Monday, March 30, 2009

Anger Management

"Anger Management" atau dalam bahasa melayu Myanmar nye "Menguruskan Kemarahan" amat perlu untuk membolehkan kita menjadi golfer yang bagus. Tetapi bagi pihak lawan, mana2 golfer yang tidak menghadiri kursus "Anger Management" adalah baik kerana peluang untuk mendapatkan hasil kutipan yang baik adalah cerah. Bahaya nya kemarahan ini ialah golfer tak berupaya untuk mengawal permainan lebih2 lagi kalau poket yang tebal dah mula menipis. Tetapi yang bagusnya ialah, pihak lawan akan terus bergembira kerana poket yang kosong akan berisi.

Apabila kita marah, apa2 pun boleh terjadi. Contohnya, driver atau iron atau putter boleh terbang ke mana- mana dan adakalanya terbang lebih jauh dari bola yang dipukul. Tambahan pula kalau hari semakin panas maka, hati pun makin mengganas. Elok2 boleh nyanyi lagu bujang lapok, tapi bila marah Caddy pulak yang kena hempukk!!! Lebih2 lagi bila poket dah mula menipis. Walau macam mana sekali pun, orang2 yang suka marah ni disukai dan disayangi oleh lawan dan kawan. kerana apa??? Kerana orang2 yang marah adalah sumber rezeki... Sebabnya, kalau terror macam tiger wood pun kalau kita marah, game akan hancur berteraburrr.... Kalau dah tak boleh nak control lagi, maki je lah caddy2 tu semua sampai mampus walau pun yang sebenarnya kita sendiri yang tak bagus. Macam yang aku buat selalu tu lah... hehehehe

Oleh itu, Jangan lah marah. Seboleh- bolehnya, banyak bertenang. Poket kosong pun kena senyum walaupun senyum tak ikhlas. Buatlah gelak2 walaupun dalam hati menangis. Yang paling penting, bila dah habis game, buat senyap2 masa makan dan minum serta buat tak tau je dan biarlah kawan2 yang dapat duit banyak tu yang bayar. Kalau kawan @ lawan tu tumpang kita masa pergi main, time balik tu suruh lah dia naik teksi je...

Jumpa lagi!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment