak-anak kita.

Wassalam,

No comments:

Post a Comment