Sunday, April 25, 2010

Orang Kata... Kata-kata Orang...

Sahabat2ku sekalian...

Macam2 boleh berlaku. Macam2 orang cakap. Macam2 kata orang. Ehhh... apa aku nak cakap ni.

Macam ni lah... ramai orang kata, nak berjaya kena campur orang yang selalu berjaya. Itu lah yang selalu orang cakap. Bagi aku memang ada kebenarannya. Apa-apa pun orang, akan ada kebenarannya. Apa-apa pun tidak ada yang mustahil jika Allah SWT mengizinkannya.

Ada jugak kata orang, buat apa dengar orang cakap. Kita yang berhak untuk tentukan apa yang kitak nak buat. Hanya kita jugak yang boleh buat keputusan untuk diri kita. Jadi... kita nak dengar kata orang atau nak dengar apa orang cakap. Ehhh... apa pulak yang aku merapu ni. Aku pulak yang makin confuse. Aku nak cakap pasal apa ni... Adussssss!!!

Fikir2 kan lah... Tolong fikirkan untuk aku...

Saturday, April 24, 2010

Kuasa Allah SWT...

Sahabat2 ku sekalian...

Cuma nak cerita & kongsi pengalaman yang mungkin berguna bagi orang lain. Cerita ni jugak cukup jelas membuktikan bahawa Allah SWT memang Maha Penyayang... Maha Pengampun... Maha Pengasih... Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Setelah hampir 6 bulan duduk di Peru, dah mula rasa bosan dan tak tau nak makan apa. Orang rumah aku pun dah tak tau nak masak apa. Kalau nak rasa-rasa makan di luar pun hanya berani makan 'seafood' atau ikan atau sayur je. Baik nasik goreng, masakan china, KFC dan Pizza Hut... menu tetap sama, ikan atau seafood atau sayur. Lebih elok makan kat rumah je sebab menu tu jugak lah yang ada pun. Tapi kat rumah boleh makan ayam. Nasib baik ayam boleh order ngan orang masjid. Besar sungguh jasa orang masjid yang boleh membekalkan ayam halal. Kambing dan lembu pun ada tapi susah sebab mesti order seekor. Macam mana nak makan seekor kambing atau lembu. Nak tak nak... menu tu jugak lah yang diratah setiap hari tanpa gagal.

Setakat ni... jumpa satu kedai yang dipercayai kepunyaan seorang warga Lebanon yang menetap di Peru. Memang sah sebab aku selalu jumpa tuan kedai tu di masjid tiap2 kali sembahyang Jumaat. Memang sah lah dia tu muslim. Mengambilkira kira saudara tu memang sering ke Masjid, maka aku ada keyakinan lah untuk makan di kedai nya.

Kali pertama makan di kedai tu bersama-sama isteri dan anak-anak. Masih was-was dan hanya berani makan nasi goreng seafood dan pizza sayur. Boleh tahan jugak enaknya. Mungkin dengan ada rasa yakin yang ada, selera tu lebih sedikit. Tetapi... malangnya, bila nak order pizza tiba-tiba ternampak menu "jamon pizza" yang bermaksud "pizza ham atau pizza babi" ahhh sudahhh... macam mana tu... Tapi dah alang-alang duduk kat situ, ambik je lah pizza sayur dan nasi goreng. Selamat perut...

Kali kedua, aku pergi bersama-sama tetamu atau delegasi dari LA. Sempat jugak berbalas salam dengan tuan kedai dan borak-borak walaupun aku tak paham pun apa dia cakap. Yang aku tau, "hola, comosta, bien, muy bien, gracias..." pas tu duduk sambil tengok-tengok menu. Bila fikirkan tuan kedai orang seagama, nak jugak cuba 'beef steak' tapi bila teringat pizza babi tu jadi kurang yakin pulak. Mula lah buat andaian. Daging atau ayam memang mudah nak beli kat supermarket atau pasar basah. Kambing memang aku tak pernah jumpa lagi kat supermarket atau pasar basah. Setakat ni, aku pernah beli kambing dari orang masjid kongsi ngan boss. Ayam memang aku beli dari orang majid je. Sekali order 5 - 7 ekor boleh lah tahan sebulan lebih. Jadi... aku pun dengan penuh yakin order lah kebab kambing yang rupanya macam mutton ball dan dicucuk macam satay. Kentang lenyek pulak memang sedap. Huhhhh... memang selera betul aku malam tu...

