Tuesday, June 2, 2009

Komunis Alaf Baru

Sejak 2 -3 minggu ni semua orang sibuk dan bising cakap pasal komunis. Semua surat khabar atau TV serta radio pun cakap pasal komunis. Komunis! Komunis! Komunis!

Sejarah telah membuktikan betapa kejamnya komunis. Jika kita baca balik sejarah, sukar untuk digambarkan betapa kejam dan ganasnya komunis pada masa itu. Apa yang menarik perhatian ialah, seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan telah menceritakan bagaimana ayah dan ahli keluarganya serta orang kampungnya yang telah dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kepala di penggal, perut terburai, badan dipotong dan dicincang serta bermacam- macam lagi cara penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis. Bila orang sudah mula bercakap mengenai komunis, pensyarah berkenaan amat sedih, geram, timbul rasa dendam dan sebagainya apabila mengimbau kembali sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Oleh itu, pensyarah tersebut menentang sekeras- kerasnya terhadap pihak yang cuba menghidupkan kembali komunis dan membenci mana- mana pihak yang cuba untuk membawa balik Chin Peng, Ketua Komunis ke Malaysia.

Di dalam akhbar juga telah dipaparkan beberapa bekas askar yang layak digelar pejuang bangsa dan tanah air yang kebanyakan hilang anggota badan serta rakan seperjuangan dan saudara semasa menentang komunis. Sudah tentu, naluri dan jiwa mereka cepat tersentuh serta tersinggung apabila mendengar ada pihak yang masih menyatakan sokongan terhadap komunis. Hanya mereka ini saja yang tahu betapa seksa dan beratnya beban yang ditanggung semasa menentang komunis. Mereka sanggup kehilangan segala- galanya demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Banyak lagi kisah perjuangan orang terdahulu yang tak mampu diceritakan di sini.

Tetapi... mengapa masih ada pihak yang cuba untuk mengagung- agungkan komunis. Apakah jasa komunis sehingga pihak- pihak berkenaan masih menyanggung Chin Peng yang kejam itu. Lupakah mereka dengan apa yang telah berlaku dan segala yang tersurat dalam lipatan sejarah negara. Aku malas hendak mengulas lebih mendalam tentang perkara ini kerana sudah pasti akan menyentuh sensitiviti kaum- kaum yang ada di Malaysia ini. Apa yang lebih menyedihkan, orang melayu sendiri turut menyokong komunis. Mereka- mereka ini terlupa akan jasa perjuangan orang- orang terdahulu. Mereka juga bersikap, berperangai, berkelakuan macam komunis. Golongan ini boleh diiktiraf sebagai kumpulan yang lupa diri, bongkak, sombong, tak sedar diuntung, tak kenang budi dan tidak menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama 52 tahun ini. Mengapa masih wujud golongan ini dan kenapa mereka harus wujud atau dihidupkan...

Komunis telah lama terhapus dari bumi Malaysia. Namun, ancamannya masih terasa di mana- mana. Atau pun lebih mudah kita katakan bahawa... sesiapa saja yang ada rasa kagumnya terhadap komunis layak digelar "Komunis Alaf Baru". Kerana... jenayah, kekejaman, kerakusan, keangkuhan dan kebiadapan manusia pada masa ini sama sahaja macam komunis malahan adakalanya lebih teruk daripada komunis!!! Komunis alaf baru!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam,

No comments:

Post a Comment