Wednesday, May 27, 2009

Naik Pangkat

Semua orang yang bekerja dengan orang lain ingin nak naik pangkat. Walau pun lambat mahu pun cepat, yang pastinya nak naik pangkat. Bila lambat naik pangkat mula lah orang akan rasa cepat penat, malas dan kurang bersemangat. Oleh itu, kerja ngan kerajaan lah paling selamat. Bila sampai masanya ramai yang akan merasai nikmat naik pangkat. Cumanya... ada yang lambat dan ada yang cepat. Kalau nak cepat naik pangkat... kenalah jadi orang yang hebat. Kalau asyik kena sebat... alamatnya lambat lah naik pangkat. Banyak yang boleh ditafsirkan perkataan hebat tu. Ada orang boleh menjadi hebat dalam pelbagai hal.

Ada orang tak hebat bila bekerja tetapi hebat bila berkata- kata walaupun ilmu kosong di dada. Kebiasaannya... orang macam ni lah yang akan sentiasa kelihatan hebat dan selalu selamat daripada kena sebat. Orang macam ni cepat je hidu peluang naik pangkat. Tak payah lah aku nak perdebatkan perkara ni kerana semua orang tahu dan ada yang lebih tahu daripada aku. Masing- masing tahu dan mungkin ada yang pernah melalui pengalaman ini pada masa lalu.

Ada orang yang betul- betul hebat tetapi lebih suka diam, buat je kerja dan nak bodek2 atau rapat ngan Boss memang lambat. Disebabkan itu, lambat lah naik pangkat sebab nak bukak mulut ngan Boss pun lambat. Orang macam ni kebiasaannya selalu kena sebat kerana boss akan selalu rasa orang macam tu lah yang lembab. Nak angkat kepala pun lambat sebabnya... bak ikut resmi padi, makin tunduk dan berdiam diri bila makin berisi. Biarlah orang lain yang nampak kelebihan diri daripada mempromosikan diri. Jangan lah jadi lalang, makin mendongak dan tegak lebih- lebih lagi kalau tumbuh jarang- jarang. Dalam dunia ni macam dia seorang je pahlawan terbilang. Walaupun tak disukai oleh orang.

Apa nak kata itu lah adat dunia. Orang lebih suka dengan orang yang hanya pandai berkata- kata tapi tak buat apa- apa dan nak dapatkan darjat serta nama semata- mata. Sukar orang nak puji dan menghargai orang yang benar- benar berjasa serta berbakti. Apa yang berlaku orang yang macam ni selalu je kena maki dan caci kadang- kadang macam nak hilang harga diri. Begini lah budaya masyarakat pada masa ini.

Sesiapa saja yang hanya pandai bercakap, mempromosikan diri, membanggakan diri, bijak memuji dan menyerang secara sembunyi akan cepat dihargai serta kenaikan pangkat sudah pasti digenggami. Kalau kerja hebat macam mana sekali pun tetapi lebih suka berdiam diri... pujian dan penghargaan tidak akan dikecapi serta kenaikan pangkat semakin jauh untuk dijejaki.

Fikir- fikirkan lah sendiri...

Wassalam,

1 comment:

  1. Bro

    spesis tu memang banyak lebih lagi kat kedutaan malaysia Yangon... kau kena berhati2 silap ari bulan bukan kena sebat tapi kena lipat...

    semoga dirahmati Allah sekeluarga hendaknya

    ko ko lin

    ReplyDelete