Hari minggu tu pulak, nak bawak lah isteri dan anak-anak makan kat restoran tu. Bukan main gembira lagi orang rumah aku bila dapat tau ada peluang nak makan beef steak. Aku pun memang target nak makan beef steak jugak lah. Tapi... entah apa masalahnya hari tu parking sentiasa penuh dan takde kosong langsung. Lebih 4 kali pusing pun masih tak dapat jugak parking. Pastu... tukar plan. Pergi pulak ke Japanese Restaurant dekat rumah tetapi takde rezeki sebab kedai tu pun tutup. Pusing-pusing pulak kat area office pun tak jumpa kedai makan yang bukak. Dah berkira-kira nak pegi pizza tapi masih juga nak makan beef steak. Patah balik ke kedai pak arab tu kot2 ada parking kali ni. Jam pun dah hampir 6.00 pm. Harapan cukup tinggi agar dapat parking. Malangnya... tetap takde parking. Bayangkan... dah 5 kali pergi kedai pak arab tu tapi masih gagal dapat parking. Perut makin lapar... kepala makan pening... badan makin lemah... hati mula lah nak marah2... Akhirnya, dengan rasa cukup kecewa aku sekeluarga pulanglah ke rumah...

2 hari selepas tu, aku sempat order kebab kambing kat kedai pak arab tu bungkus & makan kat office. Huhhhhhh... sedap & enak serta cukup berselara lunch hari tu. Apalagi... dapat makan kambing, mesti selera punya... Tiba-tiba, petang tu terfikir pulak nak call orang masjid nak tanya dan nak dapatkan kepastian sama ada kedai pak arab tu jual daging lembu, kambing & ayam halal ke tak. Saja nak pastikan sama ada pak arab tu order benda2 tu semua dari orang masjid ke tak. Tiba-tiba je terfikir. Tak tau sebab apa.

Keesokannya... orang masjid hantar ayam ke office. Aku terus tanya dia pasai kedai tu. Masyaallah... jawapan yang diterima adalah amat mengejutkan dan hampir lemah semangat aku dibuatnya. Terasa seperti nak pengsan pun ada bila sahabat tu memaklumkan bahawa... dia yakin yang kedai pak arab tu tak jual beef steak, lamb chop atau chicken chop atau makanan-makan dengan sumber yang halal. Memang tuan kedai tu tak pernah order dari orang masjid walaupun tuan kedai tu memang Muslim. Apa yang lebih melemahkan ialah... bila sahabat ni kata kat Peru ni memang takde lagi kedai yang jual makanan (daging, kambing, ayam dan seumpanya) yang halal. Takde lagi sekalipun tuan kedai tu orang Islam. Aduhhhhhh... pening kepala aku dan sehari dua ni memang rasa nak demam. Jelas... aku dah makan kambing tak halal. Entah2 sebelum ini pun dah termakan banyak tanpa disedari... Masyaallah.... Subhanallah...

Sekarang baru aku terfikir bahawa mungkin... Allah SWT nak menyelamatkan isteri dan anak2 aku daripada makan makanan yang tidak halal atau tidak disembelih secara Islam. Allahuakbarrr... Isteri dan anak2 telah diselamatkan oleh Allah SWT... masih teringat lagi kata-kata sahabat yang membekalkan ayam halal itu berkata: '... Perhaps, Allah SWT giving chance to you to eat kebab mutton...'

Itu lah Kekuasaan Allah SWT dan Keesaan Allah SWT yang tiada tandingan. Kita hamba yang lemah tidak akan mengetahui apa-apa tanpa Kehendak-Nya. Bukti yang cukup jelas membuktikan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan hanya Allah SWT saja yang mengetahui segala-galanya. Setiap saat hidup dan hayat kita ditabdir oleh Allah SWT.

Lahir rasa syukur tidak terhingga kerana isteri dan anak2 tidak makan makanan yang tidak halal. Lahir rasa keinsafan dan rasa bersalah kerana telah termakan makanan yang tidak halal. Aku mengharap keampunan dari Allah SWT. Semoga aku diampunkan... Ampunkan lah aku ya Allah SWT...

Cukup jelas dan terbukti, besar nya Kekuasaan Allah SWT...

Wassalam,

Thursday, April 22, 2010

Waduhhhh... Lega... Akhirnya Dapat Menulis Semula...

Sahabat2ku sekalian...

Memang lama dah tak menulis... rasa2nya dah hampir 3 bulan. Memang agak sibuk sejak 2-3 bulan yang lepas. Biasa lah awal tahun. Banyak pulak isu mengenai bajet dan hal ehwal pentadbiran serta pengurusan yang nak dibereskan. Apatah lagi bila timbul masalah tak cukup bajet ni... macam2 hal boleh jadi. Mana yang tak pernah jadi masalah akan timbul masalah. Mana2 yang dah memang bermasalah... maka bertambah berat lah masalah. Alahai... ini lah nasib. Kita ni kerja ikut arahan je. Berkhidmat untuk negara. Saya yang menurut perintah.

Tak ada apa yang nak diceritakan. Sekadar menulis apa yang terfikir je. Dah lama sangat tak menulis. Mungkin ilham tu lambat sampai. Insyaallah... lepas ni akan aktif semula.

Cuma mungkin nak mengupas secara ringkas mengenai perbincangan dengan seorang sahabat yang telah lama tak berjumpa. Rasa2nya mahu dekat 10 tahun kot. Kata-katanya cukup ringkas dan jelas.

"Kalau ikut cakap orang yang berjaya, kita juga akan berjaya. Kalau ikut kata orang yang gagal, kita juga akan gagal."

Bagi saya... ianya bermaksud, jika kita ingin berjaya sudah tentulah kita mesti mengambil ikhtibar atau pengajaran dari orang2 yang berjaya. Andaikata kita sering mendengar kata2 orang yang gagal, maka kita juga akan sering gagal. Dengan kata lain, betul lah kata pepatah melayu yang berbunyi... "kalau hendak seribu daya..."

Jika masa masih bergelar pelajar dulu, saya juga seperti kebanyakan orang lain. Lepas belajar nak selamat kerja kerajaan. Confirm senang. Tak perlu fikir pasal ekonomi meleset, tak yah fikir takut buang kerja andaikata kerjaan takde duit nak bayar gaji dan sebagainya. Boleh kata, jika kerja kerajaan selamatlah masa depan. Yaaaaa... ianya mungkin benar dan sahih 100% sebab dah hampir 8 tahun berkhidmat dengan kerajaan lebih2 lagi dengan menjalankan sebagai diplomat, aku akui kebenaran itu. Tidak dinafikan bahawa, kita amat beruntung kerana dapat bekerja dalam sektor kerajaan. Confirm selamat dan tak yah pening2 nak fikir adakah kedudukan kita akan terus selamat atau tidak. Kerana... dah confirm selamat jika dibandingkan dengan orang2 lain yang kerja dengan swasta. Alhamdulillah...

Tetapi... dalam tempoh hampir 8 tahun ini juga, aku banyak belajar pelbagai perkara dan masih cuba meneguk bermacam pengalaman yang berguna untuk masa depan. Sebelum ini, acap kali aku mendengar pelbagai orang yang bercakap mengenai kejayaan dalam hidup. Daripada cerita2 yang dibaca dan diperolehi aku mula menyedari bahawa, disamping menjalankan amanah sebagai kakitangan kerajaan aku juga boleh berjaya jika dapat membuat sesuatu untuk menambah pendapatan. Tidak rugi dan tak salah jika kita mencuba sesuatu yang baik demi kebaikan diri kita, keluarga kita, sanak saudara kita dan masyarakat di sekeliling kita jika perkara itu mendatang kejayaan. Lebih2 lagi jika sesuatu perkara itu boleh membuat kita hidup senang. Kalau boleh jadi kaya dan senang lagi bagus. Malahan... agama Islam yang kita cintai juga menggalakkan umatnya untuk mencari kesenangan. Oleh itu... tidak salah kalau kita mencuba.

Bila mendengar kata2 dari seorang teman yang cukup dikenali sebelum ini, timbul pulak keyakinan bahawa sebenarnya kita boleh berjaya. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh. Jika orang lain boleh hidup mewah dan mendapat untung berlipat ganda, kita juga boleh menjadi begitu. Kenapa tidak. Yang penting setiap sesuatu kita lakukan tidak menyimpang dari jalan Allah SWT...

Semua orang mengakui perkara ini. Malahan orang lain lebih mengerti dan memahami. Jadi... sama-samalah kita berdoa untuk terus dimurahkan rezeki, dirahmati, diberkati, dibersihkan hati dan jiwa serta dikurniaan kesenangan yang dilimpahi jua dengan keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah...

Wassalam...