Tuesday, June 30, 2009

Manusia dan KuasaNya

Kawan2 & sahabat2 sekalian, aku nak mengarut lagi niii...

Dah lama tak mengarut. Kali ni nak cakap pasal manusia dan kuasaNya.

Semua orang tau. Orang bodoh dan pekak badak pun tau pasal ni. bak kata pujangga... Dah jadi resam manusia dunia. Manusia yang ada kuasa atau diberikan kuasa atau berjaya mendapat kuasa akan menguasai manusia yang lain. Manusia yang takde kuasa atau kurang berkuasa atau gagal mendapat kuasa akan menjadi hamba kepada manusia yang berkuasa.

Kerna itu lah, orang yang memegang kuasa akan cuba menguasai segala- galanya atau suka mengakui dirinya hebat belaka. Manusia seperti ini sememangnya layak digelar Gila Kuasa. Manusia sebegini akan cepat gusar, gelisah, gelabah, tak tentu arah & sanggup bunuh diri jika secara tiba- tiba hilang kuasa. Bagi golongan ini, jika takde kuasa tidak bermakna hidup mereka & kebanyakannya jadi gila. Tetapi... jika manusia seperti ini ada kuasa atau diberikan sedikit kuasa untuk berkuasa, mereka akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memerintah sesuka hati, mengarah ikut kepala hotak, dia sahaja yang betul & orang lain semuanya salah. Malah... mereka anggap diri mereka sahaja lah yang paling betul dalam dunia ini & kadang2 mereka rasa lebih pandai daripada tuhan. Manusia binatang seperti juga akan melakukan apa saja yang dirasakan betul tanpa berbincang & bertanya atau mendapatkan nasihat orang lain. Tetapi, apabila berlaku masalah orang lain pulak disalahkan atau dalam bahasa kasarnya... kalau madu manis uhhhhhh dia punya tapi!!! kalau bab2 taik busuk orang lain punya. Walhal, semua masalah tu orang seperti ini lah yang menjadi penyebabnya. Orang lain pulak yang terpaksa menanggung atau mencuci taik2 yang ada.

Orang yang takde kuasa atau mengharap kuasa orang lain akan sentiasa menjadi mangsa. Bukan takut atau kecut tetapi biasanya orang seperti ini lebih berfikiran positif. Tak perlu banyak bicara tetapi otak berputar geliga. Dalam senyap, golongan ini bisa menggegarkan dunia. Dalam diam, manusia seperti ini mampu menggoncangkan suasana yang tenang. Dalam ketenangan, mereka2 ini boleh mengucar- kacirkan semua orang. Tetapi... ini lah adat dunia yang tak mampu kita nafikan. Manusia yang takde kuasa akan sentiasa menjadi mangsa manusia2 dajal yang ada sedikit kuasa tetapi bongkaknya tidak terhingga.

Kalau difikirkan... apa lah kuasa yang ada pada manusia. Kuasa manusia tak kan ke mana2. Takde siapa yang akan dapat melawan kuasa Allah SWT Yang Maha Esa.

Oleh itu, janganlah kita lupa. Kuasa yang dibekalkan kepada kita adalah amanah yang patut digunakan dengan sebaik- baiknya. Jangan sekali- kali menggunakan kuasa yang ada untuk menyakitkan hati orang lain. Gunakanlah kuasa yang ada walau sedikit untuk menggembirakan manusia2 yang ada di muka bumi ini.

Wassalam,

Thursday, June 11, 2009

Latino

Aku masih ingat lagi cerita 'lausur padora' (ntah betul ke tak ejaan) yang cukup popular suatu ketika dulu. Kalau tak silap maksudnya 'Penyamaran'... Cerita mengenai pasangan kembar yang cantik dan menawan. Seorang baik dan seorang lagi jahat. Walaupun tak faham apa yang pelakon tu cakap, tapi drama tu cukup diminati kerana kisah konflik dan jalan cerita yang menarik ditambah pula hero dan heroin yang cukup menggoda. Drama tu dah berlalu hampir 10 tahun...

Cerita yang nak aku cakap ni drama baru dan terkini. Kalau dulu aku tengok dalam TV je. Tapi, tak lama lagi aku kan tengok dengan mata aku sendiri. Walaupun negaranya lain tetapi bangsanya hampir sama. Selepas ini, aku akan merasai bagaimana hidup dalam suasana yang ditonjolkan dalam drama tersebut. Tak tau lagi sama ada seronok atau tidak.

Sebab itu lah, bila aku menerima surat arahan untuk pergi ke sana aku terima dengan senyuman dan hati yang terbuka. Walaupun ada sedikit keraguan dan keresahan apabila mengenangkan tempoh perjalanan yang bakal dilalui... lebih kurang 31 jam. Tetapi... bila fikir2 balik, mungkin ada hikmahnya sebab tak semua orang boleh sampai ke tempat tu kalau setakat nak pergi sendiri. Aku sendiri pun tak nak kalau setakat nak melancong ke sana. Dah lah jauh gileeee tambang pulak mahal nak mampus... lebih kurang USD3,500.00 seorang. 'Lausur Padora' .....

Surat arahan aku terima dengan rela hati kerana ini lah kerja aku. Kadang- kadang kena pergi jauh. Ada masanya kena tempat yang dekat. Ada kalanya kena tempat 'hardship'. Ada ketikanya kena tempat yang best gileeee. Bagi aku kerja tetap kerja. Tak kira lah dekat mana sekali pun. Yang penting, apabila sampai masa perlu balik kena lah balik. Apabila sampai masanya untuk pergi, kena lah pergi. Tempat cantik belum tentu seronok. Tempat buruk tak semestinya teruk. Kalau setakat nak melancong atau akan angin, memanglah kena cari tempat yang betul2 cantik dan menarik. Tapi... kalau dah kerja aku macam ni, mana2 pun sama je. Apa yang penting, kita masih boleh bekerja dan carik rezeki untuk keluarga dah cukup bagus lah tu. Setiap tempat mesti ada pro dan kontra. Terima lah apa saja seadanya...

