Thursday, March 26, 2009

Cerita Kawan2 Lagi

Kalau kerja kat Myanmar & tak main golf memang rugi. nak main golf, main lah kat sini. murah punyeee... sebab itu lah, ramai kawan2 start golf kat sini & jadi buaya pun kat sini. Banyak jugak lah duit habis nak bayar kat depa semua.

Nama2 seperti Tuan Haji Nasar, Tuan Haji Shah, Tuan Haji Wan Jasmin dan Tuan Haji Syahmi memang digeruni kawan dan lawan. Sebut je nama dia orang, semua orang takut sebab sayang nak hilang duit. Tapi... kadang2 aku ada jugak lah merasa duit dia orang tu. Kadang2... Aku rindu sangat kat dia orang ni semua. Dulu meriah tapi karang ni sunyi... SGD tu pun tak tau lah apa cerita sebab dah lama sangat tak pegi. Nak pegi macam mana... kawan2 semua dah takde. Harap2 dia orang diarahkan bekerja balik kat sini untuk membantu mempertingkat ekonomi orang2 kat Myanmar ni...

Karang ni ada pulak nama2 baru yang bakal mencabar dan memang sukar dicabar seperti Tuan Haji Samsul dan Tuan Haji Charlie (C70). Dua orang ni memang selalu makan duit aku... dah hampir 3 bulan lebih aku tak merasa duit golf. Sebab itu lah aku tak tukar lagi driver atau iron set. Sedih jugak bila tengok driver R9 tak orang nak beli. Tapi... nak buat macam mana aku selalu je rugi. Kalau aku masih untung macam dulu2 memang dah beli lahhhhh.....

Aku menulis ni bukan sebab apa. Kerana, rindukan kawan2. mereka datang lambat dari aku tapi depa yang balik dulu. bila lah pulak masa untuk ikut kawan2 aku semua tu. Sabor je lah..... Kalau lama lagi kat sini, penuh lah ruang dalam Blogger ni dengan tulisan2 yang mengarut ni......

Jangan Marah Yeee!!!

No comments:

Post a Comment