Wednesday, October 7, 2009

Lima, Peru

Sahabat2 ku sekalian...

Mohon maaf di hari lebaran. Belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri yang mulia. Mohon maaf juga kerana tak sempat nak berkunjung di rumah sesiapa pun kerana kekangan masa dan pelbagai perkara yang perlu disegerakan. Insyaallah... ada rezeki kita akan bersua lagi.

Setelah lebih kurang 2 minggu berada di Lima, Peru baru hari ni rasanya ada sedikit kelapangan. Selama lebih kurang 2 minggu ini juga, aku dan keluarga boleh dikatakan seronok tinggal di San Isidro, Lima Peru salah satu daerah yang lebih dikenali sebagai Administrative & Diplomatic Corp Area (Kawasan Diplomatik) macam Putrajaya kita lah. San Isidro ni merupakan salah satu antara kawasan yang maju, moden & tercanggih di Peru. Banyak banglo- banglo antik & moden yang kecantikannya sukar untuk dinyatakan. Tetapi, aku sekeluarga lebih tertarik untuk memilih tinggal di apartment yang berhadapan dengan taman pokok zaitun (berusia lebih 500 tahun) yang terkenal dengan gelaran el olivar parque. Cuaca amat sejuk menusuk ke tulang sum-sum. Siang & malam terpaksa pakai baju berlapis & sudah semestinya stokin tak leh tinggal. Kalau tak nanti beku. Nasib baik takde snow. Kalau ada mahu beku seluruh badan. Suasana amat damai & tenteram. Tidak dinafikan, setakat ini memang seronok tinggal di sini.

Boleh dikatakan hilang sudah kepenatan yang bukan kepalang apabila berada di dalam kapal terbang lebih kurang 27 jam ditambah dengan transit dan seluruh perjalanan memakan masa lebih kurang 34 jam. Nasib baik anak2 kurang buat perangai. kalau tak... tersiksa lah batin nurani.

Nak cerita sikit lah & bukan nak memperlekehkan atau menghina orang kita lebih2 lagi bangsa kita sendiri. Aku tetap sanjung akan agama, ketuanan melayu dan kedaulatan raja serta bangsa Melayu walau di mana berada. Tiada yang lebih hebat daripada negara kita Malaysia dan bangsa kita, Melayu serta agama kita, Islam di muka bumi ini. Kita lah sahaja yang mempunyai Agama, negara dan bangsa yang paling hebat di dunia. Tetapi, setakat nak ceritakan pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara kita di mata dunia. Mungkin orang lain mengalami pengalaman dan ada cerita berbeza. Ini semata- mata pandangan peribadi aku sendiri. Kalau ada yang tak setuju apa nak buat...

Penerbangan sejauh lebih kurang 13 jam dari KLIA - Amsterdam yang memang memenatkan akhirnya sedikit terubat apabila dilayan & disapa oleh kakitangan Amsterdam Airpot termasuklah polis (kawalan keselamatan). Kemana sahaja aku bertanya akan dilayan dan dijawab dengan ramah, senyum manis & ditunjukkan arah tuju yang jelas dan mudah. Tiada sebarang keluhan atau riak wajah mengejek atau dengkel daripada mereka. Walaupun bahasa mungkin sedikit masalah (mereka kurang fasih berbahasa Inggeris) tetapi aku tetap dilayan dengan baik (terutamanya semasa menguruskan boarding pass transit ke Lima, Peru) sehingga lah aku sekeluarga berehat di business lounge. Tiada langsung rasa takut atau terancam atau kawlaan ketat. Pendek kata, selama berada di Amsterdam Airport tiada sebarang rasa terasing atau dipandang rendah oleh bangsa mat saleh yang sering dikatakan orang sebagai bongkak & angkuh. Penerbangan dari Amsterdam - Lima yang memakan masa lebih kurang 13 jam juga hilang rasa penatnya apabila dilayan dengan baik sekali. Sampaikan jemu nak menjawab pelbagai soalan & anak2 begitu seronok apabila dilayan karenah mereka. Mintak lah, tanya lah apa2 pun. Pasti akan dilayan dengan baik. Kadang2 sebelum kita mintak, dia dah tanya dulu berapa banyak botol susu nak dibuat... Mungkin orang Belanda masih ada adat & susila nya. Itu aku kurang pasti. Yang pastinya, hati kecil aku cukup sedih kerana orang kita makin sombong & bongkak berbanding bangsa asing...

