Saturday, October 17, 2009

Makan Malam Yang Enak

Sahabat2 ku sekalian...

Hari Jumaat, 16 Oktober 2009 jam 11.58 malam di San Isidro, Lima Peru. Aku baru sahaja balik dari makan malam di sebuah restoran yang agak ternama di sini. Makan malam yang dihoskan oleh bos aku (TYT Duta Besar) serta isteri untuk tetamu dari Malaysia yang kalau aku sebutkan nama mesti semua orang kenal. Berpangkat besar lah tapi yang pasti bukan orang politik. Pegawai kerajaan jugak tapi tak yah lah aku nak sebuat nama dia orang ni mesti semua orang tau. Apa yang membanggakan aku ialah salah seorang daripada delegasi itu ialah anak jati Sarawak dari Sarikie. Masih boleh cakap Sarawak pekat dan tulen cumanya dah jarang2 balik Sarawak sebab mungkin semua keluarganya ada di semenanjung agaknya. Dia pun dah berumur. Berkemungkinan orang tua pun dah takde. Sebab tu kot dah tak selalu balik Sarawak. Tapi bukan yang tu aku nak cerita. Ada cerita lain yang aku fikirkan ada eloknya jugak kita fikirkan bersama.

Biasanya... bila ada jamuan macam ni aku tak akan cakap banyak sebab boss ada. Aku lebih suka mendengar dan sekadar menjawab kalau ditanya. Pelbagai cerita dan perbincangan yang berlaku di antara delegasi dengan bos aku ni. Bermula dari cerita pasal pendidikan hinggalah cakap2 pasal politik seterusnya harapan kita sebagai orang Malaysia pada masa2 akan datang. Macam2 lah cerita yang timbul. Tapi dalam banyak2 tu aku tertarik dengan pandangan dan pendapat bos aku serta delegasi berkenaan tentang isu 1 Malaysia, Islam hadhari dan sistem pendidikan serta budaya/sistem bekerja terutamanya bagi sektor awam. Bukanlah nak bercakap pasal politik atau mengkritik mana2 pihak. Tak salah rasanya kalau kita jugak boleh menyampaikan pandangan peribadi demi masa depan anak2 bangsa kita. Oleh itu, jangan salah anggap. Ini bukan isu politik atau menghentam tetapi sekadar pandangan perbadi daripada rakyat Malaysia dalam konsep 1 Malaysia yang seringkali digembar gemburkan akhir2 ini. Pelbagai komen rakyat mengenai konsep 1 Malaysia ini tapi tak payah lah kita bincang. biarlah mereka yang arif dan pakar sahaja memikirkannya. Takut2 sensitif pulak. Aku ni tak leh sangat nak layan perasaan sendiri nanti melarat-larat. Eloknya tak yah lah.

Pasal politik tak payah lah nak sentuh banyak sebab semua orang tahu tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Malah, lagi ramai yang lebih tahu dan pakar daripada aku. Cumanya aku nak katakan ada kebenarannya bahawa politik di Malaysia dah lari sistem sebenar. Sesiapa pun rakyat biasa di Malaysia akan setuju bahawa setiap orang dalam parti2 politik tidak kira pembangkang atau kerajaan memerintah lebih memikirkan bagaimana hendak mendapatkan sokongan kawan dan lawan daripada memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat. Masing-masing akan sentiasa cuba menjaga kawan2 dan berusaha mengambil hati atau memikat lawan. Pelbagai cara dan ragam sampaikan orang kampung pun makin muak apabila melihat semua ini. Aku yang jugak orang kampung pun berfikiran serupa kerana nasib kami adalah sama. Tak yah aku sentuh dengan mendalam sebab semua orang tahu benda ni.

Salah satu lagi isu yang dibangkitkan tadi ialah sistem pendidikan. Kejap nak guna bahasa Inggeris. Pastu tukar balik bahasa Melayu. Sampaikan ramai orang telah mempolitikkan perkara tersebut dan sering dijadikan modal politik semua orang baik orang politik itu sendiri mahu pun politik warung kopi. Orang kampung pun dah pandai bercakap pasal ni. Apatah lagi orang terpelajar macam bos aku tu dan delegasi yang cukup terkenal dengan keilmuannya itu. Disebabkan perkara ini sering dijadikan modal politik, maka isu bahasa lebih penting daripada kita memikirkan bagaimanakah untuk melahirkan anak2 Malaysia yang cemerlang yang lengkap daripada segala sudut baik pendidikan formal, ajaran agama dan pengasahan bakat untuk menjadi anak Malaysia yang akan dihormati oleh orang negara luar. Aku amat setuju bila ramai orang menyatakan bahawa Vietnam, Brasil, India mahupun Indonesia telah mula maju setapak daripada Malaysia dari pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi dan sosial. Silap2 lagi ramai negara kerdil tiba2 lebih maju daripada kita. Kita yang dok sibuk dan bangga dengan KLCC dan KL Tower dah makin ketinggalan tanpa kita sedari dek kerana kesibukan kita berbincang bagaimana cara untuk menaikan pasukan bola sepak, macam mana nak memenangi hati pelbagai kaum supaya parti kita disokong, terlalu mementing legasi sendiri, sanggup menggadai keagungan Islam serta ketuanan Melayu demi kepentingan perbadi dan sebagainya. Tanyalah sesiapa pun, pasti mereka akan setuju tentang perkara ini. Sampaikan, salah seorang delegasi tu kata, silap2 Peru pun akan lebih bertambah maju daripada Malaysia kalau kita masih leka dengan angan2 kita. Aku setuju dan bukan sahaja Peru, silap2 Myanmar pun akan tiba2 meletup kemajuannya jika betul hala tujunya selepas pilihanraya tahun depan. Mana kita tahu dan mungkin ia akan berlaku. Cukup lah dahulu kita pernah belajar tentang Myanmar (geografi). Tak mau lah jika dalam tempoh 2-3 tahun lagi kita belajar lagi subjek pasal Myanmar.

Satu lagi isu yang menarik jugak untuk dikongsikan ialah, bagaimana sebuah institut pendidikan terpaksa memecat atau membuang beberapa tenaga pengajarnya disebabkan oleh ilmu dan kepakaran yang mereka ada tidak mampu untuk diajar kepada anak didik sebaliknya setakat mampu untuk diamalkan oleh diri sendiri. Mereka ini lulusan luar negeri kalau silap Universiti Al-Azhar, Mesir. Semua orang tahu akan kemasyhuran universiti tersebut. Malangnya ialah lulusan berkenaan dilantik untuk mendidik anak bangsa bagi menyumbangkan ilmu dan tanggungjawab dalam mendidik anak Malaysia akan keindahan dan keagungan agam Islam tetapi gagal sama sekali. Mereka hanya pandai membaca Al-Quran tetapi tidak mampu mengajar orang lain untuk membaca Al-Quran. Paling Dashyat, mereka pun tidak tahu secara mendalam dan tidak tahu apa2 seolah-olah mereka2 ini bukan belajar dari universiti berkenaan. Ada jugak yang sekadar tahu membaca seadanya tetapi tidak tahu langsung tentang ilmu Al-Quran. Ada yang tak reti langsung. Disebabkan itu, serta-merta mereka telah dibuang kerja. Kenapa boleh jadi begini. Salah kita atau pihak Al-Azhar. Semua orang tahu mana2 pelajar yang dihantar oleh kerajaan ke sana ialah mereka yang benar2 berkelayakan. Tetapi mengapa dulu tidak timbul langsung masalah ini dan sekarang mengapa ia terjadi. Di mana silapnya. Apakah puncanya. Adakah benar bahawa pelajar2 yang dihantar ke luar negeri sudah tidak berkualiti. Jika benar itu yang terjadi bermakna, ada kesilapan dalam sistem pendidikan kita yang tidak kita sedari. Dah ada orang yang berani mempertikaikan mutu pendidikan kita. Apa dan di mana tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam soal ini. Jika tidak diperbaiki segera, maka Malaysia akan hancur dan hilang segalanya.

Tiba2 dalam diam aku terfikir dan teringat akan petikan ceramah Dato' Ustaz Ismail Kamus (kaset) yang ada menyatakan bahawa beliau cukup kecewa apabila ada pelajar kita (lulusan agama luar negara) tidak pandai bercakap bahara arab. beliau kata '...bahasa arab mereka haru biru...' '...bila ditanya pasal fikah mereka kata tak tahu sebab belajar usuludin sahaja dan bila tak tahu ilmu Al-Quran sebab hanya belajar sirah sahaja, tidak seperti dulu yang mana orang yang belajar dalam bidang agama akan tahu semua bidang & cabang pendidikan Islam, tak macam sekarang...' sekarang baru aku sedar bahawa kebenaran tentang itu telah terbukti bila ada orang lain berkata tentang benda yang sama. Siapa yang silap dan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi? Adakah berpunca daripada sistem kerajaan, dasar kerajaan, masalah politik, kepentingan peribadi atau memang silap pelajar itu semata-mata? mohon difikirkan bersama.

Banyak lagi isu yang telah disentuh tapi yang tak yah nak ceritakan semua. Banyak perkara orang lain lebih tahu daripada aku. Cuma yang terakhir... bagi aku agak merisaukan dan membimbangkan. Apabila... orang kita yang pelbagai agama dan bangsa sudah hilang jati diri, sukar untuk berubah atau buka pandangan dan corak pemikiran serta rakyat sudah hilang rasa hormat pada pemimpin itu sendiri. Sudah sampai masanya... mana2 orang politik di Malaysia yang benar2 memikirkan keagungan agama Islam dan ketuanan bangsa Melayu mesti mencari jalan penyelesaian bagi mengembalikan keyakinan rakyat untuk sama2 membantu demi kemakmuran bersama dan menggalakkan rakyat bersatu-padu antara satu sama lain. Jika tidak diselesaikan dalam masa terdekat ini, tidak mustahil rakyat Malaysia tidak akan menghormati negaranya sendiri apatah lagi orang asing. Sampaikan pada hari ini semakin ramai rakyat berani berkata bahawa, jika bertukar kerajaan sekalipun belum tentu Malaysia akan bertambah baik dan tidak mustahil lebih teruk daripada sekarang. Bermakna, jika kerajaan serta pemimpin sedia ada yang dah berpuluh tahun memerintah dan memajukan Malaysia telah tidak diyakini apatah lagi orang lain atau kerajaan yang baru yang belum tentu kejaguhannya. Makna yang mendalam ialah... rakyat telah hilang keyakinan dan rasa hormat kepada mana2 pemimpin atau orang dalam mana2 parti politik di Malaysia. Bagi rakyat sekarang, sudah tiada lagi orang politik yang boleh dipercayai. Orang asing sedang menunggu sahaja peluang untuk melingkupkan Malaysia. Itu pun kita masih leka dan terus lena...

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keagungan Islam dan ketuanan Melayu, aku amat setuju dengan perkara2 tu semua. Semoga kita sama2 berfikir dan cuba mencari jalan untuk menyampaikan pendapat kita itu agar didengar oleh pihak yang bertanggungjawab. Bunyi nya macam anjing menyalak gunung tetapi tidak mustahil orang kerdil akan dipandang tinggi dan disanjung mulia...

Wassalam,

No comments:

Post a Comment