Sunday, December 27, 2009

Lembut, Berbudi Bahasa Tetapi... KEJAM!!!

Sahabat2 ku sekalian...

Aku pernah menghadiri mesyuarat penting yang turut dihadiri hampir kesemua pegawai kedutaan asing di Peru. Tempat duduk aku hanya berselang seorang (kedutaan Poland) sahaja dengan pegawai dari kedutaan Israel. Pegawai berkenaan amat lemah lembut serta penuh sopan sifatnya. Pegawai tersebut juga cukup menghormati semua orang termasuklah aku. Masa bertegur sapa dengan sebagaimana dengan pegawai dari kedutaan yang lain, tiada langsung rasa berlainan walaupun dia berbangsa Israel. Sama sahaja seperti orang dari bangsa-bangsa lain. Walau bagaimanapun, wajahnya ada sedikit berubah dan menunjukkan rasa kurang selesa apabila aku menyataka... "Hola, I'm from Malaysia..."

Mungkin dia sebagai seorang diplomat, cukup mengerti dan mengetahui bagaimana hubungan serta pendirian kita terhadap mereka. Sudah pasti, dia juga memahami betapa kita cukup menentang kekejaman dan apa jua tindakan mereka terhadap dunia Islam terutamanya kekejaman serta kebiadapan mereka ke atas rakyat Palestin. Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, memang aku membenci kekejaman, kebongkakan, kebiadapan dan sifat kurang ajar bangsa Israel/Yahudi lebih2 lagi membaca cerita terbaru tentang apa yang mereka sering lakukan kepada saudara Islam kita di Palestin;

NABLUS: Tentera Israel menembak mati enam warga Palestin dalam dua kejadian berasingan di sini dan Semenanjung Gaza semalam. Ia kekejaman paling buruk dilakukan rejim Zionis sejak beberapa bulan lalu.


Seorang jurucakap tentera rejim berkenaan berkata, askarnya menembak mati tiga lelaki Palestin yang didakwa cuba memasuki wilayah Israel dari Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas. Sementara itu, pegawai perubatan dan keselamatan Palestin berkata, tiga lagi warga Palestin ditembak mati dalam serangan di Nablus, Tebing Barat.





Keganasan itu berlaku sehari sebelum ulang tahun Perang Gaza yang dilancarkan rejim berkenaan dan menyebabkan 1,400 penduduk Palestin terbunuh. Kejadian semalam sekali gus meningkatkan ketegangan ketika rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat terus buntu. Di Nablus, sumber perubatan dan saksi berkata, tentera Israel mengepung kediaman tiga pejuang Briged Syuhada al-Aqsa, kumpulan militan dari pergerakan Fatah yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas sebelum membunuh mereka



Tentera Israel tidak mengulas mengenai kejadian itu yang berlaku dua hari selepas kumpulan terbabit dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan seorang penceroboh Israel di jalan raya di Tebing Barat. Sumber Fatah mengesahkan, tiga-tiga lelaki itu adalah anggotanya. Bagaimanapun, senjata mereka sudah dilucutkan sebelum ini menerusi langkah keselamatan yang diambil oleh polis Palestin. Mereka, Hassan Abu Sheikh, 39, dan Rayed Zorhi yang tidak diketahui usianya tidak termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki oleh tentera Israel.


“Mereka hanya aktivis kumpulan Fatah,” kata seorang jurucakap.





Seorang wanita turut cedera dalam kejadian itu. Nablus menjadi kubu kuat gerakan militan Palestin pada intifada 2000 tetapi semakin sepi sejak dua tahun lalu apabila pasukan keselamatan Palestin ditempatkan di daerah berkenaan. Mahmoud menuntut pembinaan penempatan Yahudi dihentikan sebelum bersetuju menyambung semula rundingan damai. Beliau juga menolak langkah rejim Zionis menghentikan buat sementara pembinaan penempatan itu yang diumumkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bulan lalu.


No comments:

Post a Comment