Kalau dulu aku asyik tengok je kawan2 pergi seorang demi seorang. Dulu bukan main meriah lagi tetapi karang ni senyap je macam langit takde bintang dan bulan. Sekarang ni, dah tiba pulak masanya aku pergi. Ingatkan kena kat mana, rupa- rupanya nun jauh di sana. 'Lausur Padora'... Nak buat macam mana... dah kerja kita...

Bulan September 2009, aku akan berlepas ke Lima, Peru. Ramai orang tak berapa kenal tempat tu. Macam Yangon jugaklah dulu. Takde orang nak duduk kat Yangon kalau tak tau. Hanya mereka2 yang pernah hidup kat Yangon ni saja yang tahu apa yang orang lain tak tau. Macam tu lah kot tempat yang bernama Lima, Peru. Kalau tengok dalam internet, nampak macam best je tempat tu. Member2 yang kat sana tak nak balik pulak kalau boleh. Dia orang suka betul tempat tu. Aku fikir2 macam ada sesuatu sebab bila tengok gambar memang syoklah tempat tu... tapi yang realitinya aku tak tau. Tengok lah macam mana. Apa yang lebih penting, rezeki tu ada kat mana2...

Wassalam,

Monday, June 8, 2009

Kerja Makan Gaji

Macam aku kata selalu, ini lah lumrah kerja makan gaji. Segala arahan mesti dipatuhi dan telah menjadi janji setiap orang yang kerja makan gaji.

Ini masanya untuk aku pulak yang pergi untuk meninggalkan Yangon yang penuh keunikan ini. Aku mula terasa bahangnya dalam tempoh 2 bulan ini sebelum berlepas pergi. Mungkin ini lah perasaan kawan2 aku sebelum ini. Baru aku dapat merasai betapa sukarnya untuk meninggalkan Yangon. Terlalu banyak cerita dan pengalaman selama 5 tahun mengembara di Myanmar. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka, sedih dan gembira yang tidak akan dilupai sampai bila2 pun. Amat sukar untuk dijelaskan dan hanya orang2 yang pernah hidup di sini sahaja yang mengetahui.

Wassalam,

Tuesday, June 2, 2009

Komunis Alaf Baru

Sejak 2 -3 minggu ni semua orang sibuk dan bising cakap pasal komunis. Semua surat khabar atau TV serta radio pun cakap pasal komunis. Komunis! Komunis! Komunis!

Sejarah telah membuktikan betapa kejamnya komunis. Jika kita baca balik sejarah, sukar untuk digambarkan betapa kejam dan ganasnya komunis pada masa itu. Apa yang menarik perhatian ialah, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan telah menceritakan bagaimana ayah dan ahli keluarganya serta orang kampungnya yang telah dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kepala di penggal, perut terburai, badan dipotong dan dicincang serta bermacam- macam lagi cara penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis. Bila orang sudah mula bercakap mengenai komunis, pensyarah berkenaan amat sedih, geram, timbul rasa dendam dan sebagainya apabila mengimbau kembali sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Oleh itu, pensyarah tersebut menentang sekeras- kerasnya terhadap pihak yang cuba menghidupkan kembali komunis dan membenci mana- mana pihak yang cuba untuk membawa balik Chin Peng, Ketua Komunis ke Malaysia.

Di dalam akhbar juga telah dipaparkan beberapa bekas askar yang layak digelar pejuang bangsa dan tanah air yang kebanyakan hilang anggota badan serta rakan seperjuangan dan saudara semasa menentang komunis. Sudah tentu, naluri dan jiwa mereka cepat tersentuh serta tersinggung apabila mendengar ada pihak yang masih menyatakan sokongan terhadap komunis. Hanya mereka ini saja yang tahu betapa seksa dan beratnya beban yang ditanggung semasa menentang komunis. Mereka sanggup kehilangan segala- galanya demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Banyak lagi kisah perjuangan orang terdahulu yang tak mampu diceritakan di sini.

Tetapi... mengapa masih ada pihak yang cuba untuk mengagung- agungkan komunis. Apakah jasa komunis sehingga pihak- pihak berkenaan masih menyanggung Chin Peng yang kejam itu. Lupakah mereka dengan apa yang telah berlaku dan segala yang tersurat dalam lipatan sejarah negara. Aku malas hendak mengulas lebih mendalam tentang perkara ini kerana sudah pasti akan menyentuh sensitiviti kaum- kaum yang ada di Malaysia ini. Apa yang lebih menyedihkan, orang melayu sendiri turut menyokong komunis. Mereka- mereka ini terlupa akan jasa perjuangan orang- orang terdahulu. Mereka juga bersikap, berperangai, berkelakuan macam komunis. Golongan ini boleh diiktiraf sebagai kumpulan yang lupa diri, bongkak, sombong, tak sedar diuntung, tak kenang budi dan tidak menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama 52 tahun ini. Mengapa masih wujud golongan ini dan kenapa mereka harus wujud atau dihidupkan...

Komunis telah lama terhapus dari bumi Malaysia. Namun, ancamannya masih terasa di mana- mana. Atau pun lebih mudah kita katakan bahawa... sesiapa saja yang ada rasa kagumnya terhadap komunis layak digelar "Komunis Alaf Baru". Kerana... jenayah, kekejaman, kerakusan, keangkuhan dan kebiadapan manusia pada masa ini sama sahaja macam komunis malahan adakalanya lebih teruk daripada komunis!!! Komunis alaf baru!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam,