Friday, March 27, 2009

Bagaimana nak jadi Golfer yang cemerlang

Sahabat2 ku Tuan Haji2 semua,

Aku dah mula nak mengarut balik. Aku masih ingat masa mula2 nak start main golf. Banyak lah Pro2 masa tu yang bagi tips bagaimana nak improve cepat dan menjadi kaya bila kita main golf. Tapi aku nak cerita sikit je sebab kalau banyak2 susah pulak nak carik makan.

Antaranya;

1. Kena beli set golf dulu lah. kalau tak cukup duit, beli lah yang second hand punya. Aku pun ada iron set (Nike Ignate) kalau nak beli sila lah. Jual murah lah...

2. Pergi lah practise. kalau nak cepat pandai, carik lah Pro & kalau nak pandai sikit tak payah lah. pegi lah driving range pukul bola 100 biji lepas balik tidur.

3. Agak2 dah boleh pukul sikit tu, boleh lah pegi main kat golf course mana2. Jangan lupa bawak bola banyak2. Kalau sayang duit, beli lah bola telur penyu...

4. Bila dah merasa bagaimana syok nya main golf, haaaaa kena lah pergi practise lagi sampai kita tahu berapa distance bagi setiap iron, wood dan bagaimana nak buat one putt. Pada masa tu, kalau rasa2 nak lebih seronok, bermula lah dengan beating kecil- kecilan. Kalau kat Myanmar, Kyat500.00 pun ok buat permulaan pelaburan. Walaupun kita rasa dah pandai, jangan sekali- kali lupa mintak stroke. For sure, kawan2 yang baik akan bagi punyeee

5. Bila dah boleh bermain & dalam masa yang sama dah makan duit sikit2, boleh mulakan pelaburan yang lebih besar. Jangan takut sebab dah memang adat. Ada masanya kita ambik duit dan ada masanya kita kena bagi duit kat orang. Ada masanya dapat banyak & ada masanya dapat sikit & kadang2 tak dapat langsung (terutamanya pada org bagi stroke kat org lain, kesian...).

6. Apa yang paling penting main golf ni, sehari sebelum pergi main dah kena buat check list takut tertinggal apa2 terutamanya duit yang nak digunakan untuk bayar kat orang tu.

7. Akhir sekali, kalau nak mintak stroke tu berpada- pada lah. Kalau tak mintak lagi bagus. Buaya pun nak hidup jugak!!!!!


Itu lah antara tips2 yang boleh dijadikan panduan untuk kawan2 semua. Aku hanya boleh bagi tips2 yang penting je. Yang lain2 tu kena lah simpan. Mana boleh bagi semua. Pandai2 lah nak hidup.

Kena ingat betul2, Buaya Pun Nak hidup Jugak!!!

No comments:

Post a Comment