Saturday, April 24, 2010

Kuasa Allah SWT...

Sahabat2 ku sekalian...

Cuma nak cerita & kongsi pengalaman yang mungkin berguna bagi orang lain. Cerita ni jugak cukup jelas membuktikan bahawa Allah SWT memang Maha Penyayang... Maha Pengampun... Maha Pengasih... Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Setelah hampir 6 bulan duduk di Peru, dah mula rasa bosan dan tak tau nak makan apa. Orang rumah aku pun dah tak tau nak masak apa. Kalau nak rasa-rasa makan di luar pun hanya berani makan 'seafood' atau ikan atau sayur je. Baik nasik goreng, masakan china, KFC dan Pizza Hut... menu tetap sama, ikan atau seafood atau sayur. Lebih elok makan kat rumah je sebab menu tu jugak lah yang ada pun. Tapi kat rumah boleh makan ayam. Nasib baik ayam boleh order ngan orang masjid. Besar sungguh jasa orang masjid yang boleh membekalkan ayam halal. Kambing dan lembu pun ada tapi susah sebab mesti order seekor. Macam mana nak makan seekor kambing atau lembu. Nak tak nak... menu tu jugak lah yang diratah setiap hari tanpa gagal.

Setakat ni... jumpa satu kedai yang dipercayai kepunyaan seorang warga Lebanon yang menetap di Peru. Memang sah sebab aku selalu jumpa tuan kedai tu di masjid tiap2 kali sembahyang Jumaat. Memang sah lah dia tu muslim. Mengambilkira kira saudara tu memang sering ke Masjid, maka aku ada keyakinan lah untuk makan di kedai nya.

Kali pertama makan di kedai tu bersama-sama isteri dan anak-anak. Masih was-was dan hanya berani makan nasi goreng seafood dan pizza sayur. Boleh tahan jugak enaknya. Mungkin dengan ada rasa yakin yang ada, selera tu lebih sedikit. Tetapi... malangnya, bila nak order pizza tiba-tiba ternampak menu "jamon pizza" yang bermaksud "pizza ham atau pizza babi" ahhh sudahhh... macam mana tu... Tapi dah alang-alang duduk kat situ, ambik je lah pizza sayur dan nasi goreng. Selamat perut...

Kali kedua, aku pergi bersama-sama tetamu atau delegasi dari LA. Sempat jugak berbalas salam dengan tuan kedai dan borak-borak walaupun aku tak paham pun apa dia cakap. Yang aku tau, "hola, comosta, bien, muy bien, gracias..." pas tu duduk sambil tengok-tengok menu. Bila fikirkan tuan kedai orang seagama, nak jugak cuba 'beef steak' tapi bila teringat pizza babi tu jadi kurang yakin pulak. Mula lah buat andaian. Daging atau ayam memang mudah nak beli kat supermarket atau pasar basah. Kambing memang aku tak pernah jumpa lagi kat supermarket atau pasar basah. Setakat ni, aku pernah beli kambing dari orang masjid kongsi ngan boss. Ayam memang aku beli dari orang majid je. Sekali order 5 - 7 ekor boleh lah tahan sebulan lebih. Jadi... aku pun dengan penuh yakin order lah kebab kambing yang rupanya macam mutton ball dan dicucuk macam satay. Kentang lenyek pulak memang sedap. Huhhhh... memang selera betul aku malam tu...

Hari minggu tu pulak, nak bawak lah isteri dan anak-anak makan kat restoran tu. Bukan main gembira lagi orang rumah aku bila dapat tau ada peluang nak makan beef steak. Aku pun memang target nak makan beef steak jugak lah. Tapi... entah apa masalahnya hari tu parking sentiasa penuh dan takde kosong langsung. Lebih 4 kali pusing pun masih tak dapat jugak parking. Pastu... tukar plan. Pergi pulak ke Japanese Restaurant dekat rumah tetapi takde rezeki sebab kedai tu pun tutup. Pusing-pusing pulak kat area office pun tak jumpa kedai makan yang bukak. Dah berkira-kira nak pegi pizza tapi masih juga nak makan beef steak. Patah balik ke kedai pak arab tu kot2 ada parking kali ni. Jam pun dah hampir 6.00 pm. Harapan cukup tinggi agar dapat parking. Malangnya... tetap takde parking. Bayangkan... dah 5 kali pergi kedai pak arab tu tapi masih gagal dapat parking. Perut makin lapar... kepala makan pening... badan makin lemah... hati mula lah nak marah2... Akhirnya, dengan rasa cukup kecewa aku sekeluarga pulanglah ke rumah...

2 hari selepas tu, aku sempat order kebab kambing kat kedai pak arab tu bungkus & makan kat office. Huhhhhhh... sedap & enak serta cukup berselara lunch hari tu. Apalagi... dapat makan kambing, mesti selera punya... Tiba-tiba, petang tu terfikir pulak nak call orang masjid nak tanya dan nak dapatkan kepastian sama ada kedai pak arab tu jual daging lembu, kambing & ayam halal ke tak. Saja nak pastikan sama ada pak arab tu order benda2 tu semua dari orang masjid ke tak. Tiba-tiba je terfikir. Tak tau sebab apa.

Keesokannya... orang masjid hantar ayam ke office. Aku terus tanya dia pasai kedai tu. Masyaallah... jawapan yang diterima adalah amat mengejutkan dan hampir lemah semangat aku dibuatnya. Terasa seperti nak pengsan pun ada bila sahabat tu memaklumkan bahawa... dia yakin yang kedai pak arab tu tak jual beef steak, lamb chop atau chicken chop atau makanan-makan dengan sumber yang halal. Memang tuan kedai tu tak pernah order dari orang masjid walaupun tuan kedai tu memang Muslim. Apa yang lebih melemahkan ialah... bila sahabat ni kata kat Peru ni memang takde lagi kedai yang jual makanan (daging, kambing, ayam dan seumpanya) yang halal. Takde lagi sekalipun tuan kedai tu orang Islam. Aduhhhhhh... pening kepala aku dan sehari dua ni memang rasa nak demam. Jelas... aku dah makan kambing tak halal. Entah2 sebelum ini pun dah termakan banyak tanpa disedari... Masyaallah.... Subhanallah...

Sekarang baru aku terfikir bahawa mungkin... Allah SWT nak menyelamatkan isteri dan anak2 aku daripada makan makanan yang tidak halal atau tidak disembelih secara Islam. Allahuakbarrr... Isteri dan anak2 telah diselamatkan oleh Allah SWT... masih teringat lagi kata-kata sahabat yang membekalkan ayam halal itu berkata: '... Perhaps, Allah SWT giving chance to you to eat kebab mutton...'

Itu lah Kekuasaan Allah SWT dan Keesaan Allah SWT yang tiada tandingan. Kita hamba yang lemah tidak akan mengetahui apa-apa tanpa Kehendak-Nya. Bukti yang cukup jelas membuktikan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan hanya Allah SWT saja yang mengetahui segala-galanya. Setiap saat hidup dan hayat kita ditabdir oleh Allah SWT.

Lahir rasa syukur tidak terhingga kerana isteri dan anak2 tidak makan makanan yang tidak halal. Lahir rasa keinsafan dan rasa bersalah kerana telah termakan makanan yang tidak halal. Aku mengharap keampunan dari Allah SWT. Semoga aku diampunkan... Ampunkan lah aku ya Allah SWT...

Cukup jelas dan terbukti, besar nya Kekuasaan Allah SWT...

Wassalam,

No comments:

Post a Comment