Apa yang nak diceritakan ialah perbezaan antara orang kita dengan mereka. Bukan nak merendah- rendahkan atau mengutuk tetapi inilah realiti yang terpaksa kita telan. Kalau di Airport kita, masa nak check in pun dah rasa tak seronok sebab tak senyum langsung orang kita. Apatah lagi kalau kita bertanya itu ini. terus muka monyok, masam dan kita akan rasa semasa diejek atau dipandang rendah. Kalau nak jawab pun tak ikhlas kot. Masa nak scan barang pun muka polis atau security masam je. Macam lah kita ni nak seludup dadah. Kalau pakai business class mungkin ok sikit kot sebab kita bayar mahal. Layanan tu ok sedikit sebab kos yang kita bayar tu tinggi. Kalau pakai economy class, kadang2 kita nak mintak itu ini pun macam tak nak dilayan. kalau nak mintak air buat susu anak2 pun macam tak ikhlas je kita ni dilayan. MENYAMPAH... Semua orang tahu yang Malaysia sebuah negara terkenal dan maju. Tetapi apa yang menyedihkan... kemajuan tidak seiring di semua sudut. Malaysia amat maju lebih2 lagi bila wujudnya Putrajaya yang serba canggih dan moden. Tetapi sikap & perangai orang2 kita semakin luntur. Sikap lemah lembut serta ada sopan semakin kabur ditelan kemajuan. Mengapa harus begini. Sepatutnya... semakin maju negara kita maka adab sopan & budaya mulia orang kita perlu seiring dengan kemajuan itu. Supaya... orang luar makin menghormati agama, bangsa dan negara kita. Kalau adat bicara & tatasusila sudah hilang, jangan nak suruh orang luar hormat kat kita, bangsa kita sendiri pun tak kan hormat akan nilai murni yang telah dipertahankan selama ini.

Bukan nak memuji negara luar tetapi ini lah perkara yang perlu kita fikirkan bersama. kenapa mat saleh yang negaranya atau lebih mudah nak faham... airportnya 5 kali lebih besar & canggih masih bersikap baik pada semua orang. Tetapi, orang kita yang juga maju tetapi airportnya bukanlah besar sangat bukan main sombong & bongkak. Tak salah kalau melayan orang dengan baik kerana 99.9 peratus penumpang kapal terbang bukannya penyeludup dadah, wang haram atau sebagainya. kalau ada pun mungkin 0.1 peratus sahaja. Orang kita perlu ubah sikap. Tersenyum dan bercakap dengan sopan bukan bererti kita tidak tegas. Sebaliknya, jalankan tugas menjaga keamanan negara dengan penuh dedikasi dan dalam masa yang sama orang ramai akan menyanjung tinggi bangsa kita sendiri. Kalau orang kita menyanjung tinggi bangsanya sendiri, maka orang luar akan terus menghormati bangsa kita sampai bila2 pun. Kalau nak diceritakan lagi, negara Cina yang masih berkonsepkan komunis itu (airportnya lebih besar sampai 3 terminal) pun lebih tinggi budi bahasanya kalau nak dibandingkan dengan orang kita. Sampai ke hari ini berada di Peru, aku masih berasa sedih bila memikirkan budi bahasa & nilai murni bangsa kita yang semakin hilang ditelan kemajuan.

Banyak lagi lah kelemahan orang kita kalau nak dicerita tak kan habis. Bagi sesiapa yang selalu naik kapal terbang & keluar masuk airport mesti ada pengalaman yang sama. Benarlah kata bekas Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri kita... Orang Melayu Mudah Lupa...

Disebabkan itu lah perjalanan selama lebih kurang 34 jam dari Kuching - KLIA - Amsterdam - Lima terasa kurang penatnya disebabkan layanan isimewa yang tidak terduga. Benar kata orang... jauh berjalan luas pandangan & bertambah pendalaman. Orang kita perlu berubah dan bangkit semula. Setiap kejayaan dan kemajuan perlu dibina seiring dengan ketinggian budi bahasa dan kemurnian agama kita. Biarlah Malaysia lebih dikenali sebagai negara maju dan juga maju dari kemuliaan agama, ketinggian bangsa dan kemurnian budi bahasa. Semoga cerita ini dapat dijadikan panduan untuk kita sama- sama memajukan Agama, Bangsa dan Negara kita yang tercinta...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment